Selasa, 3 Mac 2009

Kek Oren lembap untuk Nik Hazura







Ni pulak kek majlis pertunangan Nik Hazura di Jengka 22 pada 21.2.2009. Yakin sangat Zura dengan saya ni walau pun tak pernah jumpa selain masa hantar kek ni.

Zura nak kek Oren Lembap dengan frosting buttercream aje. Zura nak yang sedap, saya cadangkan frosting dengan whipping cream tapi sebab nak bawa jauh ke Segamat, takut juga saya.
Disebabkan ini kek hantaran, jadi saya buat lebih dan beri beberapa potong pada zura agar dia boleh rasa juga kek tu, cuma saya frosting dengan whipping cream. Tapi Zura tak sempat makan, al maklumlah kan....Tapi makcik dia kata sedap. Lega sikit rasa hati ni, satu perkara tang rasa selesai. Tang deco tak lepas lagi ni.

Sehari sebelum hantar saya hantar sms kat Zura, saya yang cemas dan gementar nak hantar keknya tu sebab takut tak lawa dimatanya. Tapi Zura relax aje.....Terima kasih Zura kerana memberi akak ruang dan peluang berlatih memahirkan tangan ni.
Tanpa pelanggan dan rakan seperti ini, saya takkan dapat memahirkan diri saya. Terima kasih sekali lagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah kuning lawa bunganya...

ummu berkata...

selamat bertunanag juga utk pelanggan noor