Jumaat, 27 Jun 2008

kek harijadi


Ini kek harijadi yang saya siapkan semalam 26.6.2008 untuk kawan di SM Teknik Puteri. Dia tempah untuk menggembirakan anak-anaknya . Terima kasih Wan Azlina kerana beri kepercayaan pada akak ye walaupun tahu akak masih merangkak dalam bidang ini.
Sebenarnya saya memang tak puas hati dengan hasilnya, luar dan dalam. Bagi saya rasa kek paling penting tanpa menafikan hiasan luaran memainkan peranan menambat selera. Tapi tak naklah orang yang makan terkejut pulak sebab tak sama seperti yang di harapkan.

Cubalah tengok hiasan tu. Sori lah sifu Zati, Bunga mawar akak masih tak lawa lagi. dulu Zati selia, tu jadi lawa. Tapi anak akak Nasr tu, beri A+ tau di samping suruh saya berlatih lagi biar laagi lawa katanya. Penuh dengan psikologi. InsyaAllah Nasr, ummi akan tetap akak terus berlatih.

Wan beri komen ye untuk akak baiki apa yang boleh akak baiki terutama rasa kek tu.
Norli kalau jadi beri tarikh nak bila ye. he he he
Wani pun jangan lupa ye cuma kek tiga tingkat tak belajar lagi.

Maaf lah gambar tak berapa jelas sebab hanya guna MP4.

Tiada ulasan: