Haaaa ......ini bunga apa?
Bunga kantan.....
Bunga apa?
Bunga kantan.......
Bunga apa?
Bunga kantan......
Ada cerita lucu pasal bunga kantan ni. tengah menaip ni pun boleh gelak tau. Lama dah ceritanya. Rasa-rasanya 2 Ramadhan baru ni. Ustaz tak beri cerita dalam blog, tapi nak cerita jugak. Baru puas hati.......
Ustaz baru balik kerja ari tu. Saya tengah buat apa entah tak ingat(sebab dah lama)
Tiba-tiba ustaz kata,"nah bunga kantan tanda cinta" sambil dia hulur bunga kantan kat saya sambil dia senyum campur gelak sikit. Saya punyalah gelak besar. Siapa yang kenal saya, mesti boleh bayangkan saya gelak macam mana.
Siapa sangka ye. Senja nak maghrib, dapat bunga cinta.
Kenapa saya tergelak? Laaa bukan tak hargai bunga tanda cinta ni tapi kami ni bukan jiwang-jiwang punya orang. Tak pernah pun kata" i lap u" sepanjang hidup bersama ni. Apa-apa pun saya senaaaang sekali, bahagiaaaaaaa sekali dengan gurauan ustaz kali ni. Bukan senang tau ustaz nak bergurau ni, mahaaalllll........ Tak boleh nak beli kat kedai mana pun.
Sebenarnya bunga kantan tu ustaz jumpa kat bilik rehat tempat kerja dia petang sebelum dia balik. Saja dia nak ngusik saya yang selalu monyok muka kat umah agaknya.
Khamis, 11 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan