Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2009

Haiii.......

Assalamualaikum semua....

Lama saya tak update ye.....

Pertama kerana tak sempat. Sibuk buat aneka bun. Jadual padat. Jadi bila siap (biasa siap semua, malam) letiiiih sesangat.

Kedua tak de cerita apa sangat nak diceritakan.

Harap-harap tak lama lagi ada idea adan bahan nak diceritakan.

Ini beberapa gambar awan yang saya ambil dari alam kereta semasa kami jalan-jalan.

Jom tengok dan hayati ye.......




Nampak ntak hujan tengah turun tu



Rabu, 31 Disember 2008

Tiara Beach Resort 3 (12.12.2008)

Ada masa free petang tu, ustaz bawa kami jalan-jalan kat bawah.







Tiara Beach Resort 2 (11.12.2008)

Aduhhh....berat dik....
Dua orang perempuan berebut seorang lelaki.....
Tak habis habis buli adik dia.


Ini antara gambar-gambar yang diambil semasa kami menanti masa check in.
Saja rakam aksi-aksi spontan anak-anak saya. Biar anak-anak depa nengok gelagak emak bapa depa masa kecik. Jahatnya saya kan!!!!

Ahad, 28 Disember 2008

Tiara beach Reasort 12.12.2008

Ini beberapa gambar kami di Tiara Beach Resort.
Kami tiba di TBR pada tengahari 12.12.2008 tapi kena check in pukul 3 pm. Selalunya kan check in pukul 2, apasal pulak ni. Rupa-rupanya dengar cerita sekumpulan tetamu pelacung(ramai juga) tak check out lg.
Kami masuk bilik pun, bilik sedang di kemas oleh cleaner.
Harap-harap jika pelancung tempatan minta keluar lewat sikit dengan sebab yang kukuh, pihak pengurusan beri layan yang sama macam pelancung asing ni.

Ini air yang Lina buatkan untuk kami (malam pertama kami di TBR). Ustaz tak ada sebab dia ada mesyuarat kat bawah. Dengan bangganya dia posing depan air-air yang dia buat tu. Senyum simpul tu susah nak buat tu, entah berapa kali CUT tau nak shoot gambar ni.
Hari terakhir, kami dapat makan bersama ustaz di tempat makan sebab ramai peserta yang terus balik bersama keluarga masing-masing. Jadi kami ni akan bahagian mereka lah ni.
Adik makan sotong goreng rangup.

Nasi sape niii......

Ni 'Ezz punya tau

Ni Ummi punya kot. Lupa dah ...










Ada gambar-gambar kat kolam mandi. Kemudian lah ye. Ini pun dah panjang menjela dah.

Makan Di Restoran Selera Puncak

Kami jarang makan kat luar. Boleh kiralah berapa kali kami makan kat luar.
Lebih baik makan cincai-cincai kat rumah daripada makan kat luar, rasa sayalah.

kalau saya malas masak, ustaz masak. Guna resepi dialah....

Hari-hari lain, kalau saya tak sempat masak beli lauk aje, nasi masak.

Ni hari kerja ajelah kann.

Restoran ni kami tak pernah pi, cuma sekali ari tu terpergi sebab ada kenalan ajak jumpa di situ. Segan campur tak berani nak masuk sebab tak pernah masuk. Tapi dah janji kat situ, kena jugalah masuk.....

Tak sedap juga minum-minum kat situ anak kat umah. Bincang-bincang satu hari kami nak bawa anak, belanja depa makan kat situ.

Maka pada ........ (tak ingat tarikh pulak), kami bawalah anak-anak makan steamboat kat situ.

Boleh tahanlah juga rasa dia. Tapi seriklah . Tak nak dah makan steamboat, leceh bangun duduk bangun duduk sebab nak ambil makanan tu. hish loteh den.


Sayur-sayuran
jejari ketam, aneka 'ball'
daging, ayam, udang yee mee, bee hun




Ahad, 14 Disember 2008

Baru balik dari PD

Assalamualaikum semua. Maaf lama tak update blog ni. Kami sekeluarga baru balik dari PD malam tadi.

Ustaz ada mesyuarat 3 hari kat sana, kami menumpang aje. Asyik kena tinggal, kali ni nak ikut jugak. Minggu sebelum tu Ustaz pi mesyuarat di Shah Alam 2 hari. Minggu berikut pi pulak PD. Mana boleh jadi kan. Nak ikut jugak, nak ikut jugak.

Maka sampailah kami di Tiara Beach Resort. Dapat bawa anak-anak bercuti. Walaupun ustaz makan sendiri dengan kumpulan kursusnya, kami makan sendiri seadanya tapi seronok sebab dapat berjalan dan tak kena tinggal lama.

Gambar????? Nantilah, masih penat dan banyak kain nak kena basuh nih. Byeeeee.......

Jumaat, 29 Ogos 2008

Duta palms 1

Bersungguh-sungguh ustaz bersenam ye. Padanlah maintain aje.....
aaa.... ezz dah besarlah, mana boleh main masak-masak lagi


Hoi Ezz, buat apa tu

Lina dapat tawaran kerja kat duta palms tapi lepas tu diberhentikan sebab tak reti buat kerja.... he he he
Dik, dik apa tu......


Duta palms Country Homes, Rawang

Pintu masuk ke Country Homes
Acah-acah minum air ustaz

Nasr tengah check out di front desk. amboiiiii.....

Nasr dan Lina

Muna-cat walk hi hi hi......
19 - 22 Og os yang lalu kami sekeluarga bercuti ke Rawang. Allah susun cuti sekolah dan cuti pertengahan semester UiTM sama, jadi kami pun booking hotel di Rawang. Sebelum pergi saya masak nasi utk makan tengahari setiba di sana nanti. Pas tu masak beberapa jenis lauk untuk di makan di sana sebab tak leh masak. Leceh betul la kan.
Tak banyak sangat aktiviti kami. nanti saya upload beberapa aktiviti kami ye.......

DFlowers Cake Rawang

Yang sedang memasak tu lah Zarifah

Roti serat


Roti sandwich 1kg RM4 aje. hotel-hotel yang ambil ni.


Ini adalah laporan yang tertunda. Cuti sekolah baru ni kami sekeluarga bercuti di Rawang. Saya jumpa 2 orang kawan baru. Kedua-duanya terlibat dalam bidang bakeri ni. Pertama Puan Zarifah tuan punya dFlowers Cake. Seronok berbual dengan Zarifah ni. Banyak pengalaman dia ada.

Gambar kat atas ni hanya beberapa produk dia. Ada banyak lagi kat cafe dia. Haa Zarifah ni selalu buat kelas di hotel-hotel. Ada juga remaja yang buat amali kat cafe dia ni. Saya pun teringin juga tapi taklah sampai berbulan-bulan. Sehari ke atau dua. Anak sekolah, payah sikit. Ada sapa-sapa geng pahang nak join ???????

Kawan baru ke dua ialah Dayang(Dayang kek lapis) . Hajat nak belajar tapi ada masalah sikit jadi order kek aje.