Isnin, 24 November 2008

Hai......

Assalamualaikum semua. Maaf lama tak update. Saya demam sebenarnya jadi tak daya nak buat apa pun. Dah baik pun , tenaga masih belum pulih. Tak leh diri lama-lama, berdiri pun tak leh goyang-goyang sangat, macam nak jatuh aje rasanya.

Pastu mood nak buat apa pun tak de. jadi saya golek-golek aje kat rumah. Sat-sat bangun buat kerja rumah. Rumah dah macam lori sampah, tak boleh harap sangat kat anak-anak, jadi sendiri kena buat lah.

Jumaat 21.11.2008, kami sekeluarga turun KL sebab kami suami isteri kena hadiri satu kursus di SIRIM pada 22 - 23 nov 2008. Sambil tu ziarah ayah ustaz di Bangi(rumah adik Ustaz).

Jalan jauh ni sebenarnya banyak membantu memulihkan mood asal saya. Jadi hari ni saya ada semangat sikit nak buat kerja. Ni baru lepas jadi cinderella membersihkan dapur yang dah berkarat tu.

Sat lagi rasanya nak buat roti yang yang dah lama tertangguh. Pas tu nak buat CMC. Ada orang tempah, Suhana Damai Court. Dia tempah masa saya demam ari tu. Kesian dia tunggu lamaaaa nak dapatkan kek tu. Ada juga orang Jengka yang nak tapi masa tu saya nak ke KL.

Tiada ulasan: