Kek ni disiapkan malam tadi sebab nak deliver di kilang Alps hari ni. Jangan tak tau, bunga daun tu semua dari coklak tau. Bunga tu berperisa strawberry. Daun berperisa pandan. Tak manis sangat dibanding dengan white choc yang ...... huihh manis betui.....
Liza (ni Aimi TJ subkan kat saya sebab jadual tempahan dia dah penuh, TQ Aimi) telefon dari Nilai pada 21.1.2009 minta buatkan kek untuk maknya di Jengka 18. Sambil bincang, Liza merujuk blog saya. Akhirnya Liza mahukan CMC 7" dengan Choc Deco. Tapi saya takut, cooking Chocolate saya meragam, saya minta kalau itu berlaku saya akan buatkan yang RM30 sahaja. Liza setuju tapi berharap dapat yang ada bunga rose.
Saya teringat Liza ada sebut bunga yang berwarna, itu kena guna BC. Biasa emak-emak kita tak suka makan BC ni. Jadi nak cuba buat bunga Ros merah menggunakan coklat berperisa strawbery. Coklat ni sedap dimakan, sebab tak manis sangat macam white choc. Harap-harap menjadi.
Maka selepas habis telefon tu, saya terus buat bancuhan coklat strawberry dan cooking chocolate. Mana yang jadi nanti, kita tengok ye. Kita kena siapkan plan A dan B. Kalau jadi apa-apa, kita ada backup. Cewaaahhhh.
Malam tu saya periksa yang cooking choc tu ok tapi yg strawberry masih melekit-lekit. Esoklah tengok semula. Esoknya, yang strawberry dah keras. Alamak macam mana ni. Saya buat bunga coklat dulu lah. Cairkan balik strawberry. Malam tadi , lepas saya mandi, saya buat ros strawberry. WAAAAHHHH JADILAH......seronoknya.
Disebabkan Liza customer pertama guna bunga ni, saya beri dia harga choc deco biasa. lain kali tak boleh sebab coklat berperisa ni mahal. Ada perisa oren dan pandan juga.
Harap-harap Liza suka bila tengok gambar kek ni. Dan keluarga di Jengka 18 suka juga. Apa yang penting mereka suka rasa kek ini.
Apa-apa pun terima kasih bebanyak Liza kerana memberi kepercayaan pada akak ye. Nanti minta keluarga beri respon ye. Ada kekurangan akak boleh baiki dimasa akan datang. Maklumlah orang tak berapa pandai, tak macam Aimi tu.
1 ulasan:
kak,
mekasih bebyk..wah..nak mengalir airmata ni tgk ayat akk tu.." utk bonda yg jauh dimata"..cantik banget..x dpt blk celebrate ..dpt kasi something pun jadila...
mekasih sbb akk bertungkus lumus watkan kek utk mak za..terharu sgt
mekasih yer..insyaAllah next kita berurusan lg yer..
mekasih lg..
Catat Ulasan