Di ulangi sekali lagi ye. Harga biskut saya bukan berdasarkan bilangan biskut tetapi asal penuh bekas, boleh tutup serta biskut tak rosak. Selagi boleh isi, saya isi. Dah terangkan ari tu pada kawan-kawan, tapi pagi ni ada lagi yang tanya.
"Eh, diorang nak tau jugaklah berapa biji biskut. Ada 100 biji?"
Nak tergelak pun ada. mana muat dak.....
"Jadi kira ni jenis biskut mahal lah ye"
Bolehlah, dikategorikan begitu sebab bila tengok bahan-bahan.....oats, gula perang, coklat chip, kekacang, cooking coklat .........
Susah jugak ek. Gambar bekas dah beri. alah bekas biasa yang selalu kita beli biskut raya tu.
Jadi macam nilah, saya dah cuba isi dalam bekas, keputusannya begini:
Kedua-dua jenis biskut boleh masuk dalam 40. Lebih dari tu tak leh, nanti bisut rosak. Kadang-kadang dapat masuk 38 atau 39. Ini kerana biskut tak sama besar sebab tak pakai acuan. Sebab tu tak berani nak cakap berapa biji, nanti tak sama, orang kata tipu pulak kan......
Mahal ke ye? Jadi sesapa yang nak resepi saya beri dengan segala sukacitanya. Selalu juga saya offer suruh buat sendiri, lagi banyak dapat. Tapi tak nak sebab malas, satu lagi penat, satu lagi mana boleh beli bahan ikut kuantiti yang dalam resepi. Dalam resepi nak 100g kena beli paling-paling 250g, kalau tak de kena beli 500g ke 1kg ke. Lagi banyak kos. Nanti lebeh membazir sebab lama-lama expired, buang.
Jadi sesiapa nak resepi beritau aje, saya akan beri dengan kadar segera.........
Jumaat, 12 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
salam...salam...maklang balas kunjungan rikha ke blog jahit maklang...
Catat Ulasan