Rabu, 4 Februari 2009

Kelas di Pekan I - 27.1.2009

Pada 27 jan saya dan dua orang lagi, pi belajar buat dan deco cupcake di pekan.

Hai......macam tak pernah belajar mendeco. Seperti biasa, paling lambat siap. Adik 2 orang tu cepaaat aje siap, terpaksa tunggu saya pulak. Sorry aaaaa......

Tengahari, kitorang makan lauk gulai kambing (my request ni,zati kata saya demand) masakan cikgu Azli. Sedaaaap. saya tambah dua kali. Nak tambah lagi tapi malu he he he. Gurau aje. Kenyaaaang sangat.

Hari tu sampai Temerloh pukul 11 malam, Ustaz kena pi saya ambik kat tol Temerloh.

Esoknya, saya dan Nasr pi Maahad Jengka (balik dengan ustaz sekali) hantar cc tu, kalau tak siapa nak makan. Anak-anak saya kat Maahad tu terutama Lina, suka sangat. Bukan suka nak makan tapi suka tengok deco dia.

Bila pulak saya nak buat ulangkaji deco cc ni, entah lah sebab sibuk buat roti dan cmc.

Tiap-tiap hari saya tukar jadual aktiviti bakeri saya ni. InsyaAllah dalam bulan Mac tak berubah dah sebab sekarang masih test market 2009.

Jom tengok gambar.
Semua ni hiasan sugar paste, (betul ke istilah tu zati)


Tiada ulasan: