Khamis, 13 November 2008

CMC untuk Ummu Najlaa'


Order kedua datangnya dari Ummu Najlaa'. Saya cuma tau nama yang nak diraikan jadi saya letak gelaran emak dia ajelah ye. Maaf mak Najlaa'.

Ummu Najlaa' nak hiasan ringkas (biasa RM25) dan tambah RM5 untuk tambah warna warni di atas kek. Hmmmmm..... apa saya nak buat ye........

Cadang nak buh sekuntum bunga tapi coklat tak berapa elok, maka fikir benda lain aje lah. Nak cuba corak lain pulak lah, tak lah bosan dengan corak dan hiasan yang sama ye tak.

Maka terhasillah seperti dalam gambar di atas. Sebab tak leh buh sekuntum bunga jadi saya buh 8 kuntum putik bunga ros di atas papan kek. Bayangkan tak boleh sekuntum ganti lapan kuntum he he he....


Sebetulnya saya tak puas hati dengan hasilnya terutama drizzle tu. Tak kemas langsung kan. InsyaAllah akan diperbaiki lagi nanti.

Kepada Ummu Najlaa',maaf jika ada kekurangan. Jika ada beritau saya ye, jangan simpan nanti saya tak dapat belajar dari kesilapan.

Tiada ulasan: