Isnin, 30 Jun 2008

royal icing

Ini antara bunga yang di buat masa kelas royal icing dengan Lynn Hassan di Sg Buluh. Seronok dapat ilmu baru. Taklah susah sangat tapi nak bina skill dalam diri tu agak payah sikit. Perlu latihan selalu. Kaedahnya lebih kurang sama deco dengan BC. Apa yang penting banyakkan latihan.

Ini pulak beg yang saya terima dari seorang kawan . Kawan saya ni memang baik dan pemurah orangnya. Selalu tolong saya bila saya memerlukan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kakak ini.
Agaknya dia tengok beg saya kecil dan selalu penuh dengan barang-barang(bukan duit). Apa-apa pun terima kasih bebanyak ye kak. Malam saya terima beg tu, terus saya pindahkan barang-barang dari beg kecil tu ke beg besar. Zati nampak beg ni masa jumpa dia di tol Temerloh, terus jeles dia. Ni pulak buku saya beli di LMC Sg Buluh (kedai bakeri). Kandungannya adalah koleksi Secret Recepi. Zati yang tunjuk buku ni sebab ada resepi Chocolate Indulgence yang Myn cakap tu. Harap-harap lepas ni ada ruang untuk saya cuba resepi ini dan lain-lain resepi sebab semua nampak sedaaaaap.

Jumaat, 27 Jun 2008

kek harijadi


Ini kek harijadi yang saya siapkan semalam 26.6.2008 untuk kawan di SM Teknik Puteri. Dia tempah untuk menggembirakan anak-anaknya . Terima kasih Wan Azlina kerana beri kepercayaan pada akak ye walaupun tahu akak masih merangkak dalam bidang ini.
Sebenarnya saya memang tak puas hati dengan hasilnya, luar dan dalam. Bagi saya rasa kek paling penting tanpa menafikan hiasan luaran memainkan peranan menambat selera. Tapi tak naklah orang yang makan terkejut pulak sebab tak sama seperti yang di harapkan.

Cubalah tengok hiasan tu. Sori lah sifu Zati, Bunga mawar akak masih tak lawa lagi. dulu Zati selia, tu jadi lawa. Tapi anak akak Nasr tu, beri A+ tau di samping suruh saya berlatih lagi biar laagi lawa katanya. Penuh dengan psikologi. InsyaAllah Nasr, ummi akan tetap akak terus berlatih.

Wan beri komen ye untuk akak baiki apa yang boleh akak baiki terutama rasa kek tu.
Norli kalau jadi beri tarikh nak bila ye. he he he
Wani pun jangan lupa ye cuma kek tiga tingkat tak belajar lagi.

Maaf lah gambar tak berapa jelas sebab hanya guna MP4.

Isnin, 23 Jun 2008

Kek Cawan untuk Fara Hariri



Pelik juga bila tengok entry saya yang lepas. Saya update tu pada 22.6.2008 kenapa keluar tarikh 21 june yek.
Gambar ni pulak ialah CC Choc moist untuk Fara Temerloh Jaya di.tempah khas oleh Ziezie di KL.
Last minute punya tempahan. Pada mulanya tak janji boleh buat sebab dah tengahari dan nak hari tu juga. Tapi balik rumah, rasa kesian pulak kat Ziezie walau saya tak kenal pun dia. Mesti dia hampa kan sebab ini adalah hadiah anniversary perkahwinan untuk Fara.
Saya cuba buat, petang baru siap, maklumlah orang amatur. Cuba hubungi Ziezie, dan dia berikan alamat Fara. Seronoknya Fara dan saya puas hati sebab dapat tunaikan hajat seorang sahabat untuk sahabatnya. Ziezie lagi seronok. tak habis-habis ucap rasa terharunya pada saya.

Ahad, 22 Jun 2008

Buka gerai jualan

Ini semasa majlis maulidur Rasul Tahfiz Fakih Temerloh. First time buka gerai, jadi tak tau anggaran jumlah kek dan aneka bun yang nak dibuat. Tapi sambutan menggalakkan. Kek habisssss. Bun Sosej(hot dog, tak best nama tu kan) pun habissssss.



Ini pula majlis hari ni, sukaneka.Tarikh pada gambar tu abaikan ye sebab tak set pada MP4.
Berpandukan pengalaman pertama, kali ni buat bun sosej(ada cadangan nama yang lebih sesuai?) lebeh sikit dan kek pun buat lebih. Mula-mula takut juga tak habis sebab tak ramai yang terlibat. tapi di akhir majlis, ramai yang datang beli. Bun sosej awal-awal lagi dah habis. Alhamdulillah. Sambil-sambil tu sempat jugalah promot produk kek hiasan kita. Kek hantaran ke harijadi ke. Ada respon laaaa

Jumaat, 20 Jun 2008

masih belajar lagi


Ni masih teraba-raba nak buat posting ni. maaf lah kalau ada yg tak kemas. Ini kek coklat lembap yang saya deco semberono sebab tak ada langsung ilmu mendeco. Tengoklah dia punya shell tu. Bunga bintang aje. Jadi masih jual derngan harga yang murah lagi masa tu sebab masih amatur. Sila lah beri komen ye. Nanti saya upload gambar-gambar kek buruk saya sebelum kek yang terhasil semasa kelas dengan zatidhati.

Khamis, 19 Jun 2008

Salam ukhwah

Salam ukhwah pada semua. Semuga ini menjadi titik permulaan jalinan persaudaraan kita dalam menjaring ilmu Allah di muka bumi ini.