Ahad, 19 April 2009

Pengumuman

Dengan rasminya blog ini saya hentikan entrinya setakat ini dan disambung dalam Noor Rikha Vol 2.

Tanpa menukar agenda cuma menyambung di vol 2 sahaja.

Khamis, 16 April 2009

Antara Dua Darjat

ini bukan cerita P Ramlee tau......

Cuma nak kita fikir-fikirkan perbezaan antara kek ke biskut ke apa ke yang dibuat di rumah dan yang dibuat di kedai. Mengapa harga yang dibuat di rumah lagi mahal? Tetapi mengapa orang lebih suka yang dibuat di rumah tapi masih nak harga dikedai?

Haaaa jawab jawab.....

Lain kalilah kita bincang sebab nak pi kemas rumah dulu, nak buat CMC untuk dibawa ke UiTM sok. Nak tau....saya ni kan, dari pagi tadi, saya curi-curi buka internet. bersambung-sambung entah berapa kali.

Kerja rumah dah tertunda. Kesian ustaz, balik kerja penat-penat, rumah bersepah. Tambah penatlah dia. Isteri dia ni lembap sikit bab mengemas ni. Dari dulu lagi sebab tu mak saya selalu membebel kat saya sebab rumah selalu berselerak.

Bila orang kata nak datang rumah, baru pucat gigi. Sebab apa? Rumah bersepah.....haaa tahu malu pulak ....

Dah pi buat kerja.........
Lagi-lagi kek cawan......

Ni lah yang saya selalu kata, saya sedang ditarbiyyah oleh Allah melalui sahabat-sahabat yang menempah dari saya. Dari latihan intensif, akan timbul, lahir keyakinan dalam diri saya.

Kali ini ttempahan dari pelajar Azian. Pada pagi Rabu 15.4.2009. azian telefon saya memberitahu pelajar dia nak order cc dan yang PENTINGNYA nak hari esoknya 16.4.2009.

Mak aaiii.... sempat ke ni. Dia nak 40 biji. Nak bawa balik Terengganu(betul ke terengganu? ). Abang dia akan ambil dia di Jengka. Hmmmm...... tak terima, kesian pulak kan..... Asalnya saya tak janji, tapi apa-apa saya janji dgn azian saya akan telefon kemudian.

Maka saya bergegas-gegas bancuh adunan kek dan berjaya menyiapkan 40 biji selepas waktu magrib. Siap bakar cc saya lapor pd azian. Siap deco dan susun dalam kotak pun saya lapor agar azian tak terfikir-fikir saya sempat ke tidak. Alhamdulillah, semua selesai, hanya tunggu respon dari student azian aje.
Jom layan gambar cmcc lagi.......



Pada 13.4.2009, 2.12 ptg kak faizah telefon nak tempah CMC 9" untuk harijadi anak dia.

Masa tu saya sedang bersiap-siap untuk menghantar anak-anak balik ke asrama di Maahad jengka. Sohih saya akan sampai rumah lewat petang.
Pada awalnya, kak Faizah nak hari selasa sebab anaknya nak bawa ke sekolah pada hari Rabu. Disebabkan situasi saya itu, saya tak dapat janji akan dapat siapkan hari ni(Isnin) untuk ustaz bawa hari esoknya. Tapi saya yakin, insyaAllah dapat buat selasa dan ustaz bawakan hari Rabu.
Kenyataannya, hari itu kami memang sampai rumah memang lewat, lepas magrib sebab terus singgah rumah ayah ustaz. Maka saya sipkan kek itu pada hari selasa.
Perkataan Arab tu bermakna Happy Birthday. kak Fizah suruh buat happy birthday tapi saya gatal tangan buat bahasa arab dengan bimbingan ustaz. Soory Kak faizah.
Harap kak faizah dan anak puas hati ye.
Kek Cawan lagi.....

Azian membuat tempahan untuk kali kedua. kali ini sempena birthday suaminya, ehem ehem ehem....... Azian nak 9 biji dengan cadangan designnya sendiri.

Disebabkan tiada kotak khas utk 9 biji saya terpaksa susun elok-elok dlm kotak kek 8"( 7" tak de pulak kat happy sun). Saya lekatkan dengan selotep agar tak tergolek nanti. Sebelum tutup dan ikat, saya test dulu, tak tercabut, insyaAllah selamat ni

Azian nak balik Jumaat 10.4.2009 menaiki keretapi.

Saya ada hantar sms ke azian tanya khabar cupcake(tak tanya pun khabar azian, melampau ek).

Azian kata 3 biji tak selamat tapi dia kata yang penting cc tertulis happy Birthday selamat.

Gelihati juga saya, sambil baca sms dia saya tergelak sebab macam kanak-kanak riang gitu....

Apa-apa pun akak yakin Azian bahagia bersama suaminya pada hari bersejarah itu.

Kek Cawan Lagi...........

haa kali ni tempahan datangnya dari Zura UiTM. Zura tempah untuk diberi pada pelajar dia. Bagus betul pensyarah UiTM Jengka ni ye.

Zura tempah sebanyak 75 biji Kek Mentega Oren Lembap dan Coklat Lembap sebab Zura nak campur campur rasa. Disiapkan pada 8.4.2009 sebab Zura nak beri pada 2 kumpulan pelajarnya iaitu pada malam Jumaat dan pagi Jumaat.
Maka inilah hasil kerastangan saya ni. Harap-harap Zura dan pelajarnya berpuas hati. Kalau sedap, boleh tempah lagi lain kali. Kalau tak sedap. beritau saya agar boleh diperbaiki di masa hadapan.

Jom layan gambar....................












Khamis, 9 April 2009

Tawaran TW kempen 3 2009

Ini tawaran untuk kempen yang terbaru:
Yang ini paaaaaaling saya suka sebab saya dah lama teringin nak beli freezermate ni.
Freezermate ni sesuai untuk tempat beku sebab tutup dia dibuat khas untuk tempat beku.



Beli Freeze It All , RM193.00( 8 biji dengan 2 saiz)
(tak dapat nak upload gambar Freeze it All-geram sungguh. Dah berhari cuba tapi tak dapat juga)
Dapat Percuma FreezerNate Junior bernilai RM92.40 (8 biji semuanya dengan 2 saiz).
(gambar bawah)

Pas tu dapat pula beli FreezerMate Medium III 2 biji dengan harga RM 49.80 (harga Biasa RM 72.00)
(gambar bawah)



Cepat-cepat beli sebab tawarannya pun memang hebat, jarang ada tawaran sebegini.

Cuba kira berapa RM kita jimat, haaa........

Pas tu setiap belian RM250 dapat beli red hot chilli keeper dengan harga RM8.80(harga biasa RM18.80). Tapi dia bukan tempat simpan cili , rupa aje cili. Comeeeel sangat, pencil case pun sesuai.


Lagi tawaran,

Level 1:
Setiap jualan (atau pun kita yang beli) RM450 kita akan dapat percuma Cool Saver 3 biji 650ml.

Level 2:
Setiap jualan RM850, kitakan dapat percuma Cool Saver(level 1) dan Cool Crisper with grid sebiji (6L)

Untuk Tuan Rumah(kita la tu) yang dapat buat jualan RM600 kita boleh beli Cool Square Round 3 biji (1.4L) dengan harga RM 37.30(harga biasa RM62.10)
Kesimpulannya, buat jualan RM800, dapat belaka. Kalau ada yang tak jelas, boleh hubungi saya....

Ada lagi tawaran item lain, saya masukkan dalam entri lain ye.

Selasa, 7 April 2009

Tawaran Tupperware

Ini sebenarnya tawaran kempen yang baru lepas tapi kat manager ada lg stoknya. saya tolong promote je. Saya sendiri dah beli 3. Besaaaar bekas ni. Kalau kenduri ke, buat catering ke, sesuaaaaai sangat.


Tapi gambar ni tak berapa jelas, nanti saya snap aje gambar betul dia. Yang ni saya scan dari katalog asal.

nama:Mega Keeper

saiz: 15.8 cm (l) x 38.0 cm (w) x 48.0 cm (h)
Harga biasa:RM 119.80

Harga tawaran:RM89.90





haaa yang ni pulak ganjaran kepada yang dapat buat jualan. Konon-konon tuan rumah parti TW la.

Jualan : Rm 450
Percuma: Small saver 2 biji

Jualan: RM850
Percuma:Small Saver 2 biji dan Large saver with carolier sebiji


Jualan:RM600

Belian istimewa:
Rectangular Shalf saver 2 biji
harga biasa: RM65.80
Harga tawaran:RM39.50(jimat 40%)

Proses saya bersara awal

Seperti yang beritau dulu, saya memang tak yakin akan bekerja sehingga bersara wajib. saya cukup kagum dengan sahabat yang sanggup dan berjaya kerja sehingga umur bersara wajib.bukan tabik main-main ni tau, tabik spring.

Pada tahun 2003 kalau tak silap, sahabat rapat saya di Puteri bercerita suaminya pergi menghadiri kursus keusawanan anjuran Kementerian Usahawan dan Asas tani(MECD). Pas tu kena bersara awal.

ish... ini satu berita baik ni. Sedikit pintu untuk saya bersara awal telah Allah bukakan untuk saya. tapi saya masih belum bersedia sebab masih ada hutang dengan Maybank(beli kereta). Sahabat saya tu beria ia mengajak dan menggoda saya ikut jejak suaminya tapi memandangkan ada beban yang perlu diselesaikan, saya tunda dulu walau opun saya memang dah bersemangat nak berhenti kerja.

Sementara menunggu loan selesai(Nov 2004) saya dan suami saban waktu berbincang dan mengira bebanan kewangan. Adakah kami mampu menampung perbelanjaan keluarga jika saya mengambil keputusan bersara awal nanti?

Penuh contengan hasil kiraan saya dan suami. saya tak mahu keputusan saya nanti akakn membebankan orang lain.

Akhirnya pada Mei 2004 saya mendaftar kursus asas keusawanan (syarat). Kemudian mendaftar pula kursus keusahawanan selama 2 bulan bermulaOgos 2004 hingga Okt 2004 (tarikh tepat tak berapa ingat).

Sambil berkursus saya mengisi borang bersara awal. Huih.......banyak nya borang nak kena isi. Baiklah kerana saya tu bagus.

Akhirnya pada 1.3.2005 saya dengan rasminya telah menjadi surirumah berijazah Sains dengan pendidikan(kepujian) major Matematik.

Biasalah jika nak berenti, orang akan meraikan. saya dah warning jangan buat majlis sebab tau mesti kena buat ucapan (acara yang paling saya geruni). Apa nak buat dak jadi tradisi.....

Kek Cawan Coklat Lembap untuk Azian UiTM















Kek Cawan Coklat lembap(CM CC) ini di tempah oleh Azian dari UiTM Jengka(kawan ustaz la tu).

Sebenarnya ini tempahan kedua kek cawan selepas menghadiri kelas Zati

Azian tempah 110 untuk dihadiahkan kepada pelajarnya(pengurusan ladang, betul ke azian) sebelum musim peperiksaan ni. Baik betul pensyarah ni kan. patut pelajar beri pada pensyarah kan. tapi elok juga, nanti pelajar sayang pada pensyarah tentu dia rajin studi paper pensyarah tu. Good strategy.

Semua CM CC diserahkan pada 3.4.2009.

Selepas CM CC diserah pada pelajar, Azian telefon saya memberikan responnya,antaranya:

Pelajar:
1.Madam, ada expiry date tak, sayang la nak makan.
2Madam , kalau dah habis, boleh refill tak

Lebih kurang gitulah, saya tak berapa ingat. Saya berasa lega bukan bangga. Saya juga bersyukur sebab hasil tangan saya boleh diterima dengan baik dan mereka puas hati.

Semalam 6.4.2009, Azian tempah lagi CM CC sebanyak 9 biji sempena birthday suaminya( mereka tak duk sama, sian kan).

Terima kasih banyak ye Azian kerana memberi kepercayaan pada akak yang masih baru dalam bidang ini. Tempahan ini sebenarnya banyak membantu saya memperkukuhkan kemahiran saya.

Rabu, 1 April 2009

Mengapa bersara awal?

Pada suatu hari , saya dan ustaz ke suatu tempat (entah apa namanya). Semasa ustaz menyelesaikan urusannya, saya duk minum. Datang seorang lelaki(tua dari saya la, katanya 60 thn).

Antara yang kami bualkan:

Dia: Awak kerja?

Saya: Dulu mengajar tapi dah bersara awal.

Dia: Tulah orang sekarang belajar tinggi-tinggi, lepas kawin
berenti kerja. Kalau sebab nak jaga anak baik sekolah
takat darjah enam aje.

Saya: ( haaa.....terkejut dengan respon pakcik ni, saya
tergelak aje. takkak nak bangkang cakap
orang lebih tua kan. Ya kan aje)

Dia: Dulu belajar sampai takat mana?

Saya: Universiti.

Dia: ha tu lah. habis duit mak bapat sekolah kan, tapi tak kerja.

Itu antara bualan kami.

Adush adush adush. Berapa kali kena smash pagi tu. Berpinar mata dan kepala saya he he he

Tapi saya tak marah pun sebab lain orang lain pendapatnya.

Memang masa saya nak bersara dan baru-baru bersara dulu macam-macam dah saya dengar oraang kata tentang saya.

Ada yang kata: Bodoh. Dah dapat gaji RM3000 sebulan, nak berenti.

Ada juga kata: Kenapa Rikha tak sabar sangat nak bersara ni. Tunggu la umur 45 nanti, terus dapat pencen.

Ramai juga yang tanya, kenapa Rikha nak bersara awal. Ada projek nak buat ke?

Orang tak tau, ini adalah keputusan besar (kali kedua) yang perlu saya buat sebab kesannya terlalu besar pada kami sekeluarga. Bukan senang nak buat keputusan, bertahun ambil masa ni. Puas bincang dengan Ustaz. Bincang dari dari pelbagai sudut terutama kewangan.(Keputusan besar yang pertama saya buat ialah menerima lamaran ustaz, entri lain la ye)

Sebenarnya dari awal saya bekerja dulu saya tak yakin saya akan berkerja hingga umur wajib bersara. Cuma tak tau bila, tak tau sebab, tak tau macam mana cara. Macam-macam yang saya tak tau hingga satu saat Allah buka jalan yang amat luas untuk saya bersara awal.

Kebanyakan persoalan yang diajukan pada saya, saya jawab,"ketenangan yang saya dapat selepas bersara, tak dapat saya beli dikedai-kedai. kalau ada pun ia tak dapat dibeli dengan gaji yang saya dapat bulan-bulan tu."

Nanti saya sambung dalam entri lain ye, nak solat dulu.