Memaparkan catatan dengan label Kek Black Forest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek Black Forest. Papar semua catatan

Rabu, 25 Mac 2009

Laporan Pesta kek Hutan Hitam Mac 2009

Inilah kek-kek sempena Pesta Kek Hutan Hitam yang berlangsung selama seminggu bermula pada 16.3.2009 sehingga 22.3.2009.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menyertai pesta ini. Semua ini bagaikan satu suntikan kepada saya agar meneruskan usaha menunaikan kewajipan yang saya anggap satu amanah kepada saya.

Sebenarnya kalau tak kuat semangat, memang tak lama business saya ni sebab letihnya, banyaknya kerja-kerja pembersihan dan lain-lain lagi. Huihhh kalau tak ya ya ya ni....malaih dah ni......
Sapa nak tau untung yang saya dapat dalam pesta, hubungilah saya. Dah pasti masing-masing kata baiklah beli daripada menjual. Haa... mai la kita kongsi maklumat ni.
Sila lah mencuci mata ya....

Ini kumpulan kek yang pertama saya siapkan dan dihantar kepada yang empunya pada Selasa 17.3.2009

(Terima Kasih Suria UiTM, Ruhaizah UiTM, Ainun UiTM dan seorang lagi UiTM juga-maaf lupa namanya)


Ini pula kempulan kedua yang dihantar pada Khamis 19.3.2009.
(Terima kasih Kak Ani Puteri, Wan Azlina Puteri, kak Ain UiTM, Suria UiTM)


Ini pula dihantar pada Sulaila UiTM pada Jumaat 20.3.2009


Dan yang terakhir untuk Norli SMT Puteri pada Ahad 22.3.2009.
(Warna ungu tu bukan biru tau)
Magic comb saya hilang, jadi lain lah sikit rupanya. Sorry Norli....

Selasa, 17 Mac 2009

Pengumuman III

Dengan ini, secara rasminya (terasa jadi VIP la pulak) saya menutup tempahan Kek Black Forest kerana telah melebihi kuota kemampuan saya.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sahabat yang menempah kek sempena Pesta Kek Hutan Hitam yang saya anjurkan buat julung-julung kalinya (ewah ewaaah). Saya berharap dan berdoa agar semua berpuashati dengan rasa kek yang saya hasilkan dengan sedikit ilmu yang saya ada.

Jika ada apa-apa kekurangan, saya tersangat alu-alukan kepada sahabat semua menyampaikannya pada saya agar saya boleh memperbaiki di masa akan datang. Tanpa anda sekalian, saya tak akan mampu menjadi usahawan bakeri yang terbaik dimata anda.

Rabu, 11 Mac 2009

PENGHUMUMAN II


Minggu depan saya akan menganjurkan pesta kek hutan hitam (Black Forest Cake la).

Saya akan menjual kek ini dengan harga yang cukup istimewa.
Di bawah ini saya perturunkan spesifikasi kek yang akan dijual:

Saiz
7 inci
Hiasan
Ringkas tanpa sebarang ucapan
Tidak menggunakan ceri marocino
Parutan coklat
Keistimewaan
Kaya dengan black cherry di dalamnya
Harga biasa
RM30
Harga Pesta
RM25
Tempahan
Sehingga Ahad 15.3.2009 atau sehingga kuota telah dipenuhi
Cepat!!!!! Jangan lepaskan peluang kerana tempahan adalah terhad.

Sabtu, 24 Januari 2009

Black Forest sebagai hadiah hari jadi suami tercinta





Birthday cake untuk suami tercinta , Dr. ..............(tak tau nama dia) daripada Hasni SMT Puteri.

Tengoklah ucapan tu..... pembakar semangat buat suami. Pujian juga. Smart dari segi kerja, dari segi tanggung jawab sebagai suami, ayah, doktor juga sebagai seorang Muslim. Atau pun memang ni doktor yang handsome, smart looking....Macam mana Hasni, mana yang betul ni.

Moga semua betul. Barulah lengkap hidup kan kan kan.........

Ada kelainan sikit. saya letak warna merah sikit pada rosettenya dan coklat berbentuk hati melambangkan perasaan antara rosette

Selasa, 9 Disember 2008

CMC black forest




Seperti yang dijanjikan tempoh hari, nilah dia kek Black Forest untuk anak bungsu saya.

Setiap kali saya buat black forest setiap kali tu lah dia kata, "birthday adik nanti, ummi buat kek ni tau".
Maka dengan perasaan malas disertai dengan perasaan ingin mencuba, saya buat CMC untuk dijadikan black forest. Apa rasanya ye. Biasa guna kek span kan. Ishhhh habih juga. Tapi memang lain lah rasa dia.
Pas tu cub acuan bentuk hati yang baru di beli. Teringin sangat nak acuan ni sebab jeles tengok kek aimi.(tak reti nak link kan, sapa boleh tolong?)

Selasa, 2 Disember 2008

Black Forest untuk anak Wan azlina




Ini cerita lama tau! Disebabkan terlalu sibuk masa tu, tak dapat nak bukak cerita ni.

Kek ni di tempah oleh Wan azlina SMT Puteri untuk anaknya (15.11.2008). Disebabkan Wan kena turun KL atas urusan sekolah (semua panitia kalau tak silap kena pi) maka kek ini di hantar pada pagi 16.11.2008.
Alahai.... dengar cerita Mama dia(Wan Azlina) tak sempat makan, kek dah licin. Shian nya. Tak pe, boleh tempah lagi.
Disebabkan selalu buat kek ni di depan anak bungsu saya (Nasr), dia minta masa harijadi dia 30.11 nanti buat untuk dia pulak. Tak nak kek lain.....hish anak-anak sekarang kan main order aje kan....Maka buat juga lah, nanti saya cerita dalam entri lain ye.

Jumaat, 7 November 2008

Kek span dan black forest

Kek ni ada 'filling' kiwi di dalamnya.
Kek 'ezz ni ada 'filling' oren di dalamnya tapi entah kenapa letak warna pink pulak sebab sepanjang siapkan kek ni duk bayangkan ni kek strawberry. Ustaz nak hantar ke sekolah depa baru teringat yang tu kek perasa oren. Depa kata OK je, tak pe la tu, asal makan free.......

Ni pulak Black Forest tempahan Sha SMT Puteri, Saya hantar pada 4.11.2008 . Rupa-rupanya anniversary perkahwinan dia. Ingat nak makan sesaja sebab dia suka kek ni. Jadi saya taklah tulis apa-apa pun. Saya ni pun satu, tak tanya-tanya langsung kan.... Sorry Sha.

Selasa, 14 Oktober 2008

Kek Black Forest/Blueberry




Kek Black Forest

Jenis kek : Span coklat

Size 7" : RM30

Size 9" : RM60



Kek Bluberry

Jenis kek : Span vanilla

Size 7" : RM30

Size 9" : RM60

Rabu, 30 Julai 2008

Black forest yang ke.......


Ini black forest tempahan dari kak Siti Rokayah untuk suaminya yang tersayang. Sebenarnya tulisan pada gambar di atas tak sama dengan tulisan yang saya hantar malam semalam. Masa nak hantar tu, saya tengok tulisannya macam cair turun tak nampak apa yang ditulis dah. Napa ek cikgu zati.

Jadi tulisan tu saya buat semula semalam dengan cooking coklat . Maaf lah kak Rokayah ye jika tak lawa. Rancangan asal nak hantar kepada kak Rokayah hari ni di sekolah tapi di tukar kepada hantar terus ke rumahnya. Itu pun sebab saya tau rumahnya dan tak jauh dari rumah saya. Lepas ni saya cuba hantar terus ke rumah lah. Jika tak ada pilihan, baru saya hantar ke sekolah.

Tarikh pada gambar abaikan ye.

Isnin, 28 Julai 2008

Waduhh Black forest Lagi




Haaa ni Black Forest tempahan Wan Azlina SMT Puteri untuk anakandanya. Ada serinya, bukan sebab dah pandai buat tapi mungkin sebab ada ceri berwarna merah. Itu pun permintaan Wan Azlina. Terima kasih ye di atas panduan yang diberikan. Lepas habis buat kek ni, saya rasa satu perasaan lain, macam tenang, seronok, tak reti nak cerita . Agaknya sebab ada ceri tu kot.

Tulisan atas plague(betul ke eja nya teacher Wani) memang di akui perlukan banyak latihan lagi, kawan-kawan Puteri lah jadi mangsa dapat kek bertulisan tak lawa. Tak pe. Mudah-mudahan Puteri lah tempat pertama dapat tulisan lawa. entah bila lah tu ye. mari kita doa ramai-ramai.....

Sabtu, 26 Julai 2008

Black Forest versi 9"



Pagi tadi hantar kek ni ke sahabat di Puteri. Dia tempah sempena kenaikan pangkat dua orang guru. Puan Siti Rokayah dinaikkan pangkat ke GPK 1 dari Ketua Bidang Sains. Tempatnya diganti oleh seorang guru Sains Kamarudin Jobri. Kedua-duanya memang layak dinaikkan pangkat sebab kesungguhan dalam bekerja. tak macam saya ni. Kami ni dulu satu team dalam Bidang Sains. Tapi saya memang tak cekap buat kerja, jarang dan mungkin tak pernah hasil kerja saya memuaskan hati orang.

Walau apa-apa pun saya hanya mengharapkan penilaian dari Allah. Yang penting kita ikhlas dan amanah dalam menunaikan tanggungjawab kita dengan kemampuan yang Allah anugerahkan kepada kita. Dan bagi saya kedua-dua sahabat saya ni memang orang yang bertanggungjawab dan amanah dalam membuat kerja sebab itu hasil kerja mereka tip top. TAHNIAH kak ROKAYAH dan DIN.

Berbalik pada kek, saya mendapat tempahan kek ni tengahari semalam. nak siap pagi-pagi Sabtu (hari ni lah). Sempat ke ye???? Tak pe lah saya cuba buat dengan sedikit kemahiran yang ada, tak sampai hati menghampakan permintaan orang apatah lagi sahabat lama yang memang rapat dengan saya.

Biasa saya buat kecil, kali ni buat besar 9" sebab yang makan ramai dan orang berpangkat dalam sekolah. Saya jual RM60. Berpatutan kot noooo. Yang 7" harganya RM30.

Nak kongsi kesilapan saya menghasilkan kek ni(siap hampir pukul 11 malam tadi) dengan harapan orang lain yang baru macam saya tak buat kesilapan macam saya buat. Love letter tu saya cucuk awal sangat pada kek(malam tadi) sebab punya tak sabar nak tengok hasilnya, pagi tadi dia dah tak rangup agaknya, sorry mem. Jadi lain kali kalau nak guna love letter cucuk last minute nak deliver (broken englis la pulak - sorry teacher Wani)

Cuba tengok rosette dia, ada merah-merah sikit kan. Saja nak naikkan seri nak ganti ceri, tapi tak berapa menjadi. Maaf sekali lagi la mem-mem dan tuan-tuan. Satu lagi, kelemahan saya yang paling dan paling ketara iaitu tulisan. Tak lawa lalu. Bila la nak menjadi lawa macam orang lain buat ni, ish ish ish.

Jangan lupa lepas makan kek ni beri sedikit respon pada saya agar saya dapat perbaiki kelemahan dan kesilapan saya. Dan tak lupa ucapan terima kasih kerana sudi menempah kek dari saya, kalau sedap lain kali order lagi ye.

Jumaat, 18 Julai 2008

Black Forest Lagi!!!!!



Assalamualaikum semua. Dah lama tak up date blog saya ni. Tak tau nak tulis apa. Sebenarnya saya tunggu satu gambar kek birthday yang saya buatkan untuk anak kawan saya pada 5.7.2008 yang lepas. Saya tak sempat ambil gambar tu sendiri sebab siap deco dah tengah malam. Lepas tu esoknya tak de letrik pulak . Hantar awal pagi sebab sebab nak terus ke Maahad SAS Jengka (Hari Pelaporan Sekolah).

Gambar-gambar di atas adalah sebiji lagi kek black forest yang saya hantar hari ni ke SMT Puteri untuk Puan Hasni. SMT Puteri lagi.......... Ni je ke pelanggan saya? Tu lah saya saaaayang sangat kat kawan-kawan di Puteri. Ni lah sekolah saya , pusat saya berlatih memahirkan diri dengan kek. Dulu roti pun macam tu juga, pelanggan nya di Puteri aje. Tapi sekarang alhamdulillah dah berkembang sikit pasarannya. Saya berharap produk kek saya pun macam tu juga, akan berkembang ke tempat lain juga malah harapan saya lebih luas lagi. Terima kasih kawan-kawan di SMT Puteri.

Kali ni kek lain sikit rasa dia sebab filling dia saya tukar. Untuk Sha dulu saya hanya guna blueberry filling tapi yang ni saya guna dark sweet pitted cherries. Nilah baru black forest. Orang tengah belajar lah katakan, selalulah bertukar kepada yang lebih baik atau lebih tepat. Apa-apa pun terima kasih kepada semua sahabat yang banyak mengajar, memberi tunjuk ajar, menegur saya.

Nampak gayanya saya sedang ditarbiyyah untuk memahirkan diri menghasilkan satu produk baru saya iaitu kek black forest. Lepas ni saya akan tambah senarai produk saya. Yang 2 biji saya telah buat tu bersaiz kecil (6") saya RM25. Lepas ni saya modify sikit menjadi 7" dengan harga RM30. Ini adalah untuk menyelesaikan masalah adunan yang akan dibuat. Jika saiz kek kecil tu, baki adunan lebih dari separuh. Perubahan ini menyelesaikan sedikit masalah saya tentang kos pembuatan.

Hasni, jangan lupa hantar respon anda dan suami ye. Alahhh.... macam cikgu lah, beri markah pada anak muridnya yang sedang menjalani latihan atau ujian amali. Dan tidak lupa ucapan terima kasih akak pada Hasni sebab sudi order kek dari akak ye.

Jumaat, 11 Julai 2008

Black Forest


Ini Black Forest Untuk Sharifah Esah SMT Puteri Temerloh



Ini pulak black forest yang di buat lebihan adunan sebab Sha nak yang kecil sahaja. Jadi ada lebihan adunan.

Ini pulak cooking coklat saya buat sendiri sebagai hiasan. Ada cerita disebaliknya.

Pada 9.7.2008 cikgu Sharifah Esah ni sms saya minta saya buatkan black forect kecil untuk nya dan minta dihantar pada 11.7.2008.

Takut juga pada mulanya sebab tak pernah buat. Saya pun survey dulu kedai kek, harga dan rupa dia. Lepas tu telefon kawan, cikgu katering di SMT Puteri, Kang Ah Kiat. Tanya dia serba sedikit cara nak buat. Alhamdulillah kawan saya ni baiiik sangat, ajar habis dia pada saya. Terima kasih ye Kang Ah Kiat.

Malam tadi kek siap 90%. hanya tinggal hiasan kat atas. Biasanya orang bubuh ceri maracino atau biskut love letter. Fikir semula, nak buat sendiri lah hiasan coklat. Tapi buat-buat tak jadi. Dah 10 lebih dah ni. Badan dah letih sesangat sebab siangnya buat roti 1.5. kg dengan alatan yang paliiiiing minimum. Nak tidur sesangat nih.. Nasib baiklah Ustaz temankan sambil tolong lekatkan sticker pada aneka bun saya. Harap-harap esok dapat idea.

Lepas hantar anak ke sekolah pagi tadi, saya cairkan cooking cokelat, masukkan dalam piping beg dengan nozle no 5 kot. Lepas tu paipkan atas plastik corak seperti di atas. masukkan dalam peti sejuk hingga set. Alhamdulillah jadi walau tak secantik di kedai .

Terima kasih ye Sha kerana sudi menempah kek daripada akak walau pun akak ni tak pandai mana pun. Tahniah juga kerana berani mengambil risiko menempah kek mahal ni dengan akak. Dan harap-harap rasa kek ini tak mengecewakan Sha. Apa-apa pun akak berharap sangat komen daripada Sha agar dapat memperbaiki mana yang kurang dan mana yang silap. Dan jangan serik tempah kek dari akak ye Sha dan kawan-kawan SMT Puteri. Saya saaaaaayang semua cikgu di SMT Puteri.