Alhamdulillah siap juga kek 2 tingkat ni.
Satu lagi cabaran untuk saya. Ini kali kedua sahabat tempah kek perkahwinan 2 tingkat. Kali ni tempahan datang dari Norhafizah, pensyarah UiTM Jengka (kawan ustaz la tu). Dia nak kek coklat lembab dengan tema oren.
Saya cadangkan buat hiasan dari coklat juga iaitu coklat berperisa oren, yakiiiiiin aje saya ni. Sebab dah pernah buat untuk orang Jengka 18 kalau tak silap. Kalau tema ungu tak boleh lah sebab coklat ungu tak keluar lagi. Yang ada perisa oren, strawberry dan pandan. Jadi daun boleh juga buat dari cloklat, kan OK tu. Fizah setuju aje asalkan dapat warna oren. Nak guna buttercream, boleh juga tapi biasa mak-mak kita buang sebab muak, berkrim.
Fizah juga tempah kek cawan biasa dan berhias. InsyaAllah akan saya sempurna hasrat bakal pengantin ni.
Jadi Sabtu 27.2.2009, saya minta jasa baik Fara untuk belikan Coklat berperisa di Kuantan sebab di Temerloh tak ada. Ustaz ada kelas di Kuantan setiap hari Sabtu, jadi Fara hantar pada Ustaz hari tu. Terima kasih Fara. Lain kali nak minta tolong lagi ye.
Masalah betul nak buat kek cawan (kek span). Dalam oven lawaaa aje tapi bila dikeluarkan ia turun. Yang lagi menerukkan(apa punya bahasa ni..) ia mengecut, habis cupnya ditarik sekali, buruk sesangat. Tak leh nak buat apa dah sebab dah bancuh 6 adun.
Kek cawan(Kek mentega oren lembap) tak ada masalah. Malam sabtu siap hias hingga pukul 12 lebih. Lotihnya den hingga susah nak lena, tambah-tambah dalam keadaan letih tu fikir nak bancuh lagi kek cawan untuk ganti yang elok sikit. Tension betul. Maka pagi tadi lepas Solat subuh saya teruskan operasi saya, jadi elok sikit, tak mengecut dah. Tapi tak dapat nak buat banyak hanya 3 adun aje yang sempat sebab nak hantar dah pagi ni. Sorry lah Fizah, itu yang termampu akak buat.
Akak ucapkan terima kasih kerana meyakini akak bagi memeriahkan majlis Fizah. Semuga semuanya selamat........
p/s: tadi (9.3.2009) pi ambil rak kek tingkat di Rumah Fizah. Sempat tanya hal kek tu. Fizah kata , sedap. sekejap je habis dan dia tak sangka bunga oren tu sedap dimakan. Katanya lagi, ada sepotong lagi tapi sayang nak makan.
Lega rasanya.............
4 ulasan:
wah.... ni lah kek nya yaa... sempat tu curi2 snap.... lawa la tu...
kak... tu sebabnya saya tak buat kek span utk cupkek.... takut jadi camtu sebab kita tau yg span ni akan menurun...dan sepanjang yg saya belajar pun, utk cc mmg guna kek butter... tu yg saya confuse bila akak tanya pasal kek span utk cc.. :D
lawa ek!!!!!!
Tima kacih tima kacih
Yg akak ganti tu guna sponge mix, dia turun sikit juga sikit tapi tak mengecut. Lawa sikit.
kita berkenan stand ne..ari tu kat umah kamalina pun ada...umar noor pun ada...apa lagi kita pung terbeli....aduhai...godaan...
Kak Tun,
Tiers tu memang aimi punya, sbb tu sama. Kita sewa dgn aimi. Tolong menolong maaa......
kalau permintaan guna tiers tu menggalakkan, mungkin boleh kumpul duit, beli sendiri. aimi pun mungkin sentiasa akan guna.
Moga kita semua maju dan mendapat keberkatan dari Allah.
Catat Ulasan