Khamis, 9 Oktober 2008

Tempahan lepas raya

Selasa yang baru lepas saya telah siapkan tempahan Famous Amos. Kawan Ustaz nak 3 bekas. Jadi saya buatkan untuk dia 150 biji dengan harga yang sama. Kalau dulu satu bekas boleh muat dalam 42-45 keping, tapi ni saya bagi lebih. Tak letak dalam bekas yang sama tapi dalam bekas besar aje sebab bukan musim jual biskut Raya.

Semalam pulak saya siapkan tempahan kek anak-anak saya. Sebiji kek blueberry, 3 biji kek coklat lembap(tapi tak dapat ambil gambar sebab bateri habis wuaaaaa. Hari ni ustaz akan ke sekolah mereka sebab nak ambil laporan peperiksaan percubaan PMR Muna, anak sulung kami.

Tiada ulasan: