Memaparkan catatan dengan label Kek Lobak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Lobak. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Januari 2009

Kek Lobak @ kek karot @ carrot cake?







Gambar lama ni. Hari Raya Haji 7.11.2008. Punyalah sibuk kaaannnn.

Jangan cakap salah eja tau. Mula-mula memang saya tulis macam orang lain tulis, adha. tapi ustaz kata salah eja. Tak sama dengan eja arabnya.

Ini kek Lobak dengan frosting cream cheese. Kawan ni namanya Napisah. Dialah manager Tupperware di Temerloh yang top meletop tu. Top 10 Asia tau......(ye ke Napisah, entah lagi atas kot)

Mahal kos frosting nya tu...... tapi rasanya yummmy........masam-masam, manis manis, lemak lemak. Pendek kata sedaplah bagi yang suka rasanya. Anak-anak saya tak berapa suka kek lobak. Jadi jaaaarang sangat buat.

Rabu, 22 Oktober 2008

Kek Lobak Tanda Terima Kasih


Lepas hantar CMC kat kawan saya, saya menghias kek lobak pulak. Lebih kurang 1 kg berat dia. Saya hadiahkan kek ni kepadaa seorang sahabat, pangkat kakak pada saya. Kakak ni banyak membantu saya dari banyak segi. Tak terbalas rasanya di dunia ni. Moga Allah membalas budi baik kakak ni. Amiiiinnnn.
Serampang dua mata.....saya dapat berlatih buat deco. Nak korek keluar kreativiti saya menghias kek tapi dia tak nak keluar laaa........ Macam mana ni. Puas saya duk depan kek ni semalam. Akhirnya tu aje yang teerhasil.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kek Lobak dengan Basketweave



Saja nak tunjuk kudup bunga ni sebab dari dulu gagal. Pssst .... Zati berapa markah ni.... Taulah tak berapa jadi lagi....

Pagi tadi hantar kek lobak 2 kg dengan buttercream(basketweave). Terus terang saya memang tak puas hati dengan hasilnya. Lepas siapkan semalam, hingga lepas hantar saya tak senang hati. Kat rumah semalam kejap kejap pi buka chiller, tengok kek tu. Ishhhh rasa nak rombak balik. Apa kan daya, hias kek ni bukan macam jahit baju, boleh buka dan pasang balik.

Apa yang saya tak puas hati?

Pertama: Tulisan tu..... Dari dulu sampai sekarang itu masalah utama saya.

Kedua: Gubahan bunga. Ishhhh tak berseni langsung...... Memang tangan tak berseni pun dari dulu lagi.

Ketiga: Bunga-bunga tu. Tak lawa lalu(baca ikut loghat pahang ye). Dulu tu buat depan cikgu. Cikgu tapis.... Ini cikgu jauh....

Keempat: Bakul tu. Tak kemas langsung. Sorry lah Zati. Bukan salah cikgu yang mengajar. Anak murid yang tak buat ulangkaji, tak buat latihan. Cikgu kena buat ujian nih....

Kesimpulan: Memang gagallah.

Selasa, 14 Oktober 2008

Kek Lobak


Dengan hiasan Cream Cheese

500g
Harga Biasa:RM30

1 kg
Harga Biasa: RM50

2 kg
Harga Biasa : RM100
Harga Pengenalan : RM90

Dengan hiasan basketweave(creamcheese), harga akan dinaikkan.