Sabtu, 26 Julai 2008

Black Forest versi 9"



Pagi tadi hantar kek ni ke sahabat di Puteri. Dia tempah sempena kenaikan pangkat dua orang guru. Puan Siti Rokayah dinaikkan pangkat ke GPK 1 dari Ketua Bidang Sains. Tempatnya diganti oleh seorang guru Sains Kamarudin Jobri. Kedua-duanya memang layak dinaikkan pangkat sebab kesungguhan dalam bekerja. tak macam saya ni. Kami ni dulu satu team dalam Bidang Sains. Tapi saya memang tak cekap buat kerja, jarang dan mungkin tak pernah hasil kerja saya memuaskan hati orang.

Walau apa-apa pun saya hanya mengharapkan penilaian dari Allah. Yang penting kita ikhlas dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab kita dengan kemampuan yang Allah anugerahkan kepada kita. Dan bagi saya kedua-dua sahabat saya ni memang orang yang bertanggungjawab dan amanah dalam membuat kerja sebab itu hasil kerja mereka tip top. TAHNIAH kak ROKAYAH dan DIN.

Berbalik pada kek, saya mendapat tempahan kek ni tengahari semalam. nak siap pagi-pagi Sabtu (hari ni lah). Sempat ke ye???? Tak pe lah saya cuba buat dengan sedikit kemahiran yang ada, tak sampai hati menghampakan permintaan orang apatah lagi sahabat lama yang memang rapat dengan saya.

Biasa saya buat kecil, kali ni buat besar 9" sebab yang makan ramai dan orang berpangkat dalam sekolah. Saya jual RM60. Berpatutan kot noooo. Yang 7" harganya RM30.

Nak kongsi kesilapan saya menghasilkan kek ni(siap hampir pukul 11 malam tadi) dengan harapan orang lain yang baru macam saya tak buat kesilapan macam saya buat. Love letter tu saya cucuk awal sangat pada kek(malam tadi) sebab punya tak sabar nak tengok hasilnya, pagi tadi dia dah tak rangup agaknya, sorry mem. Jadi lain kali kalau nak guna love letter cucuk last minute nak deliver (broken englis la pulak - sorry teacher Wani)

Cuba tengok rosette dia, ada merah-merah sikit kan. Saja nak naikkan seri nak ganti ceri, tapi tak berapa menjadi. Maaf sekali lagi la mem-mem dan tuan-tuan. Satu lagi, kelemahan saya yang paling dan paling ketara iaitu tulisan. Tak lawa lalu. Bila la nak menjadi lawa macam orang lain buat ni, ish ish ish.

Jangan lupa lepas makan kek ni beri sedikit respon pada saya agar saya dapat perbaiki kelemahan dan kesilapan saya. Dan tak lupa ucapan terima kasih kerana sudi menempah kek dari saya, kalau sedap lain kali order lagi ye.

Tiada ulasan: