Khamis, 31 Julai 2008

Di tangan kanan undang-undang, di tangan kiri budibicara

Pernah dengar ungkapan di atas? Saya pernah dengar semasa menghadiri satu mesyuarat dulu. Diungkapkan oleh seorang pemimpin kepada lebih kurang 30 staff profesional. Sekali imbas, apakah maksudnya ye.

Bagi sayalah, kita melakukan sesuatu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi dalam satu-satu situasi, mungkin kita memerlukan budibicara kita untuk menghadapinya atau menyelesaikan kekusutan. (kalau salah tolong betulkan saya ye)

Mengapa tiba-tiba saya teringat ungkapan ini? Memang senang kan nak keluarkan ungkapan ini, hanya kerana nak orang buat apa yang suruh. Bukan sapa-sapa, kita juga dalam mendidik, mentarbiyah anak-anak kita, anak-anak jiran kita, anak-anak saudara kita, selalu suruh orang buat apa yang kita tak boleh buat.
Peraturan yang manusia buat, selalunya tak ada budibicara tetapi dalam hukum hakam Islam selalu kita yang menggunakan budibicara untuk kepentingan kita. Contohnya merokok. dulu-dulu kita difahamkan merokok tu makruh aje sebenarnya haram. Sapa yang letak makruh? Yang merokok lah kan....
Yang selalu bercakap ungkapan tadi selalunya yang memegang jawatan penting dalam satu-satu jabatan atau sekolah. Tapi kadang-kadang cakap tinggal cakap aje. Tiba masa sendiri tak ada budibicara. Orang bawah rasa tak pe tapi dia tetap kata tak boleh.
Tapi kan kadang-kadang masa kita jd orang bawahan, kita nak orang atasan kita ada budibicara. tapi bila kita Allah pilih naik pangkat, dapat duk di atas kerusi pusing yang empuk kita lupa dah tang budibicara yang kita mintak-mintak dulu.
Jadi bila renung ke langit jangan lupa rumput dibumi. Dah duk kat atas jangan lupa asal kita, jangan lupa jaga kebajikan orang bawahan kita, jaga hati dan perasaan mereka sebab hasil kerja merekalah, boss-boss dapat nama, dapat naik pangkat lebih tinggi lagi. Ingat tu adik-adik, mak nenek ni dah membebel.
Mari kita fikir-fikirkan............

Rabu, 30 Julai 2008

Choc Deko yang kedua




Ini Kek Coklat Lembap dengan hiasan cokelat tempahan Ina, staff SMT Puteri. Banyak pengajaran semasa saya menyiapkan kek ini. Saya cuba buat reverse shell di tepi atas kek tu, tapi tertepi sangat macam nak terjatuh shell tersebut. Maaf lah Ina ye jika tak memuaskan hati.
Juga kelemahan yang sama iaitu tulisan, masih tak lawa.

Black forest yang ke.......


Ini black forest tempahan dari kak Siti Rokayah untuk suaminya yang tersayang. Sebenarnya tulisan pada gambar di atas tak sama dengan tulisan yang saya hantar malam semalam. Masa nak hantar tu, saya tengok tulisannya macam cair turun tak nampak apa yang ditulis dah. Napa ek cikgu zati.

Jadi tulisan tu saya buat semula semalam dengan cooking coklat . Maaf lah kak Rokayah ye jika tak lawa. Rancangan asal nak hantar kepada kak Rokayah hari ni di sekolah tapi di tukar kepada hantar terus ke rumahnya. Itu pun sebab saya tau rumahnya dan tak jauh dari rumah saya. Lepas ni saya cuba hantar terus ke rumah lah. Jika tak ada pilihan, baru saya hantar ke sekolah.

Tarikh pada gambar abaikan ye.

Isnin, 28 Julai 2008

Kek cokelat lembap dengan hiasan bunga cokelat






Kek ini saya buat untuk dihadiah kepada kawan saya yang datang dari Sungai Petani Kedah. Dah lama tak jumpa sejak dia pindah ke sana. Dia datang sebab anak lelaki dia kahwin dengan orang Temerloh.
Tak tau apa nak beri, jadi adik saya di KL cadangkan buat kek cokelat. Bukan nak promosi kat dia tapi itu yang sesuai kot. Nak tau berat kek ni berapa? Llebih dua kilogram sebab penimbang digital saya tu maksimum hingga 2 kg aje, tapi bila kek ni naik, jadi error pulak.
Huh, susah sungguh nak deco kek ni, hampir putus asa saya. Mula nak beri pada Hari Sabtu 26.7.2008, tapi tak dapat siap. Bunga tak jadi jadi. Hari Ahad, saya pulun buat sambil bertanya sifu di Pekan(terima kasih Zati). Hasilnya memang tak memuaskan, rasa tak nak bagi aje, tapi sapa nak makan nanti.
Maka petang Ahad sebelum mereka bertolak balik kami pun turun ke Kg Lipat Kajang hantar kek sambil nak berbual-bual, lama tak jumpa. Bila dapat kek kawan saya ni kata, " ala apa tak tulis Happy Birthday, hari ni birthday saya"(lebih kurang gitula). Apa nak buat surprise namanya kannn. Lain sambut anniversary anak dan birtday nanti tempahlah kat kita.
Amacam sifu, bunga hamba ni, memang tak lawa kannn. Ngaku dululah sebelum orang kata"bolehlah". hi hi hi. Tak pe lepas ni ada orang order kek macam ni tapi versi kecil.

Waduhh Black forest Lagi




Haaa ni Black Forest tempahan Wan Azlina SMT Puteri untuk anakandanya. Ada serinya, bukan sebab dah pandai buat tapi mungkin sebab ada ceri berwarna merah. Itu pun permintaan Wan Azlina. Terima kasih ye di atas panduan yang diberikan. Lepas habis buat kek ni, saya rasa satu perasaan lain, macam tenang, seronok, tak reti nak cerita . Agaknya sebab ada ceri tu kot.

Tulisan atas plague(betul ke eja nya teacher Wani) memang di akui perlukan banyak latihan lagi, kawan-kawan Puteri lah jadi mangsa dapat kek bertulisan tak lawa. Tak pe. Mudah-mudahan Puteri lah tempat pertama dapat tulisan lawa. entah bila lah tu ye. mari kita doa ramai-ramai.....

Testimoni Black Forest Versi 9"

Semasa menghantar kek pada Sabtu lepas, saya pesan pada sahabat saya ni, beritahu respon sahabat yang lain. Pukul 1 lebih saya dah tak sabar, berdebar-debar. Mana taknya kek itu adalah untuk majlis orang besar sekolah.

Saya kata saya tak kisah respon positif atau negatif saya nak tau juga. Apa-apa, itu semua untuk pembaikan produk saya. maklumlah orang baru. Petang, hampir pukul 6 baru dapat sms dari sahabat saya ni. Antara lain ".....Ckup bahan. Berbaloi dengan harga. Lain kali boleh tempah lagi"

Alhamdulillah. Saya lega dapat memuaskan hati sahabat. Namun jika ada teguran pembaikan, saya memang alu-alukan. Terima kasih kak Mala atas respon kak Mala tadi di sekolah.

Sabtu, 26 Julai 2008

Pizza BUnga Berkeju

Doh yang telah diisi sosej
Belah sama tengah tapi tidak putus
Belah lagi
Alih ke dulang pembakar dan letak seperti di dalam gambar di atas
Ambil kelopak yang hujung rapatkan dan silangkan
Kelopak yang lain pulas aje 180 darjah. Ingat sama arah nanti tak lawa. Biarkan ia naik 2 kali ganda
Parut keju ceddar, tabur sayur campur dan picitkan mayonis dan sos cili. Sedia untuk di bakar.
Ini Keju Ceddar

OK . Seperti yang dijanjikan, inilah dia kaedah nak buat Pizza Bunga Berkeju. Farah, Zati ada faham? kalau tak faham juga,tanya ye.

Black Forest versi 9"



Pagi tadi hantar kek ni ke sahabat di Puteri. Dia tempah sempena kenaikan pangkat dua orang guru. Puan Siti Rokayah dinaikkan pangkat ke GPK 1 dari Ketua Bidang Sains. Tempatnya diganti oleh seorang guru Sains Kamarudin Jobri. Kedua-duanya memang layak dinaikkan pangkat sebab kesungguhan dalam bekerja. tak macam saya ni. Kami ni dulu satu team dalam Bidang Sains. Tapi saya memang tak cekap buat kerja, jarang dan mungkin tak pernah hasil kerja saya memuaskan hati orang.

Walau apa-apa pun saya hanya mengharapkan penilaian dari Allah. Yang penting kita ikhlas dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab kita dengan kemampuan yang Allah anugerahkan kepada kita. Dan bagi saya kedua-dua sahabat saya ni memang orang yang bertanggungjawab dan amanah dalam membuat kerja sebab itu hasil kerja mereka tip top. TAHNIAH kak ROKAYAH dan DIN.

Berbalik pada kek, saya mendapat tempahan kek ni tengahari semalam. nak siap pagi-pagi Sabtu (hari ni lah). Sempat ke ye???? Tak pe lah saya cuba buat dengan sedikit kemahiran yang ada, tak sampai hati menghampakan permintaan orang apatah lagi sahabat lama yang memang rapat dengan saya.

Biasa saya buat kecil, kali ni buat besar 9" sebab yang makan ramai dan orang berpangkat dalam sekolah. Saya jual RM60. Berpatutan kot noooo. Yang 7" harganya RM30.

Nak kongsi kesilapan saya menghasilkan kek ni(siap hampir pukul 11 malam tadi) dengan harapan orang lain yang baru macam saya tak buat kesilapan macam saya buat. Love letter tu saya cucuk awal sangat pada kek(malam tadi) sebab punya tak sabar nak tengok hasilnya, pagi tadi dia dah tak rangup agaknya, sorry mem. Jadi lain kali kalau nak guna love letter cucuk last minute nak deliver (broken englis la pulak - sorry teacher Wani)

Cuba tengok rosette dia, ada merah-merah sikit kan. Saja nak naikkan seri nak ganti ceri, tapi tak berapa menjadi. Maaf sekali lagi la mem-mem dan tuan-tuan. Satu lagi, kelemahan saya yang paling dan paling ketara iaitu tulisan. Tak lawa lalu. Bila la nak menjadi lawa macam orang lain buat ni, ish ish ish.

Jangan lupa lepas makan kek ni beri sedikit respon pada saya agar saya dapat perbaiki kelemahan dan kesilapan saya. Dan tak lupa ucapan terima kasih kerana sudi menempah kek dari saya, kalau sedap lain kali order lagi ye.

Jumaat, 25 Julai 2008

Alat pengukur kek lapis sarawak

Haaa ..... ini adalah alat pengukur untuk buat inti kek lapis sarawak atau roll lapis.
Pengukur ni ada 4 saiz iaitu 1.5 inci, 1 inci, 0.75 inci, 0.5 inci. Apa gunanya?????

Haaa.... kena lah pi belajar buat kek lapis sarawak. Kat mana??????

Tuuuu..... kat sebelah kanan tu ada diberitahu pengusaha kek lapis sarawak. Ada banyak lagi tempat, lain kali lah saya link kan yek.

Leceh nak buat???? Mula-mula memanglah rasa gitu tapi bila dah tau, tambah dengan minat, yang susah rasa senaaaaang aje. Daaannn, kepuasan yang paling penting. Cuba bayangkan bila orang tersayang makan dengan muka manis tersenyum. Boleh bayangkan tak?

Orang selalu merungut, kek Lapis sarawak ni mahal. Kalau dikira-kira semula, tak mahal mana pun jika dibandingkan dengan kek lain. Guna pure butter , tepung hong kong , telur hampir 20 biji,(ikut resepi). Kalau dikira-kira semula, baik beli aje, lagi mudah Tapi jika nak kepuasan, mari kita buat sendiri.

Khamis, 24 Julai 2008

Kek lapis Sutera Ungu

Ini cubaan kedua. Pertama dulu anak ngap habis walau tak siap pun. 'Sutera Ungu' dari pandangan Nasr. Sebab dia kata, sutera kan warna putih. kalau Lapis Sutera aje,dia bayangkan kek tu warna putih.Betul juga.... jadi saya letak Kek Lapis Sutera Ungu sebab dia berwarna ungu. Idea sutera , tak ingat blog sapa, kek lapis sutera dia warna ungu.

Mula-mula malu nak letak gambar di sini sebab tak lawa dan tak menepati peraturan Lapis Sarawak. tapi nak letak jugaklah. Semangat naik nak cuba Lapis sarawak ke Roll Lapis ke ialah dari lawatan en Roslan. terima kasih en Roslan. Berjaya buat yang baik nanti saya beritahu en Roslan.

Cuba tengok lapisan atas dan bawah dia. Saya silap perkiraan.Cikgu dah ajar betul-betul , tak ikut, tak ingat. Tak pe lain kali cuba lagi.

Cerita sebenarnya ialah saya silap teknik sikit aje. Bukan salah cikgu Nomie ajar tapi saya tak terpikir langsung sebab dah laaaaaama sangat belajar tp tak buat ulangkaji. Padan muka saya kan. Tak pa. Belajar dari kesilapan sendiri sebenarnya bagus. Respon anak - Nasr- mestilah sedap aje. Saya sakat dia. Beberapa kali saya tanya dia ' dik, sedap tak?' 'Sedaaaap' . Masa buat ni saya puasa, jadi tak dapat makan betul-betul, saya beri rasa sikit aje. dia punyalah tak sabar nak makan. Buka puasa aje dia tanya'bila nak Lapis sutera ungu ni. Adik tak sabar nak makan ni'.

Ni lah bagus nya anak saya yang bungsu, suka puji mak dia. mak dia pun suka bila anak puji. He he he
Dan tak lupa, adikku yang telah membantu akak dari jauuuuuh.

Isnin, 21 Julai 2008

Bun Bunga kacang Merah(Langkah demi langkah)

Doh yang telah diisi inti kacang merah dan dileperkan sedikit
Menggunakan pemotong(pisau ke) belah seperti gambar di atas(jangan sampai terbelah dua tau.
Belah empat pulak.
Belah lapan pulak.
Setipa kelopak di pusing(pulas ke) 90 darjah(tak tau mana nak ambil simbol matematik ni)
Taraaa.....tunggu dia naik dan sedia untuk dibakar.
Gambar yang di bakar tak de sebab belum bakar lagi.Bakar sendiri yek.

Seperti biasa tarikh tu abaikan ye.
Lain kali saya masukkan pula langkah demi langkah Pizza Bunga Berkeju sebab ada permintaan ni.

Jumaat, 18 Julai 2008

Black Forest Lagi!!!!!



Assalamualaikum semua. Dah lama tak up date blog saya ni. Tak tau nak tulis apa. Sebenarnya saya tunggu satu gambar kek birthday yang saya buatkan untuk anak kawan saya pada 5.7.2008 yang lepas. Saya tak sempat ambil gambar tu sendiri sebab siap deco dah tengah malam. Lepas tu esoknya tak de letrik pulak . Hantar awal pagi sebab sebab nak terus ke Maahad SAS Jengka (Hari Pelaporan Sekolah).

Gambar-gambar di atas adalah sebiji lagi kek black forest yang saya hantar hari ni ke SMT Puteri untuk Puan Hasni. SMT Puteri lagi.......... Ni je ke pelanggan saya? Tu lah saya saaaayang sangat kat kawan-kawan di Puteri. Ni lah sekolah saya , pusat saya berlatih memahirkan diri dengan kek. Dulu roti pun macam tu juga, pelanggan nya di Puteri aje. Tapi sekarang alhamdulillah dah berkembang sikit pasarannya. Saya berharap produk kek saya pun macam tu juga, akan berkembang ke tempat lain juga malah harapan saya lebih luas lagi. Terima kasih kawan-kawan di SMT Puteri.

Kali ni kek lain sikit rasa dia sebab filling dia saya tukar. Untuk Sha dulu saya hanya guna blueberry filling tapi yang ni saya guna dark sweet pitted cherries. Nilah baru black forest. Orang tengah belajar lah katakan, selalulah bertukar kepada yang lebih baik atau lebih tepat. Apa-apa pun terima kasih kepada semua sahabat yang banyak mengajar, memberi tunjuk ajar, menegur saya.

Nampak gayanya saya sedang ditarbiyyah untuk memahirkan diri menghasilkan satu produk baru saya iaitu kek black forest. Lepas ni saya akan tambah senarai produk saya. Yang 2 biji saya telah buat tu bersaiz kecil (6") saya RM25. Lepas ni saya modify sikit menjadi 7" dengan harga RM30. Ini adalah untuk menyelesaikan masalah adunan yang akan dibuat. Jika saiz kek kecil tu, baki adunan lebih dari separuh. Perubahan ini menyelesaikan sedikit masalah saya tentang kos pembuatan.

Hasni, jangan lupa hantar respon anda dan suami ye. Alahhh.... macam cikgu lah, beri markah pada anak muridnya yang sedang menjalani latihan atau ujian amali. Dan tidak lupa ucapan terima kasih akak pada Hasni sebab sudi order kek dari akak ye.

Sabtu, 12 Julai 2008

Gelatin Halal Keluaran HALAGEL



Anda mencari gelatin yang halal? Ini dia. Keluaran HALAGEL. Harga sekotak(5 sachet) RM8.90.
Jika mahu sila hubungi saya 019-931 4365

Black forest: testimoni

Petang semalam, terima sms dari Sha:Sgt sedap. TK kak. Akak bleh buat bisness........

Alhamdulillah Sha boleh terima hasil yang saya buat. Saya paparkan ni bukan nak berbangga cuma sekadar berkongsi kepuasan dapat menunaikan hasrat sahabat.

Bayangkan, biasanya Sha beli black forest dari kedai, sedaaaap katanya. Tak ke takut saya tak dapat hasilkan kek yang sesedap Sha beli selalu. Tapi inilah cabaran orang baru, tak cuba buat mana tau kita ni boleh buat ke tidak kan. Dan inilah bentuk tarbiyah untuk saya, melalui tempahan-tempahan dari sahabat-sahabat saya ini.

Apa-apa pun jika ada komen yang perlukan pembaikan, saya memang alu-alukan. Sebab saya sedar saya ni masih terlalu baru dalam bidang ni. Bayangkan dulu mengajar matematik. tup tup lepas bersara jadi begini pulak.

Saya meneroka bidang ni pun sebab saya mahu menyediakan satu pilihan baru kepada masyarakat Islam khususnya. Di luar sana banyak kedai yang menyediakan berjenis-jenis makanan. tapi halalan tayyibah tu penting. Jadi SOKONGlah barangan keluaran orang Islam.

Jumaat, 11 Julai 2008

Black Forest


Ini Black Forest Untuk Sharifah Esah SMT Puteri Temerloh



Ini pulak black forest yang di buat lebihan adunan sebab Sha nak yang kecil sahaja. Jadi ada lebihan adunan.

Ini pulak cooking coklat saya buat sendiri sebagai hiasan. Ada cerita disebaliknya.

Pada 9.7.2008 cikgu Sharifah Esah ni sms saya minta saya buatkan black forect kecil untuk nya dan minta dihantar pada 11.7.2008.

Takut juga pada mulanya sebab tak pernah buat. Saya pun survey dulu kedai kek, harga dan rupa dia. Lepas tu telefon kawan, cikgu katering di SMT Puteri, Kang Ah Kiat. Tanya dia serba sedikit cara nak buat. Alhamdulillah kawan saya ni baiiik sangat, ajar habis dia pada saya. Terima kasih ye Kang Ah Kiat.

Malam tadi kek siap 90%. hanya tinggal hiasan kat atas. Biasanya orang bubuh ceri maracino atau biskut love letter. Fikir semula, nak buat sendiri lah hiasan coklat. Tapi buat-buat tak jadi. Dah 10 lebih dah ni. Badan dah letih sesangat sebab siangnya buat roti 1.5. kg dengan alatan yang paliiiiing minimum. Nak tidur sesangat nih.. Nasib baiklah Ustaz temankan sambil tolong lekatkan sticker pada aneka bun saya. Harap-harap esok dapat idea.

Lepas hantar anak ke sekolah pagi tadi, saya cairkan cooking cokelat, masukkan dalam piping beg dengan nozle no 5 kot. Lepas tu paipkan atas plastik corak seperti di atas. masukkan dalam peti sejuk hingga set. Alhamdulillah jadi walau tak secantik di kedai .

Terima kasih ye Sha kerana sudi menempah kek daripada akak walau pun akak ni tak pandai mana pun. Tahniah juga kerana berani mengambil risiko menempah kek mahal ni dengan akak. Dan harap-harap rasa kek ini tak mengecewakan Sha. Apa-apa pun akak berharap sangat komen daripada Sha agar dapat memperbaiki mana yang kurang dan mana yang silap. Dan jangan serik tempah kek dari akak ye Sha dan kawan-kawan SMT Puteri. Saya saaaaaayang semua cikgu di SMT Puteri.

Rabu, 9 Julai 2008

Taman Tasik Temerloh

Ini anak saya yang sulung Muna dan yang kedua 'Ezz. Saya yang bertudung hitam tu

Ini pulak anak ke tiga, Lina namanya.


Ini la ummi dan abi .

Pada pagi 21.10.2007 kami sekeluarga pergi ke Taman Tasik Temerloh. Ustaz dan anak-anak jogging. Saya duk jaga makanan (kononnn....). Lepas tu kami sarapan bersama-sama sambil gaduh-gaduh anak beranak. Tak sah kalau tak gaduh. adussss anak-anak ku ini bila nak berhenti bergaduh ni. Lepas mereka gaduh adik beradik, saya pulak bergaduh dengan mereka.

Gambar anak yang bungsu tak de pulak . Nantilah di lain entri ye.

Selasa, 8 Julai 2008

Kek Lapis Sarawak dan Roll lapis





Haa....ini pula adalah hasil bengkel Kek Lapis Sarawak dan Roll Lapis di Klang(Nomie aka Juraiza). Kami belajar 4 orang. Seronok betul. baru tau buat kek lapis ni bukan susah mana pun cuma banyak kerja nak kena buat. Sebab tu harganya agak mahal sikit.

Mahal harga pun sebab bahan yang digunakan adalah yang berkualiti seperti butter golden Churn/Fern. Dibandingkan harga dan kena buat sendiri, baik beli. Tapi saya ni jenis selagi boleh buat sendiri, buat. Selagi ada masa, saya buat sendiri. Rasa tenang masa makan sebab tau siapa yang buat.