Saya merancang nak mula buat roti semula semalam tapi ustaz telefon, ada order kek coklat, biskut famous amos dan harta karun. Jadi, tangguh buat roti dulu lah. Pukul 12 tengahari siapkan bahan-bahan kek. Lepas ambil Nasr, anak bungsu kami, dalam 2 pm saya mula bakar kek. Dalam 6.30 pm kut, siap 12 biji.
Biskut buat hujung minggu nilah sebab tak sempat nak buat semua.
Sebenarnya saya rancang buat kek untuk UiTM minggu depan sebab mungkin semua dah puas makan kek dan biskut raya, bagi rehat dululah. Tapi salah pulak firasat saya. Mungkin ini semua kehendak anak-anak yang sedang suka makan. Naluri hati seorang ibu, tak sampai hati menghampakan permintaan anak-anak.
Apa-apa pun semua ini adalah susunan Allah semata.
Jumaat, 10 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan