Jumaat, 4 Julai 2008

kek tempahan lagi


Ini tempahan daripada sahabat di SMT Puteri temerloh, Norli untuk suaminya kot.
Dia nak kek span dari sponge mix dengan perasa oren. Ini tempahan kedua selepas menghadiri kelas zati. Dan ini pertama kali guna sponge mix. Takut juga tak menjadi. Bakar malam tadi. Sempatlah dia sejuk untuk dihias hari ni.

Masih juga tak puas hati hasilnya terutama bunga mawar tu. Tengoklah....tak puashati betul Belum hasil keknya lagi. harap-harap Norli puashati.Dan terima kasih kerana berani menempah dari akak. Sahabat-sahabat kat Puteri ni lah yang memberi semangat pada akak .
Kalau tak macam mana akak nak praktiskan ilmu akak ni. Saaayang korang semua.

Tiada ulasan: