Sabtu, 2 Ogos 2008

CM dengan Hiasan BC





Pagi tadi hantar kek ni di Tadika Tahfiz Fakih di Jalan Bukit Semantan. Ustazah Jamaliah tempah untuk sepasang anak kembarnya yang memasuki usia 1 tahun. Banyak cabaran dengan anak kembar ni.


Mulanya ustazah Jamaliah nak kek blueberry. Awal-awal saya mengaku tak pernah buat tapi boleh cuba buat jika ustazah boleh beri gambaran rasa dan rupanya. Macam black forest dulu lah. Saya nak cuba seba tercabar rasanya. Tapi ustazah tukar kepada CM seperti kakaknya tempah dulu(5.6.2008-kalau tak silap). Jadi inilah hasilnya. Seperti biasa tukang buat yang amatur ni masih tak berpuas hati.
Ini pulak nak tunjuk kat cikgu Zati reverse shell yang saya buat. Dulu di Pekan fail memanjang. Jadi tak cikgu? Nak lawan farah sebenarnya. Jeles dengan dia, paaandai sangat buat reverse shell ni.


Oh sebelum lupa. Disebabkan sendiri nak mencabar diri sendiri, boleh buat ke tak kek blueberry, maka saya cuba membuatnya. Dah tanya cikgu yang sedang dalam perjalanan ke KB katanya. Terima kasih bebanyak ye cikgu. Gambarnya???? Tungguuuuu.........

Tiada ulasan: