Selasa, 9 September 2008

Jualan Istimewa Sempena Menyambut Syawal

Selain tawaran kek 6", saya juga buat tawaran kek 7"(dalam 1kg) harga biasa RM25 tanpa hiasan . Kali ini dengan hiasan cip gula dan tulisan SELAMAT HARI RAYA atau yang sewaktu dengannya, masih tetap RM25. Hari biasa, dengan permintaan pelanggan, saya jual dengan harga RM28. Begitu juga dengan size 9"(dalam 2kg) RM50.

Sesiapa berminat hubungi saya segera sebab terhad.

Pokok Kacang Panjang Ustaz



Ini hasil kerja ustaz tau. Saya bukan malas tapi tak sempat dengan kerja-kerja dalam rumah. Nanti dah besar sikit buah dia, saya tunjuk ek.

Perubahan Harga Biskut

Setelah berbincang dan di diagnos, maka harga biskut keluaran noor-rikha.blogspot.com telah diubah seperti berikut:

Famous Amos(Pure Butter) - RM23
Famous Amos(Margerin) - RM20
Coklat Harta Karun (Pure Butter) - RM22
Coklat Harta Karun (Marjerin) - RM20

Harap semua berpuas hati dengan harga baru ini ye.

Saya akan cuba sedaya upaya menghasilkan biskut yang terbaik, sedap dimakan hingga teringat-ingat nak beli lagi tahun depan. he he he

Isnin, 8 September 2008

Kek istimewa untuk orang yang teristimewa




Semua kek-kek ini adalah tempahan dari kawan-kawan Lina untuk di berikan kepada ibubapa mereka tanda ingatan dan kasih sayang mereka.

Terima kasih Tasneem, Shuhada, Sharifah dan Nabihah. lain kali boleh order lagi.OK

Promosi Ramadhan




Haaa.....kali ni promosi bulan Ramadhan pulak. Harga biasa RM12, jual RM11 sahaja.

Sebenarnya ada permintaan staff UiTM jadi saya buat lebih sikit. Alhamdulillah sambutan nya baik.

Lepas ni nak buat promosi hari raya pulak, tukar ayat saja. SELAMAT HARI RAYA.

Ada sapa-sapa nak tempah. Cepat.......bilangan terhad sebab saya tak sempat nak buat banyak-banyak. Tau-tau ajelah, alatan yang saya ada ..........

Selasa, 2 September 2008

Ros hijau dari Coklat putih


Ros hijau dari coklat putih ini ada sejarahnya tersendiri.
Semasa menyiapkan CMC Roslina tempoh hari ada masalah sedikit. Cokelat untuk hiasan meragam. Dari pagi hingga ke tengah malam tak mau dia menjadi....Jadi saya cuba buat yang lain dengan harapan esok menjadi ros coklat.
Namun saya ingin mengambil langkah berjaga-jaga jika yang kedua ini juga tak menjadi esok. Cokelat putih yang saya sediakan dari pagi juga(untuk buat daun sebenarnya) boleh digunakan tanpa masalah. Jadi saya cuba buat bunga ros walau anak-anak kata,"mana ada ros hijau ummi".
"Tak pelah, Ros coklat pun tak de juga kecuali ros kering". Memikirkan jika coklat hijau ini dibiarkan hingga esok pagi, mungkin ia akan menjadi terlalu keras jika di gunakan untuk mendeko, lalu saya buat juga ros hijau ini. Maka terhasillah 4 bentuk ros hijau ni.
Esok paginya, coklat masakan elok jadinya, maka ros hijau ni buat simpanan masa terdesak

Isnin, 1 September 2008

Ubah Harga saat akhir

CMC 2++kg tu akhirnya saya jual dengan harga RM85 sahaja. Ini hasil perbincangan dengan ustaz dan kami pun guna cara yang kami tahu/belajar untuk meletak harga yang sesuai untuk kami dan pelanggan kami berdasarkan kos dan kesesuaian lokasi kami.

Kira macam beli borong dan beli runcit gitu.

Jadi harga sekarang bukan RM100 tetapi RM85.