Tengok tu, ustaz sempat main air lagi. Ini antara air terjun buatan yang sebenarnya bagus untuk memperbaiki feng shui kediaman kita.
Satu lagi bentuk air terjun buatan
Pada 5 - 6 Julai 2008 telah diadakan Gerak Usahawan di Temerloh anjuran MEDC. Seronok juga melawat gerai-gerai yang ada. Tujuan utama nak pergi program ni adalah untuk mengetahui produk orang Islam yang boleh dimajukan dan digunakan dengan selamat. Kalau kita sendiri, orang Islam tak membantu menaikkan produk orang Islam siapa lagi kan.
Produk yang dapat kelulusan halal dari JAKIM, majoritinya keluaran industri milik orang bukan Islam. Orang Islam yang mampu menukar situasi ini mestilah berbuat sesuatu. Dan kita juga sebagai orang Islam mestilah membantu orang Islam yang telah berusaha bertungkus lumus ini. Bukan senang oiii nak jadi usahawan, nak keluarkan sesuatu produk. Banyak masa dan wang ringgit yang perlu di keluarkan.
Maka, marilah wahai orang-orang Islam semua, belilah barangan buatan orang Islam. Kita, sebagai pengguna ada kuasa memilih barangan yang berkualiti. Bukan tak ada produk orang Islam yang berkualiti. cuma kita ni dah dimomokkkan bahawa barangan keluaran Orang Islam tak bermutu, hasil kerja orang Islam tak berkualiti.
Kadang-kadang usahawan Islam ni satu juga. Tak bersungguh dalam usaha mereka. Memang tak dinafikan ada yang buat seperti melepas batuk ditangga. akibatnya usahawan Muslim lain yang baik, yang bagus dan berkualiti mendapat bahangya.
Tarikh pada gambar tu abaikanlah ye. Lupalah nak set semula selepas caj bateri. Dan maaf , gambar tak berapa jelas sebab camera dari MP4 aje. Doakan lah agar saya mendapat rezeki lebih dan dapat memiliki Camera digital yang bagus sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan