Ahad, 3 Ogos 2008

Cabaran Kek Blueberry




Aha... seperti yang dijanjikan, inilah kek blueberry yang saya cuba buat berdasarkan penerangan cikgu Zati kita. masa janji hari tu, bukan kek tak siap lagi cvuma ustaz tak ada. Tak sedap kita makan tapi suami tak makan. dah benda ni pertama kali buat, biarlah kita rasakan kesedapannya bersama-sama kan......

Ada sesiapa teringin? Boleh order. Harga dia sama dengan black Forest juga.

Sabtu, 2 Ogos 2008

CM dengan Hiasan BC





Pagi tadi hantar kek ni di Tadika Tahfiz Fakih di Jalan Bukit Semantan. Ustazah Jamaliah tempah untuk sepasang anak kembarnya yang memasuki usia 1 tahun. Banyak cabaran dengan anak kembar ni.


Mulanya ustazah Jamaliah nak kek blueberry. Awal-awal saya mengaku tak pernah buat tapi boleh cuba buat jika ustazah boleh beri gambaran rasa dan rupanya. Macam black forest dulu lah. Saya nak cuba seba tercabar rasanya. Tapi ustazah tukar kepada CM seperti kakaknya tempah dulu(5.6.2008-kalau tak silap). Jadi inilah hasilnya. Seperti biasa tukang buat yang amatur ni masih tak berpuas hati.
Ini pulak nak tunjuk kat cikgu Zati reverse shell yang saya buat. Dulu di Pekan fail memanjang. Jadi tak cikgu? Nak lawan farah sebenarnya. Jeles dengan dia, paaandai sangat buat reverse shell ni.


Oh sebelum lupa. Disebabkan sendiri nak mencabar diri sendiri, boleh buat ke tak kek blueberry, maka saya cuba membuatnya. Dah tanya cikgu yang sedang dalam perjalanan ke KB katanya. Terima kasih bebanyak ye cikgu. Gambarnya???? Tungguuuuu.........

Bunga Ros Krim Mentega(Butter Cream)

Ros ni saya buat dari lebihan BC untuk menulis atas kek Coklat Lembap(CM) semalam. Nak buang sayang jd gatal tangan sambil nak berlatih.Masih belum lawa lagi nih. Tapi terfikir sampai bila nak buat bunga ros aje ye. teringin nak buat bunga lain pulak. Tungguuuuu.......

Jumaat, 1 Ogos 2008

Hari Keluarga APB UiTM 2008







Ini adalah 11 biji kek coklat lembap yang di tempah semalam oleh seorang staff UiTM unit Bahasa untuk Hari Keluarga Fakultinya. Ada cerita lucu semasa semasa tempahan dibuat. Di sini saya cuma nak tunjuk betapa tulisan saya masih belum dapat diperbaiki. Kalah tulisan budak sekolah rendah. Ini pun dah berapa kali berlatih atas cake board. Bilalah boleh lawa macam orang lain tu.




Ini pula kek coklat lempab yang saya deco ringkas untuk dihadiahkan kepada unit bahasa UiTM. Mungkin mereka ada cabutan bertuah, jadi boleh di senaraikan dalam deretan hadiah cabutan bertuah mereka. Terima kasih Su kerana memberi kepercayaan pada akak. Majlis besar ni, perasaan takut tetap ada. SELAMAT BERGEMBIRA SEMUA PESERTA!!!!!!!!


Tanda kasih seorang ibu


Kek Harijadi ini permintaan seorang ibu untuk anaknya yang sangat suka makan kek coklat. Hari ini anaknya balik dari asrama. Walaupun simple, tanpa kotak kek tanpa hiasan bunga tapi cukup untuk menunjuk ingatan seorang ibu kepada anaknya.

Kek ini ditempah oleh Puan Ros, pembantu makmal di SMT Puteri. Terima kasih Ros. Tempahan anda menjadi sebahagian daripada pemberi semangat kepada saya untuk meneruskan usaha menyediakan makanan pilihan yang halalan taiyyibah walaupun banyak halangan yang datang.

Khamis, 31 Julai 2008

Di tangan kanan undang-undang, di tangan kiri budibicara

Pernah dengar ungkapan di atas? Saya pernah dengar semasa menghadiri satu mesyuarat dulu. Diungkapkan oleh seorang pemimpin kepada lebih kurang 30 staff profesional. Sekali imbas, apakah maksudnya ye.

Bagi sayalah, kita melakukan sesuatu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Tetapi dalam satu-satu situasi, mungkin kita memerlukan budibicara kita untuk menghadapinya atau menyelesaikan kekusutan. (kalau salah tolong betulkan saya ye)

Mengapa tiba-tiba saya teringat ungkapan ini? Memang senang kan nak keluarkan ungkapan ini, hanya kerana nak orang buat apa yang suruh. Bukan sapa-sapa, kita juga dalam mendidik, mentarbiyah anak-anak kita, anak-anak jiran kita, anak-anak saudara kita, selalu suruh orang buat apa yang kita tak boleh buat.
Peraturan yang manusia buat, selalunya tak ada budibicara tetapi dalam hukum hakam Islam selalu kita yang menggunakan budibicara untuk kepentingan kita. Contohnya merokok. dulu-dulu kita difahamkan merokok tu makruh aje sebenarnya haram. Sapa yang letak makruh? Yang merokok lah kan....
Yang selalu bercakap ungkapan tadi selalunya yang memegang jawatan penting dalam satu-satu jabatan atau sekolah. Tapi kadang-kadang cakap tinggal cakap aje. Tiba masa sendiri tak ada budibicara. Orang bawah rasa tak pe tapi dia tetap kata tak boleh.
Tapi kan kadang-kadang masa kita jd orang bawahan, kita nak orang atasan kita ada budibicara. tapi bila kita Allah pilih naik pangkat, dapat duk di atas kerusi pusing yang empuk kita lupa dah tang budibicara yang kita mintak-mintak dulu.
Jadi bila renung ke langit jangan lupa rumput dibumi. Dah duk kat atas jangan lupa asal kita, jangan lupa jaga kebajikan orang bawahan kita, jaga hati dan perasaan mereka sebab hasil kerja merekalah, boss-boss dapat nama, dapat naik pangkat lebih tinggi lagi. Ingat tu adik-adik, mak nenek ni dah membebel.
Mari kita fikir-fikirkan............

Rabu, 30 Julai 2008

Choc Deko yang kedua




Ini Kek Coklat Lembap dengan hiasan cokelat tempahan Ina, staff SMT Puteri. Banyak pengajaran semasa saya menyiapkan kek ini. Saya cuba buat reverse shell di tepi atas kek tu, tapi tertepi sangat macam nak terjatuh shell tersebut. Maaf lah Ina ye jika tak memuaskan hati.
Juga kelemahan yang sama iaitu tulisan, masih tak lawa.