Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hobi. Papar semua catatan

Ahad, 14 September 2008

Pokok Petola


Haa .... ni pulak bunga petola. Banyak bunga dia tapi lepas keluar putik dia layu. Entah kenapa. harap-harap lepas ni menjadi.....

Kacang Boncis


Gambar tak clear la pulak tapi nak cerita jugak lah.

Ini pokok kacang boncis. Saya rasa tak pernah lagi bela pokok ni. Seronoknya pagi tadi ustaz tunjuk buah dia. Dah besar rupanya.

Kacang panjang IV

Ini kacang macam tanduk mula-mula dulu tu. dah besar panjang dah dia.

Haaa ni adik beradik dia. Banyak kan... raya ni boleh guna buat lodeh sebab nak buat lontong. Sedapnya lontong.......


Ini pulak kacang baru nak gugur bunga dia.....

Jumaat, 12 September 2008

kacang panjang III





Tengok tu, 2 kcg panjang tu dah panjang. Yang sebiji tu pun macam tu. saya suka tengok dan ambil gambar je, bela malas. Kalau tak, lepas hantar Nasr ke sekolah terus masuk rumah tak keluar-keluar kecuali jemur kain. Pas tu masuk semula.
Tapi 2 , 3 hari kena siram pepagi sebab ustaz dah sound, tu dah kira bahaya. Bukan apa , tak hujan. Nanti pokok dia mati, saya juga yang kena.

Kacang panjang II




Ini sambungan cerita ari tu. Gambar diambil pada 11.9.2008. Tengok dah panjang sikit kan 2 kacang panjang tu. pas tu dah bertambah bunga dan putik kacang yang lain. nanti saya upload gambar yang doiambil ari ni. Tungguuuuuu..........

Selasa, 9 September 2008

Pokok Kacang Panjang Ustaz



Ini hasil kerja ustaz tau. Saya bukan malas tapi tak sempat dengan kerja-kerja dalam rumah. Nanti dah besar sikit buah dia, saya tunjuk ek.