Isnin, 26 Januari 2009

Kek Span Bentuk Hati




Baru aje siapkan hias kek ni tadi, sebelum maghrib tadi.

Kek dah lama buat, tapi tak sempat nak hias.

Teringin sangat nak cuba hias kek bentuk hati ni sebab jeles dengan Aimi TJ.

Bila dah cuba, terasa sangat susahnya. Kena pi kursus deco kek bentuk hati pulak lepas ni......
Tak pun, pi aje rumah Aimi, bukan jauh sangat. Boleh Aimi? Berapa yurannya?




Sabtu, 24 Januari 2009

Sambutan hari jadi untuk Najihah




Pada 19.1.2009, kek ini dihantar ke Maahad Tahfiz Faqeh sempena hari jadi Najihah. Kek ini untuk dimakan di maahad ini. Agaknya balik rumah najihah cerita kesedapan makan kek coklat ini beramai-ramai di sekolah dia. Jeleslah yang lain tak dapat makan, kan. Maka emaknya, cikgu Norzihan kena tempah sebiji lagi untuk dimakan di rumah pulak.

Inilah dia kek kedua untuk Najihah diambil tadi oleh cikgu Norzihan di rumah saya.

Black Forest sebagai hadiah hari jadi suami tercinta





Birthday cake untuk suami tercinta , Dr. ..............(tak tau nama dia) daripada Hasni SMT Puteri.

Tengoklah ucapan tu..... pembakar semangat buat suami. Pujian juga. Smart dari segi kerja, dari segi tanggung jawab sebagai suami, ayah, doktor juga sebagai seorang Muslim. Atau pun memang ni doktor yang handsome, smart looking....Macam mana Hasni, mana yang betul ni.

Moga semua betul. Barulah lengkap hidup kan kan kan.........

Ada kelainan sikit. saya letak warna merah sikit pada rosettenya dan coklat berbentuk hati melambangkan perasaan antara rosette

Jumaat, 23 Januari 2009

Kursus dengan Chef Noraini




Ini hasil kek yang saya belajar dengan chef Noraini di Batu Caves pada 11.1.2009

Macam tak pernah belajar deco kek pulak. Dengan tak de ideanya. Akhirnya jadi ni aje. Tersilap
tulis pulak tu. Sepatutnya 2008 bukan 2009. Kek ini telah selamat dihantar ke Maahad Jengka dan telah selamat dimakan beramai-ramai oleh Muna, Lina dan kawan-kawan mereka.

Kek Butter pelangi


Ni cubaan kali kedua. OK lah sikit kan.

Happy Birthday Muna 6.1.2009


Kek ni dibuat tanpa dirancang. Ada adunan lebih, jadi masuk dlm acuan heart yg kecil-kecil tu.


Pas tu birthday Muna pulak tak sempat nak buatkan kek dia. (kek dah ada, tapi tak sempat deco). Maka saya buatkan yang simple ni. OK lah kan daripada tak buat langsung.

Kek Lobak @ kek karot @ carrot cake?







Gambar lama ni. Hari Raya Haji 7.11.2008. Punyalah sibuk kaaannnn.

Jangan cakap salah eja tau. Mula-mula memang saya tulis macam orang lain tulis, adha. tapi ustaz kata salah eja. Tak sama dengan eja arabnya.

Ini kek Lobak dengan frosting cream cheese. Kawan ni namanya Napisah. Dialah manager Tupperware di Temerloh yang top meletop tu. Top 10 Asia tau......(ye ke Napisah, entah lagi atas kot)

Mahal kos frosting nya tu...... tapi rasanya yummmy........masam-masam, manis manis, lemak lemak. Pendek kata sedaplah bagi yang suka rasanya. Anak-anak saya tak berapa suka kek lobak. Jadi jaaaarang sangat buat.