Rabu, 13 Ogos 2008

Ego, harga diri ..........

Dua-dua tu ada beza kan.......

Tapi kadang-kadang kita guna dia pada tempat yang tak sesuai

Contoh:
Katalah saya membuat permohonan gerai MPT dan dapat panggilan temuduga. Tunggu punya tunggu, saya gagal. Saya amat memerlukan premis untuk memasarkazn produk saya. Namun walau macam mana pentingnya premis itu pada saya, saya takkan pi merayu-rayu pada pihak berkenaan.

"Tolonglah encik, saya perluuuuuu sangat premis tu. Kalau tak macam mana saya jual produk saya. Inilah punca pendapatan saya. Tolonglah saya encik."

Bagi sayalah, saya takkan buat ini, walaupun ia penting bagi saya. Adakah ini di namakan ego atau saya nak jaga maruah, harga diri saya.

Rezeki ada di mana-mana. Banyak jalan yang Allah sediakan. Kita cuba satu jalan, gagal, guna jalan lain pulak. Mungkin jalan itu sesuai untuk orang lain tapi tak sesuai untuk kita.

Kadang-kadang kita lupa, doa adalah senjata yang begitu ampuh untuk orang Islam. Banyakkanlah doa, solat sunat terutama solat taubat.

Tanamkan niat yang betul dalam apa jua yang kita kerjakan. Setiap pekerjaan yang baik mulakankanlah dengan Bismillah...... dan pasang niat.

Dan kadang-kadang juga terdapat sebilangan manusia yang berjawatan dan berkuasa, menggunakan kuasa yang ada untuk mempermain-mainkan hak orang lain lain. Dia berkuasa meluluskan permohonan orang, dia berkuasa mengizinkan orang lain mencari rezeki tetapi dengan kuasa yang ada padanya, dia menyekat. Mungkin orang sebegini nak menguji kekuasaan yang ada padanya. Kadang-kadang orang sebegini, suka orang merayu-rayu memohon dan meminta sesuatu. Seronok sangat,"lihatlah dunia, aku ada sedikit kuasa yang dapat mengubah nasib orang lain lain".

Bagi saya, dalam kes begini, tak perlulah kita merayu-rayu sebab rezeki dari Allah. Bukan di situ aje rezeki kita, bukan dia yang menentukan rezeki kita. Fikir secara positif, bukan disitu tempat kita mencari rezeki, bukan di situ orang yang yang dikirim Allah untuk membawa rezeki kita.

Ada masa dan sebab kita rendahkan ego kita. mari kita fikir-fikirkan ye.......

Tiada ulasan: