Selasa, 17 Mac 2009

Kek 3 tingkat untuk majlis perkahwinan




Sedang saya terkial-kial menyiapkan kek CMC 2 tingkat tempoh hari, datang pulak satu lagi cabaran membuat kek 3 tingkat.

Saya betul-betul gementar semasa menerima order. Rasa macam tak nak terima aje tapi takkan lah pulak ye tak. Meniaga apa pulak, orang nak beli kita tak beri. Tapi memeang memang saya rasa terlalu takuuut sangat sebab dari kata-kata Faridah ni, harapannya terlalu tinggi.

Saya kekeringan idea masa nak buat kek ni. Puas meround blog dan fp sahabat tapi saya tak dpt nak buat juga . Entah kenapa tangan ni tak menjadi. Berapa kali tangalkan hiasan sebab semua tak menjadi lawa. Akhirnya saya buat cornelli lace . Selepas siap, saya pi berehat sambil melayari internet.

Punyalah terkejut bila buka blog saya, baru terperasan hiasannya sama dgn CMC yang baru saya buat tu. Macam mana ni.........rasa macam nak tanggalkan balik hiasan kek ni. Tapi mana boleh sebab dah petang jumaat. Sok pepagi Faridah dah nak ambil.

Berfikiran positif. Kita mampu merancang sahaja tapi perancangan Allah adalah lebih baik untuk kita. Mungkin ini tarbiyyah untuk saya. Mana saya pernah buat cornelli lace ni. Jadi ini latihan intensif untuk saya yang Allah sediakan.

5 ulasan:

Aimi berkata...

saya pun suka dgn cornelli ni..sebab blh cover cacat pada kek.. ok je kak.. tapi kalau akak buat lebih halus, lagi cantik... maksudnya ruang cornelli tu buat kecik2 je kan..nampak lagi menarik.. (maaf ya kalau pandangan saya ni mengguris akak..)

Tanpa Nama berkata...

TQ aimi atas komen aimi. Tak terguris pun sbb memang akak tak reti hukum hakam corneli ni. Akak guna nozel no 2. Kena guna no 1 ye atau just rapatkan aje . Akak baru beli no 1 kt kuantan sabtu baru ni. Tak pe akan ku aiki lagi cornelli akak ni agar lebih menarik. Tima kasih sekali lg. Kena bagi hadiah kat aimi sebab sentiasa beri respon pada penulisan akak. Nak bagi apa ye...

Aimi berkata...

hehehe...kak...saya selalu guna nozzle no 2 je...tapi rapat2kan sikit cornelli tu...pernah gak cuba yg no 1, tapi selalu bc tu mcm tersekat..susah nak kluar sebab kecik sgt..tgn pun jadi sakit bila menekan.. last2 guna je yg no 2, tapi kena kecik2kan sikit la jarak tu.. mcm yg saya buat terbaru ni..suka betul dgn design cornelli....nampak exclusive kan??

Aimi berkata...

re: lupa pulak...nak bg hadiah? nak... saya nak demand kek hutan hitam.. blh?? hehehehe...takdela kak..gurau2 di ptg hari...

Tanpa Nama berkata...

ooo gitu ye. OK nanti akak cuba.

nak hadiah kek hutan hitam?
Nanti, bila ada org tempah akak nbuatkan sekali sbb 1 tin tak habis utk sebiji kek.

Harap2 ingatlah ye