Khamis, 13 November 2008

CMC untuk Kak Rua'ain UiTM




Semalam menyiapkan 3 biji CMC 1 kg untuk pensyarah UiTM. Saya cerita satu persatu ye. Kita mulakan dengan kak 'ain sebab dia order dulu.

Kak Ain nak 1 kg punya dengan'choc deco'. Saya berhajat nak letak 6 kuntum bunga. Adunan coklat dah buat malam rabu dengan harapan esok boleh digunakan.

Pagi rabu, selepas hantar anak bungsu ke sekolah, selepas sidai kain dan lain-lain urusan yang sepatutnya, saya mulakan kerja saya. Adunan coklat buat semalam meragam. Tak cantik langsung bunga saya. Rasa nak nangis pun ada. Mula saya cakap sorang-sorang (tabiat saya tu). Tengoklah bunga tu, kelopak dia buruuuk sangat. Dah lah tu, hajat nak tanam 6 kuntum bunga tak tercapai sebab tak muat.

Daun dan tulisan tu saya gunakan coklat perasa pandan(hijau) dan perasa oren. Bukan white choc dan tambah warna. Yang dah siap punya saya beli dalam bentuk blok. Taklah manis sangat macam white choc.
Untuk kak Ain, terima kasih bebanyak kerana memberi kepercayaan pada saya yang masih baru dan masih belajar ni. Ada yang terkurang beritau lah ye, boleh saya perbaiki pada masa akan datang. Jangan serek tempah dengan saya ye.

Tiada ulasan: