Selasa, 9 Disember 2008

CMC black forest




Seperti yang dijanjikan tempoh hari, nilah dia kek Black Forest untuk anak bungsu saya.

Setiap kali saya buat black forest setiap kali tu lah dia kata, "birthday adik nanti, ummi buat kek ni tau".
Maka dengan perasaan malas disertai dengan perasaan ingin mencuba, saya buat CMC untuk dijadikan black forest. Apa rasanya ye. Biasa guna kek span kan. Ishhhh habih juga. Tapi memang lain lah rasa dia.
Pas tu cub acuan bentuk hati yang baru di beli. Teringin sangat nak acuan ni sebab jeles tengok kek aimi.(tak reti nak link kan, sapa boleh tolong?)

Rabu, 3 Disember 2008

Tawaran Istimewa Tupperware - Terhad

Nak tau berapa harga semua Modular Mates ni? Ada 14 biji semuanya. jangan terkejut, harga dia cuma RM212.40 + RM127.80 + RM93.20 = RM277.60.

Haaaa........tak percaya ke? Aiiiiik .......saya salah kira ke?

Kita kira balik ye....


Modular mates Square II - 6 biji
Harga biasa: RM212.40




Modular Mates Oval II - biji
Harga Biasa: RM127.80
Harga tawaran: PERCUMA



Modular Mates Square IV - 2 biji
Harga Biasa: RM 93.20
Harga Tawaran: RM65.20


Semalam ada lagi 2 set. Siapa berkenan, boleh hubungi saya segera sebab jarang ada tawaran hebat sebegini. Siapa cepat dia dapat. Saya tak jamin 2 set ini bertahan lama di tangan manager Tupperware saya tu.
p.s: manager kata tinggal setengah set aje lagi. 3 + 3 +1. cepat cepat cepat

Selasa, 2 Disember 2008

Black Forest untuk anak Wan azlina




Ini cerita lama tau! Disebabkan terlalu sibuk masa tu, tak dapat nak bukak cerita ni.

Kek ni di tempah oleh Wan azlina SMT Puteri untuk anaknya (15.11.2008). Disebabkan Wan kena turun KL atas urusan sekolah (semua panitia kalau tak silap kena pi) maka kek ini di hantar pada pagi 16.11.2008.
Alahai.... dengar cerita Mama dia(Wan Azlina) tak sempat makan, kek dah licin. Shian nya. Tak pe, boleh tempah lagi.
Disebabkan selalu buat kek ni di depan anak bungsu saya (Nasr), dia minta masa harijadi dia 30.11 nanti buat untuk dia pulak. Tak nak kek lain.....hish anak-anak sekarang kan main order aje kan....Maka buat juga lah, nanti saya cerita dalam entri lain ye.

Rabu, 26 November 2008

Khabar tanpa gambar

Hari Isnin 24.11.2008 saya selamat membuat aneka bun sebanyak 2 kg dan 3 biji CMC 500g. Huh seronok sungguh walaupun penat.

Esoknya Selasa 25.11.2008 saya deliver bun-bun saya di dua gerai. Dan deliver sebiji CMC kepada Suhana yang dah lama menunggu.

Rumah, masih tak siap kemas lagi. Buat sikit-sikit sebab buat sendiri. Suruh anak-anak kena bagi upah....anak-anak sekarang ni kan lain macam sikit.

OK jumpa lagi nanti ye.......

Isnin, 24 November 2008

Hai......

Assalamualaikum semua. Maaf lama tak update. Saya demam sebenarnya jadi tak daya nak buat apa pun. Dah baik pun , tenaga masih belum pulih. Tak leh diri lama-lama, berdiri pun tak leh goyang-goyang sangat, macam nak jatuh aje rasanya.

Pastu mood nak buat apa pun tak de. jadi saya golek-golek aje kat rumah. Sat-sat bangun buat kerja rumah. Rumah dah macam lori sampah, tak boleh harap sangat kat anak-anak, jadi sendiri kena buat lah.

Jumaat 21.11.2008, kami sekeluarga turun KL sebab kami suami isteri kena hadiri satu kursus di SIRIM pada 22 - 23 nov 2008. Sambil tu ziarah ayah ustaz di Bangi(rumah adik Ustaz).

Jalan jauh ni sebenarnya banyak membantu memulihkan mood asal saya. Jadi hari ni saya ada semangat sikit nak buat kerja. Ni baru lepas jadi cinderella membersihkan dapur yang dah berkarat tu.

Sat lagi rasanya nak buat roti yang yang dah lama tertangguh. Pas tu nak buat CMC. Ada orang tempah, Suhana Damai Court. Dia tempah masa saya demam ari tu. Kesian dia tunggu lamaaaa nak dapatkan kek tu. Ada juga orang Jengka yang nak tapi masa tu saya nak ke KL.

Khamis, 13 November 2008

CMC untuk Hasni UiTM



Ini last minute order. Masa ustaz beritau saya tengah fenin sesangat. Dan sedang menyiapkan 2 biji kek lain. Hasni (kalau salah nama beritau ye) nak yang ringkas aje (RM25). Hanya tulis Selamat Harilahir. Jadi, bolehlah kot......
Apa pula hiasan ni. Dah tepu niii........aduiiiii.

Kek ni saya siapkan malam. Lepas ustaz beritau, saya terus adun dan bakar. Lepas sejuk baru boleh nak hias.
Untuk Hasni, ini aje yang boleh akak siapkan dan terfikirkan. Maaf jika Hasni tak berpuas hati. Apa-apa, beritau akak tau, jangan diam aje. Jangan serek tempah kek dengan akak ye......

CMC untuk Ummu Najlaa'


Order kedua datangnya dari Ummu Najlaa'. Saya cuma tau nama yang nak diraikan jadi saya letak gelaran emak dia ajelah ye. Maaf mak Najlaa'.

Ummu Najlaa' nak hiasan ringkas (biasa RM25) dan tambah RM5 untuk tambah warna warni di atas kek. Hmmmmm..... apa saya nak buat ye........

Cadang nak buh sekuntum bunga tapi coklat tak berapa elok, maka fikir benda lain aje lah. Nak cuba corak lain pulak lah, tak lah bosan dengan corak dan hiasan yang sama ye tak.

Maka terhasillah seperti dalam gambar di atas. Sebab tak leh buh sekuntum bunga jadi saya buh 8 kuntum putik bunga ros di atas papan kek. Bayangkan tak boleh sekuntum ganti lapan kuntum he he he....


Sebetulnya saya tak puas hati dengan hasilnya terutama drizzle tu. Tak kemas langsung kan. InsyaAllah akan diperbaiki lagi nanti.

Kepada Ummu Najlaa',maaf jika ada kekurangan. Jika ada beritau saya ye, jangan simpan nanti saya tak dapat belajar dari kesilapan.