Semalam dapat mesej dari seseorang. Dia nak cupcake untuk majlis esok 11.11.2008. Saya terus telefon, Suhana dari Jengka 23(rumah mak dia) . Suhana tinggal di Damai Court Temerloh. Dekat aje dengan rumah saya. Suhana dapat tau tentang saya dari Aimi(kawan seguru saya yang tinggal di Temerloh Jaya), Aimi kata dia dah full, jadi dia promote saya. Terima kasih Aimi.
Suhana nak cupcake yang ada deco. Ngaku ajelah saya memang tak pandai walau pernah buat. Baru merancang nak belajar. Jadi Suhana nak cuba cupcake Choc Moist saya.
Terima kasih Suhana kerana memberi kepercayaan pada akak. Kek cawan ni untuk majlis harijadi anak dia. Jadi saya buat tulis-tulis sikit atas 6 biji cc ni, Suhana tak minta tapi saya yang gatal tangan nak berlatih. Saya tulis guna White Choc perasa oren.
Pesan saya pada Suhana , jika ada apa-apa kekurangan , tolong beritau, jangan diam sebab saya ni masih baru. Banyak lagi yang perlu dipelajari dan sudah tentu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan