Rabu, 1 April 2009

Mengapa bersara awal?

Pada suatu hari , saya dan ustaz ke suatu tempat (entah apa namanya). Semasa ustaz menyelesaikan urusannya, saya duk minum. Datang seorang lelaki(tua dari saya la, katanya 60 thn).

Antara yang kami bualkan:

Dia: Awak kerja?

Saya: Dulu mengajar tapi dah bersara awal.

Dia: Tulah orang sekarang belajar tinggi-tinggi, lepas kawin
berenti kerja. Kalau sebab nak jaga anak baik sekolah
takat darjah enam aje.

Saya: ( haaa.....terkejut dengan respon pakcik ni, saya
tergelak aje. takkak nak bangkang cakap
orang lebih tua kan. Ya kan aje)

Dia: Dulu belajar sampai takat mana?

Saya: Universiti.

Dia: ha tu lah. habis duit mak bapat sekolah kan, tapi tak kerja.

Itu antara bualan kami.

Adush adush adush. Berapa kali kena smash pagi tu. Berpinar mata dan kepala saya he he he

Tapi saya tak marah pun sebab lain orang lain pendapatnya.

Memang masa saya nak bersara dan baru-baru bersara dulu macam-macam dah saya dengar oraang kata tentang saya.

Ada yang kata: Bodoh. Dah dapat gaji RM3000 sebulan, nak berenti.

Ada juga kata: Kenapa Rikha tak sabar sangat nak bersara ni. Tunggu la umur 45 nanti, terus dapat pencen.

Ramai juga yang tanya, kenapa Rikha nak bersara awal. Ada projek nak buat ke?

Orang tak tau, ini adalah keputusan besar (kali kedua) yang perlu saya buat sebab kesannya terlalu besar pada kami sekeluarga. Bukan senang nak buat keputusan, bertahun ambil masa ni. Puas bincang dengan Ustaz. Bincang dari dari pelbagai sudut terutama kewangan.(Keputusan besar yang pertama saya buat ialah menerima lamaran ustaz, entri lain la ye)

Sebenarnya dari awal saya bekerja dulu saya tak yakin saya akan berkerja hingga umur wajib bersara. Cuma tak tau bila, tak tau sebab, tak tau macam mana cara. Macam-macam yang saya tak tau hingga satu saat Allah buka jalan yang amat luas untuk saya bersara awal.

Kebanyakan persoalan yang diajukan pada saya, saya jawab,"ketenangan yang saya dapat selepas bersara, tak dapat saya beli dikedai-kedai. kalau ada pun ia tak dapat dibeli dengan gaji yang saya dapat bulan-bulan tu."

Nanti saya sambung dalam entri lain ye, nak solat dulu.

6 ulasan:

aimila berkata...

K.Rikha..sy setuu ngan akak. Duduk kat umah, w/pun penat melayan karenah anak2 (t'msk suami) tp kepuasan yg kita dpt tu, Allah shj yg tahu. Sy masa mula2 anak sorang, hari2 merengek nk keja. Smpai hubby bg alasan, dia xkan bg keja selagi sy x dpt ijazah. Bila da dua org anak ni, sy semakin menyedari yg sebenarnya sy lebih layak menadi surirumah. Hepi sgt bila hubby ngan anak2 terurus dgn baik (w/pun sy bkn isteri & ibu mithali). hepi bila tgk mereka smua hepi, kan kak?!!

Noor Rikha berkata...

utk aimilia,
betul tu. Perkara utama akak ambil keputusan bersara awak adalah pk keselamatan ank2. Waktu dia balik dan akak balik tak sama. risau dia sesama dia kecik2 tunggu kat sekolah atau pun depa jln kaki ke sekolah akak. Kadang-kadang curi kuar ambil ank. pas tu kena soundla. Akak tak kisah kena tegur tp bila syaitan dtg, ada juga rasa geram sbb pentadbir tak nak faham pd hal perempuan juga yg ada ank. Yg penting akak tau apa yg akak buat tak langgar syariat.
Alah org boleh nanpak dan kira berapa lama kita kuar.

Yang akak banggakan, akak ni surirumah berijazah. Gajinya lumayan di akhirat nanti.

fiza berkata...

kak Rikha,
saya rasa zaman sekarang dah tak macam dulu2..walaupun menuntut ilmu ke menara gading tak semestinya kita 'perlu' berkerja makan gaji..saya setuju ngan akak, saya pun sama, org kata 'sayangnye belajar sampai oversea tp dok umah pulak'..bagi saya ilmu ini menjadikan kita surirumah terpelajar, lebih kreatif dan terbuka minda..lebih penting lagi saya skang ni jauh dari unsur2 kurang baik diluar sana..
hasil buat kek walaupun skang ni belum sekencang keje ofis tapi puas anak2 sentiasa depan mata dan kita jadi bos pada diri sendiri ;-)
salam kenal & selamat maju jaya..

Tanpa Nama berkata...

saya pun rasa nak bersara dah tapi umur tak cukup pulak..apa-apa pun kalau kita nak bersara pastikan semua hutang dah settle..
Kalau di izinkan oleh Allah, rasanya nak duduk kat pahang, cuba-cuba bela lintah..tak pun bela angsa.

ina berkata...

keinginan duduk kat umah mmg dah lama ada tapi tak terbuat sbb commitment byk. moga Allah permudahkan jalan...

Noor Rikha berkata...

Fizafarizah,
Salam kenal juga dari akak.
Terima kasih atas respon itu. Kan untung, yang besarkan anak2 kita org yg terpelajar macam kita, ehem ehem ehem.. Berapa gaji nk beri pada kita ni kan, tak terbayar suami kita haaaa....
Moga usaha kita mendapat berkat dari Allah.

Tanpa nama,
Tima kasih juga atas respon tanpa nama. kerja dgn kerajaan ya.Akak dulu pun berhenti selepas habis loan kereta. Makna akak berenti tanpa ada hutang.
nantilah, ada ruang akak citer pulak mcm mana proses akak bersara awal.

aku yang terpunya,
Yang penting ada azam dan usaha yang kuat. InsyaAllah akan dipermudahkan urusan kita. Penyerahan secara total pada Allah itu penting.



Terima kasih semua