Ros hijau dari coklat putih ini ada sejarahnya tersendiri.
Semasa menyiapkan CMC Roslina tempoh hari ada masalah sedikit. Cokelat untuk hiasan meragam. Dari pagi hingga ke tengah malam tak mau dia menjadi....Jadi saya cuba buat yang lain dengan harapan esok menjadi ros coklat.
Namun saya ingin mengambil langkah berjaga-jaga jika yang kedua ini juga tak menjadi esok. Cokelat putih yang saya sediakan dari pagi juga(untuk buat daun sebenarnya) boleh digunakan tanpa masalah. Jadi saya cuba buat bunga ros walau anak-anak kata,"mana ada ros hijau ummi".
"Tak pelah, Ros coklat pun tak de juga kecuali ros kering". Memikirkan jika coklat hijau ini dibiarkan hingga esok pagi, mungkin ia akan menjadi terlalu keras jika di gunakan untuk mendeko, lalu saya buat juga ros hijau ini. Maka terhasillah 4 bentuk ros hijau ni.
Esok paginya, coklat masakan elok jadinya, maka ros hijau ni buat simpanan masa terdesak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan