Pagi tadi dalam pukul 9 pagi saya hantar (tapi ustaz yang bawa kereta la) Ustaz ke tol Temerloh. Ustaz nak ke Sabah hingga Jumaat ni. Ada seminar di sana. Kereta UiTM akan ambil ustaz di tol dan hantar ke KLIA(betul ke bang). Dia pi dua orang.
Asyik kena tinggal aje. Tak redha ni saya ni kan. Bukan gitu, sedih asyik kena tinggal.
Tapi saya taklah tunjuk muka sedih saya kat ustaz. Ustaz pun nampak relax aje macam seronok nak tinggalkan saya, ya lah, kerja sambil melancung. Tapi mungkin juga ustaz pun macam saya juga, tak nak tunjuk. Saya ni gembeng dan chengeng sikit, kuat nangis.
Hari ni terasa seperti saya kehilangan sesuatu, tak tau apa . Mungkin sebab ustaz tak de kot.
Apa-apa pun saya doakan ustaz dilindungi Allah sentiasa dan mohon agar suami saya dikembalikan kepada saya dengan keadaan sihat walafiat dan dengan penuh rasa kasih sayang di hati nya (Dr Fadhilah kamsah ajar ni tau).
Abang ingat kat Ha tak kat Sabah nun. Ha dah rindu ni....huuaaahhhh.....
Selasa, 3 Mac 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
noor rikha...
syahdu arr...saya pun tengah merindu...anak baru masuk asrama yg kecik sekali...hu hu hu...
Catat Ulasan