Rabu, 25 Mac 2009

Laporan Pesta kek Hutan Hitam Mac 2009

Inilah kek-kek sempena Pesta Kek Hutan Hitam yang berlangsung selama seminggu bermula pada 16.3.2009 sehingga 22.3.2009.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi menyertai pesta ini. Semua ini bagaikan satu suntikan kepada saya agar meneruskan usaha menunaikan kewajipan yang saya anggap satu amanah kepada saya.

Sebenarnya kalau tak kuat semangat, memang tak lama business saya ni sebab letihnya, banyaknya kerja-kerja pembersihan dan lain-lain lagi. Huihhh kalau tak ya ya ya ni....malaih dah ni......
Sapa nak tau untung yang saya dapat dalam pesta, hubungilah saya. Dah pasti masing-masing kata baiklah beli daripada menjual. Haa... mai la kita kongsi maklumat ni.
Sila lah mencuci mata ya....

Ini kumpulan kek yang pertama saya siapkan dan dihantar kepada yang empunya pada Selasa 17.3.2009

(Terima Kasih Suria UiTM, Ruhaizah UiTM, Ainun UiTM dan seorang lagi UiTM juga-maaf lupa namanya)


Ini pula kempulan kedua yang dihantar pada Khamis 19.3.2009.
(Terima kasih Kak Ani Puteri, Wan Azlina Puteri, kak Ain UiTM, Suria UiTM)


Ini pula dihantar pada Sulaila UiTM pada Jumaat 20.3.2009


Dan yang terakhir untuk Norli SMT Puteri pada Ahad 22.3.2009.
(Warna ungu tu bukan biru tau)
Magic comb saya hilang, jadi lain lah sikit rupanya. Sorry Norli....

Selasa, 24 Mac 2009

nak jadi ejen saya?

Assalamualaikum semua.....

Kali ni saya nak membuat tawaran yang tak pernah saya buat tapi dah lama naak buat. ha ha ha......apa punya bahasa da.....

Tawarannya adalah:

Sesiapa yang berminat menjadi ejen saya memasarkan kek coklat lembap dan aneka bun silalah hubungi saya secepat mungkin.

Tawaran ini saya buka kerana ingin membantu negara kita melahirkan usahawan yang berjaya.

Macam grand gitu. Nampak macam saya main-main tapi ni serious tau. Cepat hubungi saya.

Setakat ni saya sudah ada beberapa ejen di sekitar Temerloh iaitu di sekolah-sekolah, gerai dan restoran.

Selasa, 17 Mac 2009

Kek 3 tingkat untuk majlis perkahwinan




Sedang saya terkial-kial menyiapkan kek CMC 2 tingkat tempoh hari, datang pulak satu lagi cabaran membuat kek 3 tingkat.

Saya betul-betul gementar semasa menerima order. Rasa macam tak nak terima aje tapi takkan lah pulak ye tak. Meniaga apa pulak, orang nak beli kita tak beri. Tapi memeang memang saya rasa terlalu takuuut sangat sebab dari kata-kata Faridah ni, harapannya terlalu tinggi.

Saya kekeringan idea masa nak buat kek ni. Puas meround blog dan fp sahabat tapi saya tak dpt nak buat juga . Entah kenapa tangan ni tak menjadi. Berapa kali tangalkan hiasan sebab semua tak menjadi lawa. Akhirnya saya buat cornelli lace . Selepas siap, saya pi berehat sambil melayari internet.

Punyalah terkejut bila buka blog saya, baru terperasan hiasannya sama dgn CMC yang baru saya buat tu. Macam mana ni.........rasa macam nak tanggalkan balik hiasan kek ni. Tapi mana boleh sebab dah petang jumaat. Sok pepagi Faridah dah nak ambil.

Berfikiran positif. Kita mampu merancang sahaja tapi perancangan Allah adalah lebih baik untuk kita. Mungkin ini tarbiyyah untuk saya. Mana saya pernah buat cornelli lace ni. Jadi ini latihan intensif untuk saya yang Allah sediakan.

Pengumuman III

Dengan ini, secara rasminya (terasa jadi VIP la pulak) saya menutup tempahan Kek Black Forest kerana telah melebihi kuota kemampuan saya.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sahabat yang menempah kek sempena Pesta Kek Hutan Hitam yang saya anjurkan buat julung-julung kalinya (ewah ewaaah). Saya berharap dan berdoa agar semua berpuashati dengan rasa kek yang saya hasilkan dengan sedikit ilmu yang saya ada.

Jika ada apa-apa kekurangan, saya tersangat alu-alukan kepada sahabat semua menyampaikannya pada saya agar saya boleh memperbaiki di masa akan datang. Tanpa anda sekalian, saya tak akan mampu menjadi usahawan bakeri yang terbaik dimata anda.

Jumaat, 13 Mac 2009

Punya lah tak peka

Nak buat sikit cerita lah.

Saya ni kan memang lah jenis tak berapa peka( kena mandi ais nih) selama-lama ni rupanya ramai orang yang buat ulasan di ruang ulasan di bawah setiap entri, selain di chat box. Tak perasan betul. Apa punya orang saya ni kan......

Paling banyak buat adikku di TJ tu. Malu juga sebab tak berbalas ulasan sahabat. Maluuuu nya...
Sebab saya ni jenis balas apa orang ulas. Orang hantar sms pun saya mesti nak balas walau pun cuma taip' k ', untuk tunjukkan bahawa kita terima mesej yang hendak disampaikan.

Pas tu kan yang lagi tambah terharu, orang pakar deko kek, lelaki tau! En Fadzil Salleh. Wow.... terharu dan bangganya saya. Lama dah saya minat dengan hasil deko en fadzil ni. Saya kagum dengan dia ni walau lelaki tapi kerja nya kemas dan teliti.

Maaf semua sahabat yang buat ulasan tu ye. pas ni, kena ingat, kena peka kak rikha oiiii.....

Rabu, 11 Mac 2009

PENGHUMUMAN II


Minggu depan saya akan menganjurkan pesta kek hutan hitam (Black Forest Cake la).

Saya akan menjual kek ini dengan harga yang cukup istimewa.
Di bawah ini saya perturunkan spesifikasi kek yang akan dijual:

Saiz
7 inci
Hiasan
Ringkas tanpa sebarang ucapan
Tidak menggunakan ceri marocino
Parutan coklat
Keistimewaan
Kaya dengan black cherry di dalamnya
Harga biasa
RM30
Harga Pesta
RM25
Tempahan
Sehingga Ahad 15.3.2009 atau sehingga kuota telah dipenuhi
Cepat!!!!! Jangan lepaskan peluang kerana tempahan adalah terhad.

PENGUMUMAN I

Mulai Mac 2009 saya tidak lagi membuka kaunter menjual aneka bun saya di bilik rehat UiTM Jengka kecuali ada special request.

Saya memberi laluan kepada individu yang sedang memulakan perniagaan di bilik rehat UiTM dengan produk yang sama iaitu aneka bun.

Sebenarnya sejak tahun lepas ustaz membantu saya memasarkan aneka bun saya di bilik rehat Uitm dan sambutannya amat mengalakkan. Selain aneka bun ustaz juga membantu saya memasarkan kek coklat lembab yang juga menerima sambutan yang amat memberangsangkan.

Jadi sekarang saya hanya akan menjual kek coklat lembap pada setiap hari Jumaat.