Selasa, 14 Oktober 2008

Kek Cokelat Lembap 9"





Berat kek: lebih kurang 2 kg

A. Dengan taburan cip gula warna warni atau dengan sedikit ucapan - RM50

B. Dengan hiasan RINGKAS menggunakan buttercream - RM65

C. Dengan salutan coklat dan dihiasi RINGKAS bunga buttercream - RM78

D. Dengan hiasan RINGKAS menggunakan coklat atau whipping cream - RM85

E. Dengan tambahan lapisan coklat di tengah - tambah RM8

Kek Cokelat Lembap 7"


Dengan taburan 'chocolate rice' atau sedikit ucapan - RM25


Dengan hiasan RINGKAS menggunakan buttercream - RM35

Dengan salutan coklat serta dihiasi RINGKAS bunga buttercream - RM43

Dengan hiasan RINGKAS menggunakan coklat masakan - RM50



Berat: lebih kurang 1 kg

A. Dengan taburan cip gula warna warni beserta tulisan ringkas - RM25

B. Dengan hiasan buttercream ringkas - RM35

C. Dengan salutan coklat dan hiasan RINGKAS menggunakan buttercream - RM43

D. Dengan hiasan cokelat /whipping cream/basketweave(BC) - RM50

Dengan tambahan lapisan coklat di tengah
- tambah RM5

Harga Kek Coklat Lembap 6"

Dengan taburan 'chocolate rice' - RM10



-dengan taburan cip gula warna warni beserta sedikit tulisan- RM12


Berat kek : lebih kurang 500g

A. Dengan taburan 'chocolate rice' - RM10

B. Dengan taburan cip gula berwarna warna atau dengan ucapan ringkas atau dengan hiasan 'drizzle' coklat putih - RM12

C. Dengan lapisan cokelat di tengah - tambah RM3

Isnin, 13 Oktober 2008

Bila nak buat roti ni......

Hari ini masih tak dapat buat aneka bun lagi. Padahal saya sudah siapkan inti sardin, inti kacang merah. Ada urusan, sahabat nak tempah kek perkahwinan. Jadi kena ambil masa sedikit untuk memilih dan berbincang. Pas tu nak buat Biskut Cokelat harta karun pulak. Dari minggu lepas kawan ustaz order. Cadang nak buat hujung minggu tapi cornflakes pulak kehabisan.

Tadi dah beli, jadi kena buat lah jap lagi lepas butter lembut.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Saya merancang nak mula buat roti semula semalam tapi ustaz telefon, ada order kek coklat, biskut famous amos dan harta karun. Jadi, tangguh buat roti dulu lah. Pukul 12 tengahari siapkan bahan-bahan kek. Lepas ambil Nasr, anak bungsu kami, dalam 2 pm saya mula bakar kek. Dalam 6.30 pm kut, siap 12 biji.

Biskut buat hujung minggu nilah sebab tak sempat nak buat semua.

Sebenarnya saya rancang buat kek untuk UiTM minggu depan sebab mungkin semua dah puas makan kek dan biskut raya, bagi rehat dululah. Tapi salah pulak firasat saya. Mungkin ini semua kehendak anak-anak yang sedang suka makan. Naluri hati seorang ibu, tak sampai hati menghampakan permintaan anak-anak.

Apa-apa pun semua ini adalah susunan Allah semata.

Khamis, 9 Oktober 2008

Tempahan lepas raya

Selasa yang baru lepas saya telah siapkan tempahan Famous Amos. Kawan Ustaz nak 3 bekas. Jadi saya buatkan untuk dia 150 biji dengan harga yang sama. Kalau dulu satu bekas boleh muat dalam 42-45 keping, tapi ni saya bagi lebih. Tak letak dalam bekas yang sama tapi dalam bekas besar aje sebab bukan musim jual biskut Raya.

Semalam pulak saya siapkan tempahan kek anak-anak saya. Sebiji kek blueberry, 3 biji kek coklat lembap(tapi tak dapat ambil gambar sebab bateri habis wuaaaaa. Hari ni ustaz akan ke sekolah mereka sebab nak ambil laporan peperiksaan percubaan PMR Muna, anak sulung kami.

Sabtu, 4 Oktober 2008

Jualan Bulan Ramadhan

Tahun ni, jualan biskut raya saya agak meningkat dibanding tahun lepas. Seram juga, dapat ke memenuhi cita rasa sahabat yang menempah dengan penuh kepercayaan. Berani buat jualan berani tanggung lah ye.....

Azam saya, berniaga tetap berniaga tapi amalan bulan Ramadhan tak nak saya abaikan, jadi rancang buat lepas 15 Ramadhan, itu pun buat pagi aje. Tapi saya salah perkiraan rupanya.

Kalau rancangan awal saya tu tak de gangguan , saya pasti tak de masalah. Tapi saya lupa ada hari yang saya saya kena stop buat biskut sebab kena buat kek(ini di luar jangkaan saya). Setiap hari Khamis saya buat kek untuk di jual di UiTM. Pas tu setiap Jumaat kena pi jengka atas urusan anak-anak. Jadi dengan dengan urusan tak dijangka ni jadual saya saya agak kucar kacir hingga saya merasakan Ramadhan saya berlalu begitu saja. aduhhhhh........ ruginya, ghalat nya........ Apa-apa pun yang berlaku saya yakin ini tarbiyyah dari Allah untuk saya. Ini peringatan untuk saya. Ini pengajaran untuk saya.

Lagi ghalat, tak de satu gambar pun hasilan biskut jualan saya sebab masa sempit sangat hingga tak sempat nak suruh biskut-biskut tu posing depan kamera. Tak le banyak sangat cuma nak kenangan jualan saya.

OK nanti sambung dalam entry lain ye, nak buat kerja rumah pulak.