Ahad, 31 Ogos 2008

CMC 2++kg



Pagi ni menyiapkan Kek Coklat lembap 2++kg. Tak tau nak etak harga, RM100 berpatutan kot. Cikgu kata ok. Target nak siapkan malam tadi, tapi coklat meragam. Dengan penuh harapan dan doa, pagi ni semua dapat diselesaikan. Alhamdulillah dalam 10.30 siap masuk dalam kotak.

Biasa buat daun dari coklat. masakan tapi kali ni nak cuba lain, buat daun dari coklat putih, warnakan sikit hijau. Panduan dari cikgu sikit. Alhamdulillah jadi tapi tak tau lawo tak. Harap-harap Lina puas hati. Apa-apa pun, any respon, tell me ok!

Jumaat, 29 Ogos 2008

Duta palms 1

Bersungguh-sungguh ustaz bersenam ye. Padanlah maintain aje.....
aaa.... ezz dah besarlah, mana boleh main masak-masak lagi


Hoi Ezz, buat apa tu

Lina dapat tawaran kerja kat duta palms tapi lepas tu diberhentikan sebab tak reti buat kerja.... he he he
Dik, dik apa tu......


Duta palms Country Homes, Rawang

Pintu masuk ke Country Homes
Acah-acah minum air ustaz

Nasr tengah check out di front desk. amboiiiii.....

Nasr dan Lina

Muna-cat walk hi hi hi......
19 - 22 Og os yang lalu kami sekeluarga bercuti ke Rawang. Allah susun cuti sekolah dan cuti pertengahan semester UiTM sama, jadi kami pun booking hotel di Rawang. Sebelum pergi saya masak nasi utk makan tengahari setiba di sana nanti. Pas tu masak beberapa jenis lauk untuk di makan di sana sebab tak leh masak. Leceh betul la kan.
Tak banyak sangat aktiviti kami. nanti saya upload beberapa aktiviti kami ye.......

DFlowers Cake Rawang

Yang sedang memasak tu lah Zarifah

Roti serat


Roti sandwich 1kg RM4 aje. hotel-hotel yang ambil ni.


Ini adalah laporan yang tertunda. Cuti sekolah baru ni kami sekeluarga bercuti di Rawang. Saya jumpa 2 orang kawan baru. Kedua-duanya terlibat dalam bidang bakeri ni. Pertama Puan Zarifah tuan punya dFlowers Cake. Seronok berbual dengan Zarifah ni. Banyak pengalaman dia ada.

Gambar kat atas ni hanya beberapa produk dia. Ada banyak lagi kat cafe dia. Haa Zarifah ni selalu buat kelas di hotel-hotel. Ada juga remaja yang buat amali kat cafe dia ni. Saya pun teringin juga tapi taklah sampai berbulan-bulan. Sehari ke atau dua. Anak sekolah, payah sikit. Ada sapa-sapa geng pahang nak join ???????

Kawan baru ke dua ialah Dayang(Dayang kek lapis) . Hajat nak belajar tapi ada masalah sikit jadi order kek aje.

Edisi khas menyambut Ramadhan









Alhamdulillah semalam dapat menyiapkan 2 kg aneka bun untuk UiTM Jengka, anak-anak Muna dan Lina, juga 2 gerai di Temerloh. Lepas tu buat pula kek coklat edisi khas menyambut puasa untuk ustaz bawa ke UiTM.


Biasanya hari Jumaat bawa roti aje tapi semalam ada kawan ustaz request nak kek coklat.Jadi ustaz cadangkan buat lebih sikit dengan tulisan atas kek. Jadi saya buat 6 adunan dapat 18 biji kek. 2 biji buat slice sebab kawan Muna dan Lina tempah. Jadi baki 16 biji saya hias simple dengan tulisan yang tak berapa kemas juga drizle dan ditambah cip gula berbentuk bintang dan bulan sabit.


Tak yakin juga nak suruh ustaz bawa semua sebab banyak. Isnin baru ni juga dah bawa kek. Berapa kali tanya ustaz,"Bang, nak bawa semua ni ke?" ." Ya" Ustaz jawab dengan penuh yakin. Saya senyum aje walaupun masih takut-takut.


Sekejap tadi Ustaz SMS dalam pukul 9.03 am "Kek habis ................". (sebahagian saya censored ye) Saya tersenyum sambil mengucap syukur. Saya balas"alhamdulillah, tak cukup ye. kalau ada nak lagi, nuzul Quran ke nak raya ke boleh buat lagi ek"


Kalau sesiapa nak kek sebegini, saya jual dengan harga RM12. Tapi sebab edisi khas dan terhad saya jual dengan harga istimewa RM10. Ada yang nak tempah , jangan malu-malu, hubungi saya segera.


Oh ye, sambutan biskut semalam amat memberangsangkan terutama Famous Amos (butter). Alhamdulillah.




Rabu, 27 Ogos 2008

Projek Famous Amos dan Coklat harta karun

Biskut Famous Amos
Biskut Coklat Harta Karun
(Chocolate Treasure Cookies)

Bekas yang akan digunakan untuk jualan

Biskut Coklat harta karun
Sample yang akan di hantar ke lima tempat esok.


Alhamdulillah , semalam dapt siapkan Biskut Famous Amos dan hari ni Biskut Coklat Harta karun. Tahun ni, saya buat dua versi iaitu mengunakan marjerin dan satu lagi menggunakan mentega Golden Churn.

Saya bercadang untuk meletakkan harga Famous Amos(marjerin) RM22 sebekas dan Famous Amos(Golden Churn) RM25, Coklat Harta Karun(Marjerin) RM20, Coklat Harta karun (Golden Churn) RM22.
Memanglah banyak kerja nya tapi kita pertimbangkanlah budget orang dan citarasa mereka. Setakat yang mampu kita buat, kita buat.

Jangan tanya berapa biji dalam bekas tu sebab saya masuk dalam bekas hingga penuh tapi taklah sampai biskut pecah ke patah kat dalam bekas. Setiap bekas tak sama bilangan biskutnya sebab setiap biskut tak sama besar. Tapi berat setiap bekas hampir sama beratnya.

OK. Ada sesiapa yang berminat, silalah order samada melalui email, cbox di sebelah. Jika tak de maklum balas dari saya, sila telefon saya. Jika tiada pengesahan tempahan dari saya dalam 3 hari, sila hubungi saya melalui telefon saya.

Jumaat, 15 Ogos 2008

Kek Cawan Coklat Lembap

100 biji kek cawan coklat lembap

2 biji kek coklat lembab ditabur cip gula corak bintang dan bulan sabit Siap untuk di serah pada Puan Razmah

Semalam agak ketat jadual saya. Buat aneka bun 2 kg dari pukul 8 pagi hingga lebih kurang 4 ptg. Pas tu buat 100 biji kek cawan dan 2 biji kek coklat lembap tempahan Puan Razmah UiTM Jengka.

Siap bungkus roti dan lekat sticker, lepas maghrib. Lepas isya' pulak selesaikan tempahan Razmah. Dalam pukul 11 malam baru siap. Penat tapi puas hati sebab dapat memenuhi harapan orang.

Terima kasih ye Razmah kerana sudi menempah dari akak. Jika sesuai dan serasi dengan selera, boleh tempah lagi ye.

Razmah ni sama tempat kerja dengan ustaz di UiTM Jengka. Tak pernah jumpa, cuma saling bergelak ketawa dalam telefon aje. Sama juga dengan Sulaila yang tempah kek coklat lembap 11 biji ari tu. InsyaAllah kita berjumpa ye Razmah, Su.. Akak selalu juga ke sana sebab anak sekolah kat jengka, anak saudara pun belajar kat UiTM.

Su, dengar khabar Su yang dapat cabutan bertuah kek tu ye. Puaslah makan coklat anak beranak ye.....

Satu kesilapan ..................

Susah betul nak dapat line kat rumah saya ni. Nak kena pindah rumah lah ni. Ada sapa-sapa tahu orang nak jual tanah di dalam lingkungan Sanggang atau yang sewaktu dengan nya? (serius ni!!!!)

Nak cerita apa hari ni ye. Kadang-kadang kita ada terbuat kesilapan yang tidak disengajakan.

Contohnya:

Ada seorang kawan saya ni, dia cerita, dia pernah 'ditanya oleh seseorang' melalui saudaranya tanpa memberitahu siapa yang bertanya. Kawan ni pun, tak tanya siapa tetapi buat andaian sendiri(andaian yang salah). Melalui andaian yang salah ini, dia menolak 'pertanyaan' orang itu.

Rupa-rupanya yang bertanya tu seorang ustaz yang hafiz. Sekarang ustaz tu dah kahwin kawan saya pun dah kahwin. Sekali imbas, bagi saya kawan saya tu rugi sebab yang merisik dia bukan calang-calang, al-hafiz.

Tapi bila difikir secara rasional, itulah perancangan Allah untuk kita. Kita boleh merancang tetapi perancangan dan pelaksanaan Allah untuk hambaNya itu adalah yang terbaik.

Iktibar dari kisah ini, kesilapan (tak bertanya yang tersirat itu) yang dilakukan adalah yang terbaik untuk kita namun serentak dengan itu kita kena perbaiki kesilapan itu agar tidak berulang dimasa hadapan.

Rabu, 13 Ogos 2008

Ego, harga diri ..........

Dua-dua tu ada beza kan.......

Tapi kadang-kadang kita guna dia pada tempat yang tak sesuai

Contoh:
Katalah saya membuat permohonan gerai MPT dan dapat panggilan temuduga. Tunggu punya tunggu, saya gagal. Saya amat memerlukan premis untuk memasarkazn produk saya. Namun walau macam mana pentingnya premis itu pada saya, saya takkan pi merayu-rayu pada pihak berkenaan.

"Tolonglah encik, saya perluuuuuu sangat premis tu. Kalau tak macam mana saya jual produk saya. Inilah punca pendapatan saya. Tolonglah saya encik."

Bagi sayalah, saya takkan buat ini, walaupun ia penting bagi saya. Adakah ini di namakan ego atau saya nak jaga maruah, harga diri saya.

Rezeki ada di mana-mana. Banyak jalan yang Allah sediakan. Kita cuba satu jalan, gagal, guna jalan lain pulak. Mungkin jalan itu sesuai untuk orang lain tapi tak sesuai untuk kita.

Kadang-kadang kita lupa, doa adalah senjata yang begitu ampuh untuk orang Islam. Banyakkanlah doa, solat sunat terutama solat taubat.

Tanamkan niat yang betul dalam apa jua yang kita kerjakan. Setiap pekerjaan yang baik mulakankanlah dengan Bismillah...... dan pasang niat.

Dan kadang-kadang juga terdapat sebilangan manusia yang berjawatan dan berkuasa, menggunakan kuasa yang ada untuk mempermain-mainkan hak orang lain lain. Dia berkuasa meluluskan permohonan orang, dia berkuasa mengizinkan orang lain mencari rezeki tetapi dengan kuasa yang ada padanya, dia menyekat. Mungkin orang sebegini nak menguji kekuasaan yang ada padanya. Kadang-kadang orang sebegini, suka orang merayu-rayu memohon dan meminta sesuatu. Seronok sangat,"lihatlah dunia, aku ada sedikit kuasa yang dapat mengubah nasib orang lain lain".

Bagi saya, dalam kes begini, tak perlulah kita merayu-rayu sebab rezeki dari Allah. Bukan di situ aje rezeki kita, bukan dia yang menentukan rezeki kita. Fikir secara positif, bukan disitu tempat kita mencari rezeki, bukan di situ orang yang yang dikirim Allah untuk membawa rezeki kita.

Ada masa dan sebab kita rendahkan ego kita. mari kita fikir-fikirkan ye.......

Isnin, 11 Ogos 2008

Antara BC, Choc Deco, Whip Cream

BC ni dibuat dari krimwell, shortening dan gula. Kos memang murah. Tapi untuk jangka panjang, kosnya agak mahal juga (rawat penyakit.....). Bayangkan, lepas siap hias kek, nak membasuh alatan dan tangan cukup susah nak hilangkan lemaknya. Alatan bolehlah guna air panas mendidih. Tangan????? Bayangkan dia dalam perut kita, anak-anak kita........



Choc deco dibuat dari coklat masakan dan susu cair. Memanglah kos tinggi, tapi saya rasa tak bahaya kita makan hiasan tu dibandingkan dengan hiasan BC tadi. sedap-pun sedap. tagk risau jika anak-anak makan bunga tu.



Whipping Cream pun mahal kosnya tapi masih tak bahaya jika nak makan hiasannya.



Fikir-fikirkan lah ye.......

Jumaat, 8 Ogos 2008

Pemberi Rezeki

Line tengah elok ni, saya tambah entri lagi. Nak bincang pasal pemberi rezeki. Siapa ye. Boss kita ke, jiran kita ke, ketua jabatan kita ke, kawan kita ke?

Mereka ni semua, orang tengah aje, yang membawa rezeki kita, pemberian Allah. Allah hantar mereka pada kita untuk membawa rezeki yang diperuntukkan pada kita pada masa itu, saat itu hari itu. Masa lain, saat lain hari lain mungkin orang lain pula pembawanya tapi pemberi rezeki itu tetap ALLAH SWT.

Jika kita yakin rezeki dari Allah, maka janganlah kita gusar tentang rezeki kita. Allah dah tentukan rezeki yang akan diturunkan setiap hari. Jadi kita berusahalah sebaik mungkin rebut rezeki yang turun itu dengan cara yang syar'ie. Jangan sebab nak rebut rezeki ni, kita tutup pintu rezeki orang lain. Jangan hidup seronok gelak ketawa di atas kesengsaraan, tangisan orang lain. Alah macam permainan kanak-kanak rebut gula-gula tu. Sanggup tolak kawan biar kita dapat gula-gula paling banyak. Badan besar, kuasa/tenaga lebih, apalagi langgar aje lah budak-budak kenit tu. pas tu gelak, kah kah kah. Boleh bayangkan tak.....

Yakinlah pada ALLAH AR RAZAK. Jika pintu rezeki kita ditutup, maka janganlah bimbang, Allah tak zalim pada hambaNya yang sentiasa berdoa. Terus berdoa dan terus berusaha menggali rezeki Allah di muka bumi ini.

Saya selalu pesan pada anak-anak. Jangan biasakan diri senang di atas kesusahan orang lain. Ye lah kan. Pagi-pagi budak-budak ni nak gi sekolah, masing-masing cari stokin. Ada yang dah siapkan tapi hilang. Ada lah yang mengambil tu. Biar dia senang tapi adik beradik yang lain susah mencari stokin. Emaknya pulak mengamuk sebab lambat siap. Yang ambil barang orang tu buat deeeek aje.
Selalu juga pesan pada anak-anak. Selalu fikir untuk memudahkan kerja orang lain. Nampak adik beradik yang lain tak siap ke., hilang barang ke, kita tolong siapkan ke apa ke. Jadi semua cepat siap on time, emak pun tak mengamuk, hi hi hi. Benda yang senang jangan di sukarkan ye tak.

Bun Empat Segi:Langkah Demi langkah

Isikan inti(saya guna inti sekaya)

Ambil tengah-tengah dan cantumkan seperti dalam gambar

Ambil bahagian tepi dan cantumkan ke tengah(lihat gambar)

Hasilnya begini

Kemaskan cantuman agar ia melekat betul. jangan sampai kena inti ye, nanti tak lekat dia.

Letak dalam loyang. Tunggu dia naik, sapulah atas dia dengan telur ke susu ke dan bakar.

Senangkan. Cubalah. Tak de resepi? Alamak nanti saya beri ye. Saya e mailkan ke .



Rabu, 6 Ogos 2008

Bun berbentuk segitiga:langkah demi langkah

Isikan inti(ini inti sardin)
Anggaran sepertiga, cantumkan seperti dalam gambar
Cantumkan pula bahagian yang lain seperti dalam gambar
Rapikan cantuman agar tak terbuka. Pastikan tempat cantuman tak terkena inti/minyak , nanti tak boleh melekat pulak.
tara.....tunggu naik dan siap untuk dibakar.
Ada yang kurang faham??????Tanya saja ya......

PC Fair 2008 - Mentakab



Ye Ye ustaz belikan camera...... Pada 3.8.2008 kami sekeluarga(anak-anak semua balik dari asrama) pergi ke PC Fair di Mentakab. Seronok dapat jalan-jalan tengok barang-barang ni. Tak sangka ustaz nak belikan camera digital ranger. Tak mahal sangat sebab bukan branded punya . Orang tak kenal pun brand Ranger ni. Tapi ok juga daripada tak de. MP4 ari tu tak berapa complete. Flash tak de. Apa-apa pun saya sayang semua harta saya, tak kira mahal ke murah. Mereka semua dah banyak berjasa pada saya.
Satu lagi, saya teringin kamus Besta di atas tu. Tapi peruntukan tak mencukupi. InsyaAllah lain kali, kalau dah cukup kumpul duit, saya belilah. Lebih kepada untuk kegunaan anak-anak sebab ada kamus bahasa arab sekali. Haaaa kan bagus tu.....
Tarikh gambar tu abaikan ye.....

Selasa, 5 Ogos 2008

Aneka Bun Untuk Maahad SAS



Semalam buat aneka bun 3 kg dari 8 pagi hingga 7.30 malam, baru siap bakar. Lepas Isya' , seal dan lekat sticker. Aduhhh letihnya terasa sehingga hari ini. Sepatutnya hari ni kena buat lagi untuk dihantar ke kedai makan dan gerai, rutin biasa. Tapi tak daya dah rasanya ni. MC lah hari ni.
Kenapa ambil masa lama sangat??????? Saya hanya guna 2 biji oven kecil. 1.5 kg ambil masa lebih kurang dua jam bakar. Tunggu proving lagi.
Belilah oven industri tu. ... Memanglah nak beli tapi belum masa lagi.