Selasa, 17 Mac 2009

Pengumuman III

Dengan ini, secara rasminya (terasa jadi VIP la pulak) saya menutup tempahan Kek Black Forest kerana telah melebihi kuota kemampuan saya.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua sahabat yang menempah kek sempena Pesta Kek Hutan Hitam yang saya anjurkan buat julung-julung kalinya (ewah ewaaah). Saya berharap dan berdoa agar semua berpuashati dengan rasa kek yang saya hasilkan dengan sedikit ilmu yang saya ada.

Jika ada apa-apa kekurangan, saya tersangat alu-alukan kepada sahabat semua menyampaikannya pada saya agar saya boleh memperbaiki di masa akan datang. Tanpa anda sekalian, saya tak akan mampu menjadi usahawan bakeri yang terbaik dimata anda.

2 ulasan:

Aimi berkata...

Alahamdulillah..kencang dpt order kek hutan hitam tu ya... hehehe... tak sempat saya nak masuk order...

Tanpa Nama berkata...

aimi,
kalau aimi order akak jd malu. kalau aimi nak, akak boleh ajrkan cuma kos dia agak mahal black cerry 1 tin ada RM8. kat kuantan RM8.50. kat Happy Sun RM7++. Whipping cream RM15 sekotal 1L.