Rabu, 18 Februari 2009

Karenah Pelanggan

assalamu'laikum para sahabat sekalian.

Tak de cerita bakeri lagi ni. Cuma nak cerita pengalaman menjadi usahawan bakeri ni. Banyak masalah yang melibatkan pelanggan yang tak faham cara kerja dan ruang masa kita.
Mungkin masalah ini hanya saya seorang yang mengalaminya. Tapi kita boleh kongsikan bersama.

Kerja bakeri saya ni, ada jadual yang telah saya susun agar saya tidak teraba-raba nak buat kerja. Tak lah pagi-pagi bangun, tertanya-tanya hari ni nak buat apa ye, nak uli roti berapa kg ye. Itu semua ada dalam jadual saya. Nak hantar ke mana pun dah siap. Jika ada perubahan sikit kita boleh atur semula mengikut situasi hari berkenaan, yang penting panduan dah ada.

Jadi masa proses penghantaran, saya mengharapkan semua berjalan dengan licin tanpa gangguan yang besar. Tak perlu tunggu lama-lama. Tapi kalau dah terlalu lama tunggu, dah beberapa sms dihantar, beberapa kali tel tak jawab, pada hal dah diberitahu akan dtg pada waktu itu, jadual saya jadi terganggu.

Marah?????????????? Saya tak marah sebab secara rasionalnya, kena berfikiran positif. Mungkin dia tertinggal telefon, mungkin telefon dia rosak atau hilang. Mungkin juga dia sedang ada kerja yang tak boleh ditinggalkan. Cuma saya rasa agak terganggu sebab nak hantar tempat lain lagi. Urusan rumah lagi tak beres. Jika saya berada ditempat beliau saya akan cari jalan untuk memberitahu orang yang sedang menunggu atau menghantar orang lain sebagai wakil sebab kita tahu kita ada janji dengan orang. Apa-apa pun saya tak marah, mungkin dia ada sebab yang syar'ii. Sangka baik, sangka baik

Mungkin mereka nampak surirumah(ada orang kata jgn guna surirumah tapi guna homemaker), tak de kerja banyak. Banyak masa terluang. Boleh tunggu.......

Tapi kalau nak tau, orang duk rumah ni tak kering tangan buat kerja, baju pun habis basah sebab basuh pinggan, lap lantai ke.....Jap buat ni jap buat tu. Ditambah pulak kerja bakeri ni.

Untung jual roti ni tak banyak mana pun. Untuk homemade punya, buat roti ni ambnil masa yang baik sebab alatan terhad. tak de divider n rounder machine, tak de proofer. Untuk 2 kg perlu ambil ambil masa dalam 5 hingga 6 jam baru siap bakar. Nak packing lagi, tampal sticker lagi.Bayangkan ye ......

Harga sebiji roti RM1.00
Komisen RM0.20
Sticker RM0.08
Baki RM0.72
Kos bahan
Kos api, air
Kos buruh dll

Kalau roti dah buat dan dihantar tapi pelanggan/ejen tak de(maknanya tak terjual la kan) sapa yang tanggung kos kerugian?

Inilah risikonya berniaga.

Sebab itu jika saya tak dapat hantar, saya akak beritau awal-awal agar mereka ada alternatif lain. Dan saya minta ejen saya ni beritau saya 2 hari awal jika mereka tak berniaga atau cuti agar saya tak buat untuk mereka. Roti tak tahan lama jadi tak boleh simpan-simpan.

Tapi kalau buat roti untuk makan sendiri, kosnya memang murah. Sebab itu saya beri aje resepi pada sesiapa yang nak.

Apa-apa pun saya seronok buat roti dan kek ni sebab dapat memberi masyarakat pilihan makanan yang halal lagi suci, hasil tangan orang Islam. Tapi kalau ada gangguan sebegini selalu,
keseronokan tu akan berkurang hari itu. Letih membuat roti tu tak berbaloi rasanya.

Sabtu, 14 Februari 2009

Haiii.......

Assalamualaikum semua....

Lama saya tak update ye.....

Pertama kerana tak sempat. Sibuk buat aneka bun. Jadual padat. Jadi bila siap (biasa siap semua, malam) letiiiih sesangat.

Kedua tak de cerita apa sangat nak diceritakan.

Harap-harap tak lama lagi ada idea adan bahan nak diceritakan.

Ini beberapa gambar awan yang saya ambil dari alam kereta semasa kami jalan-jalan.

Jom tengok dan hayati ye.......




Nampak ntak hujan tengah turun tu



Jumaat, 6 Februari 2009

Kelas CC Zati II - 27.1.2009

Yang ni semua dari BC pulak. Kami buat 25 biji cc hari tu. Cuma gambar tak berapa elok, kamera murah aje. Orang lain guna ribu-ribu punya.

Terima kasih cikgu Azli kerana masak untuk kami.

Jom tengok gambar........................



Rabu, 4 Februari 2009

Kelas di Pekan I - 27.1.2009

Pada 27 jan saya dan dua orang lagi, pi belajar buat dan deco cupcake di pekan.

Hai......macam tak pernah belajar mendeco. Seperti biasa, paling lambat siap. Adik 2 orang tu cepaaat aje siap, terpaksa tunggu saya pulak. Sorry aaaaa......

Tengahari, kitorang makan lauk gulai kambing (my request ni,zati kata saya demand) masakan cikgu Azli. Sedaaaap. saya tambah dua kali. Nak tambah lagi tapi malu he he he. Gurau aje. Kenyaaaang sangat.

Hari tu sampai Temerloh pukul 11 malam, Ustaz kena pi saya ambik kat tol Temerloh.

Esoknya, saya dan Nasr pi Maahad Jengka (balik dengan ustaz sekali) hantar cc tu, kalau tak siapa nak makan. Anak-anak saya kat Maahad tu terutama Lina, suka sangat. Bukan suka nak makan tapi suka tengok deco dia.

Bila pulak saya nak buat ulangkaji deco cc ni, entah lah sebab sibuk buat roti dan cmc.

Tiap-tiap hari saya tukar jadual aktiviti bakeri saya ni. InsyaAllah dalam bulan Mac tak berubah dah sebab sekarang masih test market 2009.

Jom tengok gambar.
Semua ni hiasan sugar paste, (betul ke istilah tu zati)


Isnin, 26 Januari 2009

Kek Span Bentuk Hati




Baru aje siapkan hias kek ni tadi, sebelum maghrib tadi.

Kek dah lama buat, tapi tak sempat nak hias.

Teringin sangat nak cuba hias kek bentuk hati ni sebab jeles dengan Aimi TJ.

Bila dah cuba, terasa sangat susahnya. Kena pi kursus deco kek bentuk hati pulak lepas ni......
Tak pun, pi aje rumah Aimi, bukan jauh sangat. Boleh Aimi? Berapa yurannya?




Sabtu, 24 Januari 2009

Sambutan hari jadi untuk Najihah




Pada 19.1.2009, kek ini dihantar ke Maahad Tahfiz Faqeh sempena hari jadi Najihah. Kek ini untuk dimakan di maahad ini. Agaknya balik rumah najihah cerita kesedapan makan kek coklat ini beramai-ramai di sekolah dia. Jeleslah yang lain tak dapat makan, kan. Maka emaknya, cikgu Norzihan kena tempah sebiji lagi untuk dimakan di rumah pulak.

Inilah dia kek kedua untuk Najihah diambil tadi oleh cikgu Norzihan di rumah saya.

Black Forest sebagai hadiah hari jadi suami tercinta





Birthday cake untuk suami tercinta , Dr. ..............(tak tau nama dia) daripada Hasni SMT Puteri.

Tengoklah ucapan tu..... pembakar semangat buat suami. Pujian juga. Smart dari segi kerja, dari segi tanggung jawab sebagai suami, ayah, doktor juga sebagai seorang Muslim. Atau pun memang ni doktor yang handsome, smart looking....Macam mana Hasni, mana yang betul ni.

Moga semua betul. Barulah lengkap hidup kan kan kan.........

Ada kelainan sikit. saya letak warna merah sikit pada rosettenya dan coklat berbentuk hati melambangkan perasaan antara rosette