Jumaat, 1 Ogos 2008

Tanda kasih seorang ibu


Kek Harijadi ini permintaan seorang ibu untuk anaknya yang sangat suka makan kek coklat. Hari ini anaknya balik dari asrama. Walaupun simple, tanpa kotak kek tanpa hiasan bunga tapi cukup untuk menunjuk ingatan seorang ibu kepada anaknya.

Kek ini ditempah oleh Puan Ros, pembantu makmal di SMT Puteri. Terima kasih Ros. Tempahan anda menjadi sebahagian daripada pemberi semangat kepada saya untuk meneruskan usaha menyediakan makanan pilihan yang halalan taiyyibah walaupun banyak halangan yang datang.

Tiada ulasan: