Selasa, 7 April 2009

Kek Cawan Coklat Lembap untuk Azian UiTM















Kek Cawan Coklat lembap(CM CC) ini di tempah oleh Azian dari UiTM Jengka(kawan ustaz la tu).

Sebenarnya ini tempahan kedua kek cawan selepas menghadiri kelas Zati

Azian tempah 110 untuk dihadiahkan kepada pelajarnya(pengurusan ladang, betul ke azian) sebelum musim peperiksaan ni. Baik betul pensyarah ni kan. patut pelajar beri pada pensyarah kan. tapi elok juga, nanti pelajar sayang pada pensyarah tentu dia rajin studi paper pensyarah tu. Good strategy.

Semua CM CC diserahkan pada 3.4.2009.

Selepas CM CC diserah pada pelajar, Azian telefon saya memberikan responnya,antaranya:

Pelajar:
1.Madam, ada expiry date tak, sayang la nak makan.
2Madam , kalau dah habis, boleh refill tak

Lebih kurang gitulah, saya tak berapa ingat. Saya berasa lega bukan bangga. Saya juga bersyukur sebab hasil tangan saya boleh diterima dengan baik dan mereka puas hati.

Semalam 6.4.2009, Azian tempah lagi CM CC sebanyak 9 biji sempena birthday suaminya( mereka tak duk sama, sian kan).

Terima kasih banyak ye Azian kerana memberi kepercayaan pada akak yang masih baru dalam bidang ini. Tempahan ini sebenarnya banyak membantu saya memperkukuhkan kemahiran saya.

2 ulasan:

Aimi berkata...

betul tu kak..makin byk terima order, makin mahir la kita dgn deco.. tu je practice yg paling berkesan..

noor Rikha berkata...

Tu lah. Memang akak berterima kasih pada sahabat yg menempah. tanpa mereka, kemahiran yang dipelajari entah ke mana