Memaparkan catatan dengan label Kek pengantin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek pengantin. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mac 2009

CMC untuk majlis perkahwinan NorHafizah UiTM Jengka

Ini saya curi-curi ambil di rumah pengantin sebab itu ada background orang. Saya terlupa nak suruh kek tu posing di rak itu semasa dirumah. Jadi masa pi rumah pengantin saya ambil peluang mencuri.


Alhamdulillah siap juga kek 2 tingkat ni.

Satu lagi cabaran untuk saya. Ini kali kedua sahabat tempah kek perkahwinan 2 tingkat. Kali ni tempahan datang dari Norhafizah, pensyarah UiTM Jengka (kawan ustaz la tu). Dia nak kek coklat lembab dengan tema oren.

Saya cadangkan buat hiasan dari coklat juga iaitu coklat berperisa oren, yakiiiiiin aje saya ni. Sebab dah pernah buat untuk orang Jengka 18 kalau tak silap. Kalau tema ungu tak boleh lah sebab coklat ungu tak keluar lagi. Yang ada perisa oren, strawberry dan pandan. Jadi daun boleh juga buat dari cloklat, kan OK tu. Fizah setuju aje asalkan dapat warna oren. Nak guna buttercream, boleh juga tapi biasa mak-mak kita buang sebab muak, berkrim.

Fizah juga tempah kek cawan biasa dan berhias. InsyaAllah akan saya sempurna hasrat bakal pengantin ni.

Jadi Sabtu 27.2.2009, saya minta jasa baik Fara untuk belikan Coklat berperisa di Kuantan sebab di Temerloh tak ada. Ustaz ada kelas di Kuantan setiap hari Sabtu, jadi Fara hantar pada Ustaz hari tu. Terima kasih Fara. Lain kali nak minta tolong lagi ye.

Masalah betul nak buat kek cawan (kek span). Dalam oven lawaaa aje tapi bila dikeluarkan ia turun. Yang lagi menerukkan(apa punya bahasa ni..) ia mengecut, habis cupnya ditarik sekali, buruk sesangat. Tak leh nak buat apa dah sebab dah bancuh 6 adun.

Kek cawan(Kek mentega oren lembap) tak ada masalah. Malam sabtu siap hias hingga pukul 12 lebih. Lotihnya den hingga susah nak lena, tambah-tambah dalam keadaan letih tu fikir nak bancuh lagi kek cawan untuk ganti yang elok sikit. Tension betul. Maka pagi tadi lepas Solat subuh saya teruskan operasi saya, jadi elok sikit, tak mengecut dah. Tapi tak dapat nak buat banyak hanya 3 adun aje yang sempat sebab nak hantar dah pagi ni. Sorry lah Fizah, itu yang termampu akak buat.

Akak ucapkan terima kasih kerana meyakini akak bagi memeriahkan majlis Fizah. Semuga semuanya selamat........

p/s: tadi (9.3.2009) pi ambil rak kek tingkat di Rumah Fizah. Sempat tanya hal kek tu. Fizah kata , sedap. sekejap je habis dan dia tak sangka bunga oren tu sedap dimakan. Katanya lagi, ada sepotong lagi tapi sayang nak makan.

Lega rasanya.............

Isnin, 26 Januari 2009

Kek Span Bentuk Hati




Baru aje siapkan hias kek ni tadi, sebelum maghrib tadi.

Kek dah lama buat, tapi tak sempat nak hias.

Teringin sangat nak cuba hias kek bentuk hati ni sebab jeles dengan Aimi TJ.

Bila dah cuba, terasa sangat susahnya. Kena pi kursus deco kek bentuk hati pulak lepas ni......
Tak pun, pi aje rumah Aimi, bukan jauh sangat. Boleh Aimi? Berapa yurannya?




Rabu, 31 Disember 2008

Kek Pengantin 2 tingkat







Ini percubaan pertama. Cabaran diberikan oleh sahabat bernama Faizah di taman Sri Semantan.

Dia tempah sempena majlis pernikahan anak saudaranya pada 13.12.2008.

Saya tetap tak puas hati. Antara sebabnya, comot sedikit dan tak 'smooth' BC dia. Alhamdulillah bila berjumpa dengan Faizah, dia memberi respon yang menggalakkan. Saya minta dia email pada saya gambar kek yang telah diletak pada tempatnya. Hingga saat entri di tulis, saya masih belum menerima. Sebab tu saya lambat update gambar kek ni sebab tunggu gambar kek yang dah bertingkat tu. Bila saya terima saya edit balik entry ni.
Haaa pertama kali tulis jawi atas kek, dengan bantuan ustaz lah apalagi!!!! Tu lah comot sikit.