Ini antara bunga yang di buat masa kelas royal icing dengan Lynn Hassan di Sg Buluh. Seronok dapat ilmu baru. Taklah susah sangat tapi nak bina skill dalam diri tu agak payah sikit. Perlu latihan selalu. Kaedahnya lebih kurang sama deco dengan BC. Apa yang penting banyakkan latihan.
Ini pulak beg yang saya terima dari seorang kawan . Kawan saya ni memang baik dan pemurah orangnya. Selalu tolong saya bila saya memerlukan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kakak ini.
Agaknya dia tengok beg saya kecil dan selalu penuh dengan barang-barang(bukan duit). Apa-apa pun terima kasih bebanyak ye kak. Malam saya terima beg tu, terus saya pindahkan barang-barang dari beg kecil tu ke beg besar. Zati nampak beg ni masa jumpa dia di tol Temerloh, terus jeles dia. Ni pulak buku saya beli di LMC Sg Buluh (kedai bakeri). Kandungannya adalah koleksi Secret Recepi. Zati yang tunjuk buku ni sebab ada resepi Chocolate Indulgence yang Myn cakap tu. Harap-harap lepas ni ada ruang untuk saya cuba resepi ini dan lain-lain resepi sebab semua nampak sedaaaaap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan