Ahad, 28 Disember 2008

Makan Di Restoran Selera Puncak

Kami jarang makan kat luar. Boleh kiralah berapa kali kami makan kat luar.
Lebih baik makan cincai-cincai kat rumah daripada makan kat luar, rasa sayalah.

kalau saya malas masak, ustaz masak. Guna resepi dialah....

Hari-hari lain, kalau saya tak sempat masak beli lauk aje, nasi masak.

Ni hari kerja ajelah kann.

Restoran ni kami tak pernah pi, cuma sekali ari tu terpergi sebab ada kenalan ajak jumpa di situ. Segan campur tak berani nak masuk sebab tak pernah masuk. Tapi dah janji kat situ, kena jugalah masuk.....

Tak sedap juga minum-minum kat situ anak kat umah. Bincang-bincang satu hari kami nak bawa anak, belanja depa makan kat situ.

Maka pada ........ (tak ingat tarikh pulak), kami bawalah anak-anak makan steamboat kat situ.

Boleh tahanlah juga rasa dia. Tapi seriklah . Tak nak dah makan steamboat, leceh bangun duduk bangun duduk sebab nak ambil makanan tu. hish loteh den.


Sayur-sayuran
jejari ketam, aneka 'ball'
daging, ayam, udang yee mee, bee hun




Tiada ulasan: