Rabu, 4 Mac 2009

Istimewanya Marhamah

Apa istimewanya Marhamah ni pada saya?

Kami tak pernah berjumpa, berbual tapi saya rasa dekat sangat dengan Marhamah.

Keseluruhan catatan Mar telah saya baca dan blog adik-adiknya pun telah saya jenguk. Kagum sungguh saya pada ibubapa Mar ini.

Saya kagum betul. Fikrah mereka adik beradik cukup jelas.Dengan umur yang begitu muda, cukup mengkagumkan saya.

Hingga kalau boleh nak pinang sorang adik Mar ni untuk anak saya. Agak-agak Bilal ni sesuai tak untuk Muna anak sulung saya ni. Macam mana Mar?

Haaa begitu jauh sekali saya berangan kan......

Itu lah hati ibu yang mahukan anaknya terjaga imannya jika saya dan suami telah tiada nanti.

Bila saya baca catatan adik-adik Mar ini, berkata saya 'inilah yang aku harapkan pada anak-anak aku'. Sejuuuuk rasa dihati membayangkan anak-anak saya seperti itu.

Disebabkan istimewanya Mar pada saya, maka saya buatkan satu link istimewa untuk Mar dan keluarganya. Sila lah jenguk mereka ya. Banyak manfaatnya.

TAHNIAH kepada Encik Prof Jailani dan isteri kerana berjaya melahirkan anak-anak sebegini, yang diharapkan menjadi pengganti pemimpin dan pejuang Islam nanti.

Tiada ulasan: