Jumaat, 23 Januari 2009

CMC hiasan ringkas untuk Aziah



Kek ni pula untuk sahabat di Maahad Tahfiz Faqeh.

Di hantar pada16.1.2009. Nak yang ringkas aje kata dia. Tak payah ucapan-ucapan, dah tua katanya.

CMC Choc deco 7" untuk Bonda yang jauh di mata



Kek ni disiapkan malam tadi sebab nak deliver di kilang Alps hari ni. Jangan tak tau, bunga daun tu semua dari coklak tau. Bunga tu berperisa strawberry. Daun berperisa pandan. Tak manis sangat dibanding dengan white choc yang ...... huihh manis betui.....

Liza (ni Aimi TJ subkan kat saya sebab jadual tempahan dia dah penuh, TQ Aimi) telefon dari Nilai pada 21.1.2009 minta buatkan kek untuk maknya di Jengka 18. Sambil bincang, Liza merujuk blog saya. Akhirnya Liza mahukan CMC 7" dengan Choc Deco. Tapi saya takut, cooking Chocolate saya meragam, saya minta kalau itu berlaku saya akan buatkan yang RM30 sahaja. Liza setuju tapi berharap dapat yang ada bunga rose.

Saya teringat Liza ada sebut bunga yang berwarna, itu kena guna BC. Biasa emak-emak kita tak suka makan BC ni. Jadi nak cuba buat bunga Ros merah menggunakan coklat berperisa strawbery. Coklat ni sedap dimakan, sebab tak manis sangat macam white choc. Harap-harap menjadi.

Maka selepas habis telefon tu, saya terus buat bancuhan coklat strawberry dan cooking chocolate. Mana yang jadi nanti, kita tengok ye. Kita kena siapkan plan A dan B. Kalau jadi apa-apa, kita ada backup. Cewaaahhhh.
Malam tu saya periksa yang cooking choc tu ok tapi yg strawberry masih melekit-lekit. Esoklah tengok semula. Esoknya, yang strawberry dah keras. Alamak macam mana ni. Saya buat bunga coklat dulu lah. Cairkan balik strawberry. Malam tadi , lepas saya mandi, saya buat ros strawberry. WAAAAHHHH JADILAH......seronoknya.
Disebabkan Liza customer pertama guna bunga ni, saya beri dia harga choc deco biasa. lain kali tak boleh sebab coklat berperisa ni mahal. Ada perisa oren dan pandan juga.
Harap-harap Liza suka bila tengok gambar kek ni. Dan keluarga di Jengka 18 suka juga. Apa yang penting mereka suka rasa kek ini.
Apa-apa pun terima kasih bebanyak Liza kerana memberi kepercayaan pada akak ye. Nanti minta keluarga beri respon ye. Ada kekurangan akak boleh baiki dimasa akan datang. Maklumlah orang tak berapa pandai, tak macam Aimi tu.

Isnin, 19 Januari 2009

Masa tak cukup?

assalamualaikum semua!!!!!!



Malunya saya sebab dah hampir sebulan tak update blog saya ni. Sejak buka sekolah ni saya masih terkial-kial mengurus masa. Tiap hari letiiiiih memanjang. Ada aje nak kena buat. Tak ketinggalan aktiviti bakeri saya. Hampir setiap hari, ada aje yang saya kena buat.



Jadual bakeri dah berapa kali dirombak. Itu antara penyebab saya tiada masa untuk update blog saya. Tiba malam, badan sakit satu badan. Bayangkan dari balik ambil anak bungsu saya dari sekolah, lebih kurang pukul 2, saya mula uli roti daan tamat membakar dalam 6 lebih hingga pukul 7 malam. Nak wraping dan tampal sticker lagi. Aduuuhhhhh....letin tau....



Banyak juga gambar nak masuk tapi pagi ni memang tak sempat sebab guna laptop ustaz, gambar di laptop saya. Satu lagi internet saya ni slooooowwwwwww ya amat-amat. Kurang sabar menunggunya sebab banyak kerja menanti untuk dibereskan.



Mengharapkan Allah memberi ruang untuk saya upload gambar kemudian hari nanti.

Masa 24 jam cukup tapi kemahiran menguruskaan masa perlu dipertingkatkan lagi..

Sehingga saat itu, tinggal dulu. Bye.......................

Rabu, 31 Disember 2008

Kek Pengantin 2 tingkat







Ini percubaan pertama. Cabaran diberikan oleh sahabat bernama Faizah di taman Sri Semantan.

Dia tempah sempena majlis pernikahan anak saudaranya pada 13.12.2008.

Saya tetap tak puas hati. Antara sebabnya, comot sedikit dan tak 'smooth' BC dia. Alhamdulillah bila berjumpa dengan Faizah, dia memberi respon yang menggalakkan. Saya minta dia email pada saya gambar kek yang telah diletak pada tempatnya. Hingga saat entri di tulis, saya masih belum menerima. Sebab tu saya lambat update gambar kek ni sebab tunggu gambar kek yang dah bertingkat tu. Bila saya terima saya edit balik entry ni.
Haaa pertama kali tulis jawi atas kek, dengan bantuan ustaz lah apalagi!!!! Tu lah comot sikit.

Tiara Beach Resort 3 (12.12.2008)

Ada masa free petang tu, ustaz bawa kami jalan-jalan kat bawah.







Tiara Beach Resort 2 (11.12.2008)

Aduhhh....berat dik....
Dua orang perempuan berebut seorang lelaki.....
Tak habis habis buli adik dia.


Ini antara gambar-gambar yang diambil semasa kami menanti masa check in.
Saja rakam aksi-aksi spontan anak-anak saya. Biar anak-anak depa nengok gelagak emak bapa depa masa kecik. Jahatnya saya kan!!!!

CMC utk Tasneem





Semalam 30.12.2008 saya menghantar CMC ni kepada ummi nya Tasneem di UiTM Jengka. Allah susun, kami memang perlu ke Jengka sebab nak ambil keputusan PMR anak sulung saya MUNA di Maahad Jengka.

Tasneem order melalui email. kami memang selalu berurusan melalui email aje. Kek ni sempena harijadi kakak dan adiknya.


Daripada: Afiqah Tasneem
Subjek: tempahan kek
Tarikh: Isnin, 22 Disember, 2008, 12:03 AM
mak cik,
sya nk tmph kek nih. sya nk tmph kek cmc ntuk ummu najlaa tuh. sya x tahu name die, jdi tulis ape yg ade kt blog makcik jela yeh. hrge die rm25, tmbh hiasn jdi rm30 la yeh.tulis,

happy birthday
kakak
&
adik
Harap-harap rasa dan rupa kek ni memenuhi citarasa Tasneem dan keluarga.