Jumaat, 31 Oktober 2008

Kek Span Strawberry untk Jamuan Kelas Lina


Atas permintaan last minute Lina, saya buatkan kek span perasa strawberry dengan filling jem strawberry. Tapi saya memang tak puas hati dengan sekuntum bunga tu. Macam nak gugur kelopak dia. Tapi tak boleh buat apa sebab dah lekat kat kek dan saya dah kesuntukan masa.
Maaf Lina dan kawan-kawan. Harap bergembira semasa makan kek ini. Semuga cukup dan berkat ye.......

Testimoni Tasneem

Ini testimoni dari Tasneem yang tempah CMC dengan hiasan buttercream tempoh hari. Ulasan tulus dari Tasneem . Saya merasa senang dengan komen ini sebab ada komen membina dari adiknya.

Daripada:
"Afiqah Tasneem" pinkyslamber_anem@yahoo.com

Kepada:
rikha_mie@yahoo.com

dah makan dah.sedaapp... bese je, xde pape komen.cantek, sedap,umi pun puji. cume adela adik ckp corak die tak same besarla. tpi, bgi tasnem ok je asalkan sedap. adek tu je yg ngade siket.

insyallah, kalo rse nk mkn kek ke, tasnem bli kt makcik je. tpi, nk tanye bile makcik nk jual roti balik??? rindula roti makcikyg lmbut tu, sedapnyeee....

Khamis, 30 Oktober 2008

CMC utk CITU UiTM Pahang

Kek ni sumbangan saya sempena jamuan CITU hari ni. Dapat buat yang simple aje sbb semalam cooking choc tak nak keras untuk buat deco. Alhamdulillah saya ada spare bunga coklat (buat lebih masa sediakan wani punya ari tu).
Pagi ni, kelam kabut siapkan. Maka hanya itu yang dapat di hasilkan. Harap ustaz dan ustazah selera makan kek ni ye.

Ahad, 26 Oktober 2008

Kek Span Strawberry, Yani membalas hantaran Khairul








Gambar ni diambil masa pi kenduri Wani dan Yani.

Ini pulak kek span untuk Yani, adik Wani. Asalnya Yani nak strawberry sebab tema dia warna pink. Tapi kat Temerloh ke Mentakab tak de jual buah tu. Jadi apa yang sesuailah, Wani kata.

Jenuh juga memikir nak buat corak apa kat kek pink ni. Saya buat lapisan jem strawberry di tengahnya. Dapat juga rasa strawberry kannn.

Bunga ros aje yang saya tahu buat, yang lain tak berani cuba last minute, ni majlis rasmi. kalau tak lawa, malu tuan rumah. Saya laaaagi malu. Jadi buat yang saya boleh aje. tak pandai tapi taaahuu aje. Nk gubah bunga satu masalah juga buat saya. Memang tak berseni.....

Jadi saya harap Yani and family terima seadanya ye.

Semoga Wani dan Yani berjaya menjadi isteri yang solehah. Serta berjaya mengharungi semua ujian dan dugaan dunia rumahtangga. Carilah amalan doa-doa yang berkaitan ye......

Saya memang berhajat, lepas hantar kek-kek pada wani dan yani saya nak berehat sepuas-puasnya. Tengahari tu saya tidur betullll...

CMC, Wani membalas hantaran Nasir







Kek di letak di dalam kotak hantaran. Wani akan hias kotak ini nanti.


Haaa......dah lawa pun bekas kek ni....


Ini kek pertama saya dapat siapkan sebab bunga ros tu saya buat awal. Cuma agak lama nak fikir nak buat border dia. Akhirnya, border tulah jugak, boring betuiii. Tapi siksa ya amat nak buat sebab cokelat tu agak keras, sakit jari memicitnya.

Tengoklah tulisan atas kek tuuu.....sorry Wani. Jangan serek tau. Ni dah habih berlatih ni........

Harap-harap pihak lelaki puas hati semasa memakannya nanti. OK Nasir and family...............

Psssst........Wani tak sangka Wani dapat jadi menantu Pak Menteri ye......



Sabtu, 25 Oktober 2008

Kek Oren dengan hiasan Whipping Cream

Kek ni, Wani kata untuk makan sekeluarga, jadi guna whipping cream, sesuailah sebab tak takut dengan perjalanan jauh. Tang nak memikir corak nk hias tu yang den lomah. Tak kreatif langsung. Sepanjang minggu saya melayari internet mencari idea.

Habis salut kek dengan whipping cream, lama saya berdiri tegak depan kek memikir apa corak hiasan nak saya letak kat situ. kalau boleh tak nak samaaaa aje kan.

Akhirnya jadilah seperti yang di bawah ni. Tak perasan pun sebenarnya ia seperti yang selalu orang India buat masa perayaan mereka. Agaknya sebab nak Deepavali kut. Masa snap gambar ni lah saya perasan. adussss..... macam mana ni....

Pas tu, cuba buat macam ni pulak. Isssh tak puas hati gak, simpanlah dulu, buat yang lain.


Malam sambung pulak maka jadilah seperti yang berbunga ditengah tu....(gambar bawah). Kek ni yang terakhir saya siapkan. Bunga dia, saya terpaksa buat dengan buttercream sebab whipping cream, anak dah habiskan.
Harap Wani dan keluarga puas hati ye......

Sibuk memanjang

Hari Khamis masih sibuk lagi menyiapk tempahan sahabat. Pagi-pagi lepas siap hantar Nasr ke sekolah, saya menyediakan 3 biji kek untuk majlis perkahwinan Wani(SMT Puteri) dan adiknya, Yani (bekas student ustaz di Shah Alam dulu).

Lepas zohor buat kek cawan Choc moist pula sebanyak 500 biji. Siap pada lebih kurang 1.30 pagi Jumaat.

Lepas solat Subuh, saya menyusun semula cc sambil mengira. Pas tu siap-siap hantar pada mak Andak Wani yg berjiran dengan saya. Beres satu bab.

Mula deco 3 biji kek pulak. Siap pun dalam 1.30 pagi jugak. Bukan apa, banyak sangat selingan keluar masuk rumah. Pi Mentakablah beli barang, sambil pi ziarah ayah mertua. Sebelum asar siap 2 biji. Lepas asar pi lancang pulak, rumah abang ustaz. Pukul 10 lebih baru mula balik mendeko....

Sat lagi saya upload gambar ye......

Khamis, 23 Oktober 2008

CMC untuk ayah


Tengok tulisan tu, tak senonoh betul kannn...... makin besar makin besar. Seni ke tu???
Kek ini ditempah pada 6.19 petang semalam, yang saya cerita dalam entri lepas. Tempahan khas untuk ayah tersayang. Katanya nak yang ringkas tapi bila saya buat, saya tak puas hati jika tak buat border, nampak tak lawa sangat. Nak buat shell cokelat, kos akan bertambah dan dia akan menjadi choc deko yang bernilai RM50. Jadi saya susun cip gula berwarna merah. Dah dua kali buat begini. Takkan tiap kali orang order kek yang sama hiasan juga sama kan. Tak kreatif langsung kan. Jadi saya rasa item yang ini harus digugurkan dari senarai jualan saya.
Jadi, para sahabat sekalian, nak tempah tengok blog dulu ye dan tempahlah awal. Kesiaaaan saya. Terkena hari yang saya kuat dan tak sibuk, boleh lah saya buat. tapi kalau sebaliknya ......
saya jenis tak sampai hati nak hampakan harapan orang tapi kalau tak leh juga terpaksa saya tolak dengan rasa yang begitu ......tak leh nak gambarkan lah.....

CMC untuk Tasneem

Tengoklah cengkerang tu. Tak sama tinggi dan mungkin kurang gemuk kat bawah dia tu.Lihat pula tulisan buruk tu. Sorry Tasneem....Jangan serik ye......

Ni lagi satu kelemahan saya yang masih belum boleh saya perbaiki. Nak kena pi berguru balik ni. Zati...tolooonggggg.....


Inilah kek untuk Tasneem. Dia order pada hari ahad 19.10.2008 melalui email. Pandai Tasneem ni gunakan kemudahan yang ada. Saya baca pada 20.10.2008. Tasneem order CMC 1 kg dengan hiasan BC ringkas. Permintaan dia jelas dan mudah difahami. Tahniah Tasneem.

Harap-harap Tasneem puas hati walaupun saya sendiri tak puas hati dengan hasilnya. Tak berubah-ubah saya ni kan. Tak ada peningkatan langsung. Tengoklah tulisan dia. Saya memang tak pandai agak, ingatkan muat tapi.......Tulah nama Tasneem kena senget sikit, kreatif lah konon kan......
Bunganya pun masih belum ada pembaikan. Bilalah nak jadi cantik macam orang lain tu.....

Esok nak siapkan 3 biji kek perkahwinan pulak. haaaa macam mana ni.

Petang ni nak buat kek cawan chocolate moist 500 biji, deliver esok. Minggu ni memang penuh jadual saya.

Hari Yang sibuk

Semalam adalah hari yang agak memenatkan bagi saya. Bayangkan dari pukul 8.15 pagi saya keluar sampai rumah nak dekat pukul 12 tengahari. Muka-mula pi Takaful nak uruskan insuran kedua-dua kereta saya serta takaful saya tapi tutup lagi (dia buka pukul 8.30). Saya pun pergi Mentakab pulak, nak bayar bil telefon. Pas tu pi balik Takaful, lama juga sebab urus dua kereta dan 2 takaful saya.

Lepas siap pi pulak pejabat pos, barukan cukai jalan. Malang sungguh, geran Suzuki Swift saya kena tukar baru pulak sebab ruang bayaran dah penuh. Pi pulak JPJ kat Mentakab. Habis urusan di Mentakab baru balik. Adussss...... letih nyaaa.....

Pukul 12 tengahari, bancuh pulak CMC untuk UiTM , 12 biji 500g punya dan sebiji 1 kg (untuk Tasneem kawan Lina). Lepas solat zohor ambil Nasr di sekolah. Sampai kat rumah, terus mula bakar kek. Sambil-sambil tunggu tu saya berlatih buat bunga ros.

Pukul 6.19 petang terima panggilan dari Ustaz. Dia kata ada orang nak CMC 1kg dgn hiasan ringkas coklat. Dia baruuuu aje order. Mak oiiiii letih tak hilang lagi ni. Terus bancuh dan bakar.

Masa buka puasa , saya cakap dgn ustaz, "malam ni jangan tidur dulu tau. Tunggu sampai Ha siapkan kek". Mula hias kek pukul 10 malam kot sebab lepas maghrib pi ziarah ayah mertua sebab lama tak pergi nengok dia. Lambat sikit balik sebab ada abang dia.

Rabu, 22 Oktober 2008

Kek Lobak Tanda Terima Kasih


Lepas hantar CMC kat kawan saya, saya menghias kek lobak pulak. Lebih kurang 1 kg berat dia. Saya hadiahkan kek ni kepadaa seorang sahabat, pangkat kakak pada saya. Kakak ni banyak membantu saya dari banyak segi. Tak terbalas rasanya di dunia ni. Moga Allah membalas budi baik kakak ni. Amiiiinnnn.
Serampang dua mata.....saya dapat berlatih buat deco. Nak korek keluar kreativiti saya menghias kek tapi dia tak nak keluar laaa........ Macam mana ni. Puas saya duk depan kek ni semalam. Akhirnya tu aje yang teerhasil.

Kek Tanda Persahabatan




Minggu ni agak sibuk. Full book kata orang putih.Saya masih memenuhi tempahan biskut raya tapi bukan untuk raya. Mungkin sebab raya ari tu mreka tak sempat rasa, dah habis. Cuma kesal sikit, tengah semangat buat, satu bahan habis pulak, pi kat kedai bakeri di Temerloh, pun tak de stok. Jadi dapat buat sebahagian sahaja. Maaf kawan-kawan kat UiTM ye. Raya Haji nanti ye.....
CMC kat atas pulak saya buat untuk kawan saya. Dia jemput saya tapi saya tak dapat hadir. saya gantikan dengan kek. Aci tak? Yang penting saya dapat berlatih buat choc deco ni. Tengok..... masih tak lawa lagi.

Jumaat, 17 Oktober 2008

Kek Lobak dengan Basketweave



Saja nak tunjuk kudup bunga ni sebab dari dulu gagal. Pssst .... Zati berapa markah ni.... Taulah tak berapa jadi lagi....

Pagi tadi hantar kek lobak 2 kg dengan buttercream(basketweave). Terus terang saya memang tak puas hati dengan hasilnya. Lepas siapkan semalam, hingga lepas hantar saya tak senang hati. Kat rumah semalam kejap kejap pi buka chiller, tengok kek tu. Ishhhh rasa nak rombak balik. Apa kan daya, hias kek ni bukan macam jahit baju, boleh buka dan pasang balik.

Apa yang saya tak puas hati?

Pertama: Tulisan tu..... Dari dulu sampai sekarang itu masalah utama saya.

Kedua: Gubahan bunga. Ishhhh tak berseni langsung...... Memang tangan tak berseni pun dari dulu lagi.

Ketiga: Bunga-bunga tu. Tak lawa lalu(baca ikut loghat pahang ye). Dulu tu buat depan cikgu. Cikgu tapis.... Ini cikgu jauh....

Keempat: Bakul tu. Tak kemas langsung. Sorry lah Zati. Bukan salah cikgu yang mengajar. Anak murid yang tak buat ulangkaji, tak buat latihan. Cikgu kena buat ujian nih....

Kesimpulan: Memang gagallah.

Khamis, 16 Oktober 2008

Kek Cawan (cupcake)

Jenis kek : Coklat Lembap
Size 8 : RM 0.60 sebiji
Size 9 : RM0.80 sebiji
Jenis kek : Span(berbagai perisa)
Size 8 : RM0.35 sebiji
Size 9 : RM0.50 sebiji
Perhatian: Buat masa ini, saya tidak dapat memenuhi permintaan size 8 sehingga di beritahu kelak. Segala kesulitan harap dimaafkan.

Rabu, 15 Oktober 2008

Kek Span








Jenis kek: Span

Perasa: mocca, coklat, pandan, kiwi, strawberry, lemon, kiwi, oren



Dengan hiasan buttercream ringkas

Size 7" : RM20

Size 9" : RM35



Dengan hiasan whipping cream/basketweave(BC)

Size 7" : RM 30

Size 9" : RM50

Kek Oren Lembap




Size 9"

Dengan hiasan buttercream ringkas: RM80
Harga pengenalan : RM75

Dengan hiasan buttercream (basketweave) : RM100
Harga pengenalan : RM90

Dengan hiasan whipping cream : RM80

Selasa, 14 Oktober 2008

Kek Lobak


Dengan hiasan Cream Cheese

500g
Harga Biasa:RM30

1 kg
Harga Biasa: RM50

2 kg
Harga Biasa : RM100
Harga Pengenalan : RM90

Dengan hiasan basketweave(creamcheese), harga akan dinaikkan.

Kek Black Forest/Blueberry




Kek Black Forest

Jenis kek : Span coklat

Size 7" : RM30

Size 9" : RM60



Kek Bluberry

Jenis kek : Span vanilla

Size 7" : RM30

Size 9" : RM60

Kek Cokelat Lembap 9"





Berat kek: lebih kurang 2 kg

A. Dengan taburan cip gula warna warni atau dengan sedikit ucapan - RM50

B. Dengan hiasan RINGKAS menggunakan buttercream - RM65

C. Dengan salutan coklat dan dihiasi RINGKAS bunga buttercream - RM78

D. Dengan hiasan RINGKAS menggunakan coklat atau whipping cream - RM85

E. Dengan tambahan lapisan coklat di tengah - tambah RM8