Rabu, 31 Disember 2008

Kek Pengantin 2 tingkat







Ini percubaan pertama. Cabaran diberikan oleh sahabat bernama Faizah di taman Sri Semantan.

Dia tempah sempena majlis pernikahan anak saudaranya pada 13.12.2008.

Saya tetap tak puas hati. Antara sebabnya, comot sedikit dan tak 'smooth' BC dia. Alhamdulillah bila berjumpa dengan Faizah, dia memberi respon yang menggalakkan. Saya minta dia email pada saya gambar kek yang telah diletak pada tempatnya. Hingga saat entri di tulis, saya masih belum menerima. Sebab tu saya lambat update gambar kek ni sebab tunggu gambar kek yang dah bertingkat tu. Bila saya terima saya edit balik entry ni.
Haaa pertama kali tulis jawi atas kek, dengan bantuan ustaz lah apalagi!!!! Tu lah comot sikit.

Tiara Beach Resort 3 (12.12.2008)

Ada masa free petang tu, ustaz bawa kami jalan-jalan kat bawah.







Tiara Beach Resort 2 (11.12.2008)

Aduhhh....berat dik....
Dua orang perempuan berebut seorang lelaki.....
Tak habis habis buli adik dia.


Ini antara gambar-gambar yang diambil semasa kami menanti masa check in.
Saja rakam aksi-aksi spontan anak-anak saya. Biar anak-anak depa nengok gelagak emak bapa depa masa kecik. Jahatnya saya kan!!!!

CMC utk Tasneem





Semalam 30.12.2008 saya menghantar CMC ni kepada ummi nya Tasneem di UiTM Jengka. Allah susun, kami memang perlu ke Jengka sebab nak ambil keputusan PMR anak sulung saya MUNA di Maahad Jengka.

Tasneem order melalui email. kami memang selalu berurusan melalui email aje. Kek ni sempena harijadi kakak dan adiknya.


Daripada: Afiqah Tasneem
Subjek: tempahan kek
Tarikh: Isnin, 22 Disember, 2008, 12:03 AM
mak cik,
sya nk tmph kek nih. sya nk tmph kek cmc ntuk ummu najlaa tuh. sya x tahu name die, jdi tulis ape yg ade kt blog makcik jela yeh. hrge die rm25, tmbh hiasn jdi rm30 la yeh.tulis,

happy birthday
kakak
&
adik
Harap-harap rasa dan rupa kek ni memenuhi citarasa Tasneem dan keluarga.





Ahad, 28 Disember 2008

Tiara beach Reasort 12.12.2008

Ini beberapa gambar kami di Tiara Beach Resort.
Kami tiba di TBR pada tengahari 12.12.2008 tapi kena check in pukul 3 pm. Selalunya kan check in pukul 2, apasal pulak ni. Rupa-rupanya dengar cerita sekumpulan tetamu pelacung(ramai juga) tak check out lg.
Kami masuk bilik pun, bilik sedang di kemas oleh cleaner.
Harap-harap jika pelancung tempatan minta keluar lewat sikit dengan sebab yang kukuh, pihak pengurusan beri layan yang sama macam pelancung asing ni.

Ini air yang Lina buatkan untuk kami (malam pertama kami di TBR). Ustaz tak ada sebab dia ada mesyuarat kat bawah. Dengan bangganya dia posing depan air-air yang dia buat tu. Senyum simpul tu susah nak buat tu, entah berapa kali CUT tau nak shoot gambar ni.
Hari terakhir, kami dapat makan bersama ustaz di tempat makan sebab ramai peserta yang terus balik bersama keluarga masing-masing. Jadi kami ni akan bahagian mereka lah ni.
Adik makan sotong goreng rangup.

Nasi sape niii......

Ni 'Ezz punya tau

Ni Ummi punya kot. Lupa dah ...










Ada gambar-gambar kat kolam mandi. Kemudian lah ye. Ini pun dah panjang menjela dah.

Makan Di Restoran Selera Puncak

Kami jarang makan kat luar. Boleh kiralah berapa kali kami makan kat luar.
Lebih baik makan cincai-cincai kat rumah daripada makan kat luar, rasa sayalah.

kalau saya malas masak, ustaz masak. Guna resepi dialah....

Hari-hari lain, kalau saya tak sempat masak beli lauk aje, nasi masak.

Ni hari kerja ajelah kann.

Restoran ni kami tak pernah pi, cuma sekali ari tu terpergi sebab ada kenalan ajak jumpa di situ. Segan campur tak berani nak masuk sebab tak pernah masuk. Tapi dah janji kat situ, kena jugalah masuk.....

Tak sedap juga minum-minum kat situ anak kat umah. Bincang-bincang satu hari kami nak bawa anak, belanja depa makan kat situ.

Maka pada ........ (tak ingat tarikh pulak), kami bawalah anak-anak makan steamboat kat situ.

Boleh tahanlah juga rasa dia. Tapi seriklah . Tak nak dah makan steamboat, leceh bangun duduk bangun duduk sebab nak ambil makanan tu. hish loteh den.


Sayur-sayuran
jejari ketam, aneka 'ball'
daging, ayam, udang yee mee, bee hun




Kek Butter Pelangi


Kek ni di buat pada 18.12.2008. Ni pun resepi kek belajar denga chef Noraini.

Lama dah teringin nak buat kek ni. Masa kecik kecik dulu selalu tolong mak buat ni. Saya ada 3 beradik perempuan. Jadi ada 3 warna, sorang satu. Buh gilir-gilir. Tak gaduh pun.
Anak saya dua perempuan tu nak buat juga. Kita bagi peluang.....ehhh gaduh pulak. Kali ni tak nak bagi depa buat nanti jadi pelangi lain.
Saya tak puas dengan warnanya yang tak menyerlah tapi rasa dia memang sedap. Kek habis hari tu jugak.
Terima kasih chef.
p/s: Bahagian atas kek kena buang sebab terhangus. Hari tu, entah kenapa oven meragam.

Tiramisu: langkah demi langkah

Kek Span kopi di potong menjadi 2 lapis. Balut keliling kek dengan plastik khas. Kalau tak ada, guna plastik transparency pun boleh.


Pastu sapu dengan 'coffee paste'


Tuang sebahagian adunan gelatin.

Letak lapisan kedua.


Sapu 'coffee paste' juga.


Tuang baki aduna gelatin. Simpan dalam chiller hingga keras dan boleh dihidangkan sejuk. yummy.......

Tiramisu


Ini adalah cubaan pertama saya setelah belajar dengan chef noraini di Batu Caves.

Cuba nak buat keliling dia nampak berlapis tapi tak kemas sebab saya ikat dengan platik khas keliling kek tu tak berapa kemas jadi adunan gelatin turun juga di tepinya. Lain kali biar turun semua agar tutup semua tepinya macam pandan layer tu.

Rasa dia? hmmm.......sedappp tapi lain kali nak cuba lagi lah.

Ahad, 14 Disember 2008

Baru balik dari PD

Assalamualaikum semua. Maaf lama tak update blog ni. Kami sekeluarga baru balik dari PD malam tadi.

Ustaz ada mesyuarat 3 hari kat sana, kami menumpang aje. Asyik kena tinggal, kali ni nak ikut jugak. Minggu sebelum tu Ustaz pi mesyuarat di Shah Alam 2 hari. Minggu berikut pi pulak PD. Mana boleh jadi kan. Nak ikut jugak, nak ikut jugak.

Maka sampailah kami di Tiara Beach Resort. Dapat bawa anak-anak bercuti. Walaupun ustaz makan sendiri dengan kumpulan kursusnya, kami makan sendiri seadanya tapi seronok sebab dapat berjalan dan tak kena tinggal lama.

Gambar????? Nantilah, masih penat dan banyak kain nak kena basuh nih. Byeeeee.......

Selasa, 9 Disember 2008

CMC blueberry






Haaa ni pulak CMC blueberry permintaan anak ketiga pulak. Dia tuntut pulak kek birthday dia sebab birthday dia jatuh bulan Ramadhan ari tu, 12.9.2008.

Sebenarnya menyambut harijadi ni bukan budaya keluarga kami. Saya buat kek kadang-kadang terkena hari tertentu, saya buat untuk berlatih apa yang telah di pelajari. Tak pe lah kan. tahun ni aje kot buat kek birthday.